2016-09-23

Hokkaido Kami Datang: Japan Winter Trip (Part 5) - Biei.

Assalammualaikum!!!


Atas permintaan ramai, aku gagahkan jugak jari jemari ni menaip entry sambungan kat Sapporo ni. Haish merusuh-rusuh pulak pembaca di media social hahahah (bajet hot aku ni, dasar!). Ok untuk tidak menghampakan peminat, aku sambunglah sekadar yang termampu. Jom baca! Oh jangan lupa juga, minggu ni ada program Citrawarna Malaysia di Dataran Merdeka (25 September 2016) Ayuh!. 

Sebelum meneruskan pembacaan, boleh juga rujuk LINK ini untuk info padat mengenai Sapporo.


Setelah bersejuk-sejukan di waktu malam dengan suhu mencecah -27 darjah celcius, keesokan harinya kami bangun awal-awal untuk menjelajah sekitar kawasan berhampiran Furano, dan kami akan berangkat ke Biei! Wow apa ada kat Biei?

Tapi sebelum tu, pepagi tu kami jalan-jalan dulu kat sekitar kawasan homestay kami di Log Yukari. Memang best gila sebab terasa macam duduk dalam hutan yang diselaputi salji. Tambahan pulak malam tadi salji lebat turun, jadi depan pintu rumah, atas bumbung kereta semua dah penuh ditutupi salji. Pakcik yang jaga home stay ni pun sangat baik hati, pepagi dia dah tolong kikiskan salji-salji yang menyelimuti kereta kami, terharu pulak bila keluar je dari rumah tengok kereta dah bersih. Hiks. 

Sejuk sangat sampai stalactite terbentuk ha.. tetibe.
Morning view di Log Yukari Guesthouse.
Morning view lagi.
Kita pose la dulu.
Sebelum berjalan kita breakfast la dulu. Ala breakfast ala kadar je, makan apa yang ada macam roti, susu dan lain-lain. Then baru kami bertolak ke Furano. Memula tu macam sesat-sesat jugak la, tapi bila dah set location dalam GPS device semua menjadi lancar! Ayuh!

Sepanjang perjalanan tu memang cantik gila pemandangan kiri dan kanan jalan, semua putih bersalji je. Mode jakun memang melimpah ruah memasing hahaha. Kami sempat juga singgah di Furrano Ski Center untuk mendapatkan sedikit info mengenai tempat yang nak dituju. Biei ni jauhnya lebih kurang 30 minit dari bandar Furano, kira macam outskirt jugak la.

Seronok tengok semua putih je.
Ski Center.
Prince Zafran pun dah tak sabar nak pi jalan!
So sepanjang perjalanan tak de banyak benda yang boleh dibuat dalam kereta tu, cuma mengumpat, tido, termenung teringat bae dan sebagainya. akhirnya kami sampai juga ke tempat pertama yakni lokasi tempat iklan Mile 7 (iklan rokok dulu-dulu tu alaaa kalau korang pernah tengok tau lah tempat ni). Nama tempat ni dipanggil Mile Seven Hill. SubhanAllah lawanya tempat ni, bersih putih je dilitupi salji. Dari jauh dah nampak barisan pokok-pokok pine (hahah betul ke eja macam tu) berbaris elok je, macam ditanam pulak, tapi aku rasa macam semulajadi diorang kat situ!

Layan pemandangan.
Turun je dari kereta, memasing berebut-rebut nak ke tempat tu untuk bergambar. Paling kelakar ada sorang tu teruja sangat sampai kaki terperosok masuk lubang! Lols. Terlentang ha kat situ, nasib baik atas salji ops.

Tu posing ala2 terlentang ke cane? ops
Cantik kan.
Jalan pun tutup.
Acah-acah orang eskimo ke tu?
Setompok je pokok kat situ.
Lagi gambar.
Ok pose wajib.
Lagi?
Team eskimo.
Model papan iklan.
Family foto. lol.
Lepas puas bergambar kat situ, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Kami singgah ke lokasi iklan seterusnya (korang memang cari port tempat-tempat iklan je eh? lols) Ken and Mary Tree, lokasi popular penggambaran iklan kereta. Entahle aku macam tak pernah tengok je iklan tu, tapi kalau korang nak tau, kat area situ memang banyak signboard menunjukkan tempat-tempat tarikan pelancong, so korang follow je lah signboard tersebut.

Ken and Mary Tree.
Ok tu je, jom balik. Hahaha.
Di Ken and Mary Tree tu kami singgah kejap je la, sebab ada sebatang pokok je  tapi memang cantik la tempatnya. Actually banyak lagi tempat tarikan pelancong di kawasan Biei ni, cuma kami tak sempat nak pergi memandangkan masa yang suntuk. Maklumlah musim sejuk ni siang pendek, pukul 5 petang dah gelap. Jadi untuk menjimatkan masa, kami terus proceed ke destinasi seterusnya.

Seterusnya kami ke Shirogane Blue Pond. Haaaa kalau korang google tempat ni, akan nampak view lawa gila pemandangan sebuah tasik biru dengan pokok-pokok pine mati di dalamnya.  Tapi memandangkan kami ni pergi musim winter, so korang jangan la nak rasa yang tasik kaler biru tu wujud ye, mestilah dah beku dek salju. 

Perjalanan ke Shirogane Blue Pond tu tak jauh pun dalam 20-30 minit jugak. Ikut la keadaan pembawakan kereta korang. Kalau jenis macam kami, jumpa tempat cantik sikit je singgah, bergambar...jumpa lagi singgah bergambar, maka sampai sejam lebih pun boleh jadi juga hahaha.

Tatau la budak ni spesis apa, sejuk pun relaks je.
Siap boleh merangkak kat ais! Korang mampu?
Ni kami berhenti tepi jalan je. Entah kat mana.
Family foto. eh mana Aqilah?
Smile!
Memang sepanjang jalan tu salji sangat tebal, nampak la banyak jentera yang membersihkan salji di jalanan. Satu pemandangan yang memang kita takkan jumpa kat Malaysia hahaha ofchores (ikut gaya dak dak wicet).

Dah sampai kat kawasan Shirogane Blue Pond, tetibe kami nampak pintu masuk tu tulis closed. Alamak!! Memang tutup ke apa??? Kami macam dah hampa la jugak sebab datang jauh-jauh. Tetibe ada satu kereta penuh dengan warga asing pun singgah situ, tapi diorang selamba je masuk lalu kat jalan yang tutup tu. Maka kami pun apa lagi, ikut je lah diorang.

Jom masuk.
Ini la rupa tasik tu....
Oooo rupa-rupanya kawasan ni memang tutup masa winter, ye lah tasik pun dah beku kan, nak tengok apa. Tapi kami masuk la jugak sebab dah sampai kan. Memang nampak tasik yang beku dipenuhi salji ...kira macam nampak satu kawasan hutan penuh salji la, tak perasan pun tasik tu kat belah mana masa mula-mula sampai tu.

Suruh Aqilah pose je lah.
Family foto lagi.
Deme tengah pasang papan tanda.
Ada yang menyedok ais yang tutup lampu.
Jom lah balik.
Usai bergambar, kami pun bergerak pulang....nak balik ke Furano sebab misi main salji belum selesai. Kami tiba di Furano semula dah malam. Singgah kejap di salah sebuah shopping mart, sebab deme nak beli souvenir. Aku ni mampu tengok je la, mampu pinjam duit kat kak Anash je beli seketul FM. Hahaha nampak tak kadar kemiskinan aku? lol.

Team duduk belakang.
Lepas shopping, kami ke Furano Kan-Kan Mura, yang terletak bersebelahan dengan Ningle Terrace. Tempat apa tu? Sebenarnya ia merupakan satu tempat pameran ais, ada la rumah ais macam igloo tu, lepas tu boleh main tubing ais kat situ. 

Tiket masuk ke dalam Furano Kan-Kan Mura ni adalah 300 Yen untuk dewasa. Kanak-kanak free rasanya. 
INFO: Located in front of the New Furan Prince Hotel. The Kan-Kan Mura is home to a snow dome and a snow café which has been made using 2000 blocks of snow, and the longest snow tubing course in japan.(201m) Open from 16:00 ~ 21:00 Next to Ningle teracce. Fare : 300yen
Masuk dalam tu tetiba teruja tengok ice tubing! Tetibe memasing eksaited nak naik. Haaa apa lagi, jom ber ice tubing la. First time kot, so memang jakun la jugak. Korang tengok je la video yang aku tepek semula ni, #HebatBukan?

Ayuh masuk.
Beli tiket dahulu.
Kalau nak main tubing tu kena tambah 100 Yen.
Banyak sculpture ais.
Lagi sculpture ais.
Cafe ais.
Tatau la cane deme tahan duduk dalam ni.
Peserta tubing pertama.
Tudia.
Prince Zafran pun tidak ketinggalan!
Ofchores saya juga.
Lepas tu jangan lupa tarik balik ke atas. Hahaha

JOM LAYAN VIDEO JAP.

Ok lah, sebab seharian kami dah keluar rumah, maka kami pun balik semula ke Log Yukari. Lapar tu memang gila la. Sampai rumah, kami masak dan dinner dengan rakusnya. Sesambil tengok AJL dari henpon, hahahah mampu tak? Ok lah, esok kami last di Furano. Ada lagi aktiviti yang akan kami buat, so tunggu!

Pasta pasta!
Megi pun ada!
WASSALAM.


16 comments:

  1. Please remove gambar aku zaman2 gemuk tu boleh? hahahahahhaha.. sobs sobs

    ReplyDelete
  2. Huaaaa rindu sapporo!! Keji gambar tubing tuh!!!!

    ReplyDelete
  3. Very nicceeee

    Suka tgk video tuh !!!!

    ReplyDelete
  4. ha ha ha .. picture megi last tu win ...

    ReplyDelete
  5. best nya...
    tapi belum ada keberanian nak bersalji setebal itu ...
    kih kih kih

    ReplyDelete
  6. Phewh. Memang cantiklah. Tapi gila sejuk suhu sampai -27 degree! Boleh demam cani ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS