Assalammualaikum!
Pada 24-26 September 2016 yang lalu telah berlangsung program Eat | Travel | Write and Doodles 2016 (ETWD 2016) buat julung kalinya kedua-dua program Eat | Travel | Write dan Eat | Travel | Doodle digabungkan menjadi satu! Anjuran semestinya dari GAYA TRAVEL MAGAZINE dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Citrawarna Kuala Lumpur 2016, MYMOTAC, Tourism Malaysia, Starbucks Malaysia dan banyak lagi.
|
Official Sponsors of ETWD 2016! |
Objektif utama program ETWD 2016 ini adalah untuk membawa para Bloggers dan Media (social media influencers) melihat tarikan-tarikan TERKINI di sekitar Kuala Lumpur dan bersempena dengan program Citrawarna Kuala Lumpur 2016 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada masa yang sama.
Kali ini, pengamal media dan blogger dari negara-negara Asean yang turut serta adalah dari Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur oleh pihak pengajur antaranya melawat KL Birds Park, menonton teater MUD KL, dan pelancaran program ini telah dilaksanakan di Restoran Rebung KL oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, YBhg. Datuk Rashidi Bin Hasbullah.
Malangya aku tak sempat nak join aktiviti untuk hari pertama program ETWD 2016. Aku hanya menyertai program pada hari kedua. Dan kebanyakan aktiviti di hari kedua adalah aktiviti yang belum pernah aku join sebelum ini. eksaited jugak la sebab tak pernah masuk dalam Upsidedown House Kuala Lumpur!
Eh KL pun ada Upsidedown House ke? Yang macam di Tamparuli, Sabah, Melaka, Penang dan Port Dickson tu? Iya ada!!! Ini merupakan tarikan terbaharu Kuala Lumpur. Bertempat di Menara Kuala Lumpur, Rumah Terbalik ini dibuka secara rasminya pada bulan Jun 2016 dan merupakan yang tertinggi di Malaysia!
|
OK abaikan muka yang sembab itu. |
|
Pose lah apa lagi. |
Sebenarnya lama dah nampak iklan pasal Rumah Terbalik Kuala Lumpur ni, cuma tak berkesempatan je nak pergi. Memandangkan program ETWD 2016 ada nak ke sana, apa lagi, janganlah melepaskan peluang! Dapat masuk free pulak kan, ko rasa? Hahaha.
Maklumat Penting mengenai Rumah Terbalik Kuala Lumpur:
Masa Operasi : 9:00 Pagi hingga 7:00 Malam
Harga Tiket:
Dewasa : RM 15.00 (MYKAD)
Kanak-Kanak : RM 10 (MYKAD)
Katanya Rumah Terbalik Kuala Lumpur adalah berbeza dengan rumah-rumah terbalik lain di Malaysia. Antara kelainnya adalah:
1. Anda boleh tangkap gambar
2. Anda boleh rakam video
3. Rumah betul-betul terbalik dan bukannya di dalam shop lot!
Untuk maklumat lanjut mengenai
Rumah Terbalik Kuala Lumpur, boleh ke
website/Facebook: www.klupsidedown.com .
|
Add caption |
|
Boleh acah-acah menari tiang? Hahahaha |
|
Spider woman! |
|
TA's! |
Usai menerjah ke KL Upsidedown House, kami berangkat pula ke lokasi seterusnya iaitu the newly opened Starbucks Ampang Drive-Thru untuk program Coffee Explorer Session! Boleh google di mana lokasi Starbucks Ampang ni, mudah bukan?
Apa benda program Coffee Explorer ni? Program ni merupakan program coffee testing + food pairing yang akan dikelolakan oleh Starbucks Coffee Master, Starbucks Malaysia's Icon iaitu Miss Ayesha dan Senior Manager Mr. Salleharon.
|
Starbucks Ampang DT. |
|
Cozy place. |
|
Buatlah macam rumah sendiri. |
|
Coffee Testing Session. |
|
Coffee Master Miss Alesya dan Encik Salleharon |
|
Paying attentions! |
|
Peserta-peserta ETWD2016 |
|
ETWD 2016 |
|
Semangat nak jawab kuiz! |
|
ETWD2016 |
|
Coffee pairing. |
|
"Now you know right?" |
|
Icon popular Ed Junaidi. |
Satu perkongsian yang sangat-sangat berguna, dan baru aku tau, coffee Starbucks boleh diminum dengan pelbagai cara !!! Wow!, thanks for the sharing. Starbucks Ampang DT rasanya akan menjadi satu port lepak yang best sebab lokasi dan keluasannya yang baik serta selesa. Good Job Starbucks Malaysia!
|
Miss Alesya. |
|
Test test! |
|
Mestilah kena ada gambar Ikon! |
|
Para pemenang kuiz! |
|
Orang-orang kuat Gaya Travel dan Starbucks Malaysia. |
|
Akhirnya dapat juga jumpa Pojie yang popular tu. |
Di sebelah petang pulak, kami diberi peluang untuk menyertai program Jalan-Jalan At Kampung Bharu (guided walk)! Huh jalan-jalan kat Kg. Bharu? Apa yang ada kat sana? Itu merupakan impression pertama bila baca tajuk tu. Tapi sebenarnya ada sesuatu yang menarik mengenai program ini.
Bermula di Kelab Sultan Sulaiman, kami dibawa menyelami sejarah penubuhan Kelab Sultan Sulaiman dan pembukaan Kampung Bharu. Sejarah dan budaya Masyarakat Melayu dari dahulu hingga kini. Semuanya diterangkan dengan jelas oleh guide yang membawa kami petang. Memang menarik la. Sesiapa yang nak cuba, boleh ke Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Bharu dan menyertai program jalan-jalan sejauh 1-2 km sekitar Kg. Bharu.
|
Our tour guide Ms. Nor. |
|
Antara rumah Melayu yang awal dibina di Kg. Bharu. |
|
ETWD 2016 |
|
Ke Pasar Raja Bot, Chow Kit. |
|
RAW! |
Selesai program Jalan-Jalan At Kg. Bharu, kami akan ke kemuncak program ETWD 2016 iaitu Citrawarna Kuala Lumpur 2016! Kami ke Dataran Merdeka menaiki LRT.
Perasmian Citrawarna Kuala Lumpur dilakukan oleh YBhg. Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan beliau membaca watikah perasmian Citrawarna 2016 diikuti persembahan gimik perasmian.
|
Seawal 4 petang orang dah membanjiri Dataran Merdeka. |
|
Citrawarna Kuala Lumpur 2016! |
|
Makan dulu sebelum program bermula! Kami tapau di Kg. Bharu. |
|
Eksaited! |
|
The ETWD 2016 Participants. |
|
Perasmian oleh YB Menteri. |
|
Pengacara Majlis. |
|
Persembahan Sang Kelembai |
Citrawarna Kuala Lumpur 2016 tahun ini adalah bertemakan Myth and Folklore! Sesuatu yang menarik untuk ditonton! Persembahan dari setiap negeri di Malaysia dengan cerita-cerita mitos dan dongeng masing-masing dipersembahkan dengan cukup hebat! Antara yang menarik perhatian adalah persembahan Naga Tasik Chini dari Negeri Pahang, Cempaka Sari dari Negeri Perak , Humminodun dari Negeri Sabah dan paling aku suka adalah persembahan dari Masyarakat Orang Asli Malaysia, yang bagi aku sangat WIN!
|
Warna warni Citrawarna 2016 |
|
Warna warni Citrawarna 2016 |
|
Warna warni Citrawarna 2016 |
|
Warna warni Citrawarna 2016 |
|
Warna warni Citrawarna 2016 |
|
Warna warni Citrawarna 2016 |
|
Terbaek dar Persembahan Masyarakat Orang Asli Malaysia! |
Paling seronok bila semuanya berlaku jelas depan mata, sebab semua peserta ETWD 2016 ditempatkan khas di depan pentas utama Citrawarna 2016!
Pemenang persembahan terbaik Citrawarna Kuala Lumpur 2016 adalah Negeri Sabah yang membawa pulang wang tunai bernilai RM 8000, tempat kedua adalah dari Negeri Perak dengan hadiah wang tunai RM 5000 dan pemenang tempat ketiga dalah dari Negeri Johor dengan wang tunai RM 3000. TAHNIAH! Sabah Juara bah!
|
Persembahan bunga api. |
|
The Finale |
|
Peserta ETWD 2016. |
|
Bye! |
Citrawarna 2016 berkahir dengan persembahan konsert dari artis-artis tempatan. Secara keseluruhan, aku dapat melihat kejayaan program ini hasil titik peluh dan idea urusetia dan penganjur. Terima kasih di atas kesempatan yang diberikan. Teruskan usaha dan semoga lebih sukses di masa akan datang!
#HebatBukan!
WASSALAM.
nice!!!
ReplyDeleteoooo mcm tu event dia
ReplyDeleteye kak cenggitu.
Deleteharap terus menulis...saya suka penceritaan anda.
ReplyDeleteTerima kasih saudara MKL kerana sentiasa menyokong saya :)
Deletehebat bukan? ayuhhhh!
ReplyDeleteOfchores!
Deletehaybart!
ReplyDeleteTak sehebart Achik Ezham...#ingatAchikingatJakelxAriani
DeleteSugoi Ren san...
ReplyDeleteThanks Mie
DeleteUntunglahhhh orang terpilih kaannn !!!
ReplyDeleteTahniah!
Hahahah mana de terpilih, rezeki tu. Hiks Thanks
DeleteMeriah ya!!! cant stop noticing that John has lost weight tremendously...haha ;)
ReplyDeletebegitulah dia hahaha
Delete