Hari last di
Phonm Pehn kami minta tolong dengan
Miya (our guide) untuk bawa kami ke
stesen bas untuk beli bas balik ke
Siem Reap. Alhamdulillah, berjaya jugak beli tiket bas , kali ni kami ambik midnight bus dengan
sleeper coach. Harga tiket adalah
USD 13 per orang. Usai urusan beli tiket, kami ke
Central Market, market yang terbesar di Phnom Pehn. Memang besar gila, dari jauh dah boleh nampak bangunan market ni, bentuk bulat.
Miya tinggalkan kami di
Central Market tu untuk
shopping hahaha. Dalam tempoh dua jam jugak la, lepastu kami janji tunggu area situ jugak. Kami pun mulakan penjelajahan di dalam market. Memang besra, dan macam-macam benda ada jual. Konsepnya sama jugak macam
Chatuchak Market kat
Bangkok tu, cuma yang kat sini lebih lapang dan kecil sikit.
|
Suasana dalam Central Market |
|
Aku suka tengok kain-kain tenun kat sini lawa-lawa. |
|
Suasana kat luar panas nak gila! |
|
OK abaikan muka yang hangus tu. |
|
Seksyen bunga je dah sedepa. |
Takda apa benda sangat pun nak dibeli memandangkan ongkosnya pun tak banyak, maka kami pun bergerak semula ke tempat yang dijanjikan.
Miya dah sedia tunggu kat situ pun. Kami di bawa makan tengahari di sebuah restoran muslim. Punyalah lapar masa tu, memang pikir nasik je la. Nama kedai tu
Saran Thai Restaurant (tetiba retoran Thai kan?) Hahaha. Belasah jelah. Beli nasik goreng dengan harga
USD 5 sepinggan, pitam.
|
Makan lah apa yang ada |
|
Nasi Goreng USD 5 |
Lepas habis makan, hari pun dah petang, makanya masa untuk berpisah dengan
Miya. Total kami bayar sewa tuktuk
Miya untuk dua hari adalah
USD 20. Petang tu
Miya drop kami di depan
Royal Palace. Dekat je dengan stesen bas pun kalau nak balik. Kami tak masuk pun dalam
Royal Palace tu cuma tinjau-tinjau kat pintu gerbang.
|
Bergambar kat pintu gerbang pun jadilah |
|
Ramai gila orang kat dataran ni. |
Punya la ramai ummah berkampung depan
Royal Palace tu, siap
berpicnic bagai. Kami pun join la meramaikan ummah kat situ, amik-amik gambar sedozen dua
then kami bergerak dari situ. Kami bercadang untuk naik
River Cruise!
Ok untuk naik
River Cruise ni aku cadangkan korang naiklah bila nak
sunset! Memang berbaloi dan lawa gila! Harga tiket adalah
USD5 sorang. Kami naik
cruise dua tingkat dan lepak di sebelah atas ...Memang
best gila sebab pemandangan sepanjang sungai tu sangat cantik ditambah pulak dengan keadaan cuaca yang baik.
|
Jom naik River Cruise menyelusuri Mekong River |
|
Tudia kapal kami dah mai! |
|
Kami duduk kat tingkat atas. |
|
Lelambai bot sebelah. |
|
Lelambai makcik jualan. |
|
Alhamdulillah dapat tengok sunset lawa. |
|
Dapat tengok perkampungan atas bot. |
|
Sunset memang puas hatila! |
Layan Video Ni kalau Tak percaya!
Layan lagi video sunset!
Perjalanan
cruise mengambil masa lebih kurang satu jam, di mana
cruise akan berpatah balik ke tempat mula-mula bertolak tadi. Boleh beli tiket di jeti yang berhampiran dengan stesen bas. Sampai semula ke jeti hari pun dah gelap. Memandangkan Bas kami akan bergerak pada jam 10.00 malam makanya saki baki masa yang tinggal kami berjalan-jalan dulu di
night market berhampiran situ. Ha tak caya korang datang la sini, semua tempat dekat-dekat je boleh jalan kaki.
Di
night market tu takde nak amik gambar sangat pun sebab risau kejadian cubaan rampasan henpon berlaku lagi macam hari pertama di
Phnom Pehn dulu. Hahahah trauma ok, terus simpan semua kemera dalam beg.
Sorry takde gambar. Ala
night market dia sama je macam kat tempat-tempat lain. Cuma malam tu macam ada konsert,
so ramai gila orang.
Stesen bas yang kami naik di
Syarikat Giant Ibis. Sementara tunggu bas sampai, kami lepak-lepak dulu di pejabat
Giant Ibis tu, mujur ada wifi free hahaha. Dan tepat jam 9.45 malam bas pun sampai. Yalaaaa kami naik sleeper bas, ada katil untuk setiap penumpang!
Eksaited la jugak sebab
firstime naik bas macam ni hahaha. Setiap tempat penumpang disediakan plug untuk cas alat elektronik pulak tu. Jadi sepanjang malam tu kami tidor terbuai-buai la jugak sebab naik bas kan, mujur takd kejadian pelik berlaku hahaha.
|
Keadaan dalam bas. Katil dia 2 -1 |
|
Dua tingkat lagi kau! |
|
Ada plug boleh cas henpon |
|
Pepandailah bawak diri hahaha. |
Kami tiba di Seam reap lebih kurang jam 5 pagi. Masa tu cuak jugak la sebab tersampai awal, hahah lepas tu dia turunkan kami kat stesen bas lain, bukan stesen bas yang
Osman hantar kami haritu! Alamak macamana nak bagitau
Osman suruh kami ambik kat situ. Hahaha cuak lagi, wifi pun takde hahaha. Last-last kami pi pinjam telefon orang yang ada wifi minta nak whatsapp pada Osman.
Alhamdulillah semuanya setel.
Pagi tu sebelum hantar kami ke
airport, Osman bawa kami
breakfast nasi ayam ... dekat dengan kampung dia. Aku tak ingat apa nama restoran tu. Sedap la jugak nasi ayam tu, tapi harga pun boleh tahan mahal! Hahahaha. Ok abaikan. Sebab dah tak sabar nak balik dah. Segala makanan tak habis, macam megi, biskut etc kami bagi pada
Osman. Bukan main gembira dia. Syukur...
|
Nasi ayam as breakfast kami yang terakhir di bumi Kemboja. |
Sekian kisah
Cambodia. Fuh nak menghabiskannya pun makan bulan!
OK NEXT!
WASSALAM
Amboi patut macam tersedak je rasa hari ni...hahaha bagus-bagus semangat update dah mari...aku gak slow update bab travel...malas gilaaa...hahaha...
ReplyDeleteeh naik bot layan sunset tu memang best!aku pun sukaaa...hehehe...
Hahahahah semangat la sangat kan pudah deraf entry dah dekat setahun lols.
DeleteYe aku suka cruise tu!
wow rajinnya update blog! hiks
ReplyDeleteAlhamdolellah bardur
Delete