Assalammualaikum!!!
InsyaAllah tengah cuba menggagahkan diri untuk mengemaskini blog yang dah kurang sikit sawang ni (sebab semalam dah update blog!) Yeay. Kali ni nak start entry kembara di South Island, New Zealand! Are you ready guys? HAHAH ko dah kenapa nak speaking NZ pulak ni?
Walau sesukar mana kehidupan harian kita, jangan lupa untuk update blog...(lols motivasi pagi). Ayuh kita mulain!
The Begining
Sebenarnya aku tak tahu nak start dari mana, sebab aku beli tiket ke NZ pun last minit, siap bergolok bergadai bagai hahaha (ok tak caya takpe) demi nak menjejakkan kaki ke sebuah negara yang memang aku nak sangat pergi! Tersenarai dalah wishlist tu! So bila bff ajak pegi, (pakai harga kawan-kawan) so aku macam berat hati lagi...Aku cakap takpelah, maybe next time. Maklumlah masa tu kedudukan kewangan aku agak kucar kacir. Lepas tu, tetau je dah ada yang belikan tiket ! Ehh bukan sponsor bukannnn bukann... mendahulukan duit, sebab nak secure tiket flight. Hahaha nampak tak bertapa sengkeknya aku time tu. OMG kiranya aku memang wajib pergi lah ni kan???? Hampeh betul ada bff macam ni. *Jeling bff*.
NOTA: Harga tiket korang pepandailah google sendiri, ada yang dapat murah dan ada yang dapat mahal, bergantung kepada masa pembelian lah kan. Rancang awal adalah digalakkan.
Nak dijadikan cerita masa yang dinanti pun bakal tiba. Macam-macam persiapan kena buat, especially part nak travel dengan orang-orang yang belum pernah jumpa. Setakat John, Kak Anash, Pae tu dah lali dah tengok muka diorang, tapi ada lagi enam orang yang baharu belum dikenali akan join trip ni, maklumla kami ni menempel trip Kakiberangan Travels...huk huk *batuk*.
Secara ringkasnya perjalanan AKU akan bermula dari Tawau, Sabah - KL- SYD (transit satu malam) - CHC (South Islands) - SYD - KL- TWU. Ha nampak tak jauhnya perjalanan aku? Hahah terpaksa la gigih kalau nak berkeriangan berganda!
Maka tiba hari yang dinanti, tanggal
10 November 2016 kami pun bertolak dari
KLIA2 (sekarang dah pakai balik nama
LCCT) untuk ke
Sydney, Australia. Di
KLIA2 ni lah buat pertama kalinya kami jumpa dengan dua orang
auntie ni,
Auntie Zu dan
Auntie Som, dua dua dah baya mak-mak kami dan mereka sangat
sporting! Ha sekarang jemaah ke
Sydney dah bertambah jadi 6 orang.
So tengahari tu kami pun bertolak ke
Sydney dengan hati yang berbunga-bunga, tinggalkan segala masalah kat Malaysia buat seketika.
|
Jemaah pertama, baru firstime jumpa dua orang aunties ni. |
|
Ayuh bermula! |
|
Dapat seats belakang skali. |
Penerbangan dari
KL ke
SYD mengambil masa lebih kurang 7-8 jam jugak. Kematu bontot duduk dalam
flight, siap berzikir bagai dah, tak jugak sampai-sampai. Dah dua-tiga
movie jugak la tengok. Akhirnya lebih kurang 11.00 malam kami sampai ke
Sydney. Shukur dapat hirup udara OZ buat kali ke tiga...hahahah ni kali kedua aku jejak
Sydney selepas gigih buat
road trip jelajah OZ dua tahun lepas (nak baca
entry ada, dah siap, jangan kata aku tak
update ye sebab masa tu memang tengah rajin membelog). Dari
Sydney Airport kami naik uber ke Hostel. Malam tu kami transit kat
Westend Backpacker, Sydney. Amik
dorm je senang sebab nak tido sekejap je. Esok pepaginya dah nak kelaur
explore Sydney dan gerak ke NZ.
So perlu ke aku skip cerita di Sydney? Ala fokus pada NZ je lah ye. Kat Sydney kami pergi Sydney Opera House, Darling Harbour, Padi's Market, Fish Market, dan... oh ok itu je, tak larat nak berjalan sangat sebab simpan tenaga untuk NZ.
Dipendekkan cerita, layan gambar je lah.
|
Bergambar depan hostel di Sydney, memalam ni tatau nak pegi mana. |
|
Esoknya jenjalan di Sydney Opera House |
|
Harbour bridge dikejauhan . |
|
Sydney Opera House dari jauh. |
|
Sydney Opera House dari dekat. |
Pusing-pusing dulu.
|
Naik Ferry ke Darlings Harbour. |
|
Jalan kaki ke Paddys Market, masa ni aku dapat offer pindah ke semenanjung! Yeay! |
|
Singgah Sydney Fish Market untuk lunch! |
|
Tudiaaaa sedapnya kelihatan! |
|
Akhirnya, lunch kami. |
|
Bye Sydney! |
Kami bertolak dari
Sydney ke
Christchurch pada jam lebih kurang 9 malam. Penerbangan dari
Sydney ke
Christchurch mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mujur tak lama sangat,
so dalam
flight kami dok tido je, tak bersosial pun.
|
Lepak kejap kat airport sementara tunggu siang. Buat macam rumah sendiri ye. |
|
Yeay dah jejak NZ! |
Sampai
CHC lebih kurang jam 1.00 am waktu tempatan. Alamak awal gila kami sampai, tapi dengan pelbagai drama yang berlaku di
Imigresen kaunter, maka kami setel semua urusan pada jam 3 am. Fuh lega weh! Kiranya sementara menunggu pagi, kami lepak dulu di
airport, sebab dah deal dengan kereta sewa pada jam 7.00 am. Dan di
CHC airport ni kami jumpa dengan sorang lagi ahli jemaah yang naik penerbangan lain,
si Ferris. So total ahli jemaah terkini adalah 7 orang.
|
Settlekan urusan sewa kereta dulu. |
Nota: Kereta sewa di Apex Car Rental boleh check SINI.
|
Pepandailah korang deal sendiri dengan company ni. |
Selesai urusan sewa kereta (
kami naik Toyota HiAce 12 seater) kami pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama, sebelum tu kena
pick up lagi tiga orang jemaah di
guest house apa tah, aku tak ingat. Diorang dah sampai awal sebab diorang gerak ke
North Island sebelum turun ke
South Island. Masa ni aku tengok muka memasing kerek je hahahaha
Sally, Kak Aizan dan
Diod. Tiga-tiga kerja Bank!
|
Gloomy!!! Yihhh. |
|
Singgah kat Hill Point amik gambar sementara menuju ke Arakoa. Yang baju cekelat tu Ferris! |
|
Kalau cuaca elok mesti lawa. |
Ok dipendekkan cerita akhirnya kami dah cukup korum 10 orang satu van! Destinasi pertama kami adalah
Arakoa! (Tapi
Auntie Zu panggil
Arokiah! Hahaha). Perjalanan dari
Bandar Christchurch ke
Akaroa mengambil masa lebih kurang
1 jam 30 minit (75 km). Sepanjang jalan tu memang
gloomy je dan hujan renyai-renyai. Terus mood kami pun
moody sama. Kami nak langit biru!!! *nangis dalam hati*.
Akaroa merupakan sebuah pekan kecil gabungan
French dan
British yang terletak di tengah-tengah lembah
Gunung Berapi. Masa kami sampai tu memang tengah hujan gerimis, Tapi pekan tu nampak meriah sebab macam ada pesta apa ntah aku pun tak tau, ada orang kawen jugak. Tapi pekan
Akaroa ni memang cantik dan tenang, sesuai untuk orang pencen. Lols.
|
Pekan Arakoa |
|
Geram tengok bunga-bunga kat sini, semua segar-segar! |
Kat sini kami singgah lama jugak, masing-masing berpecah buat hal sendiri, aku, kak
Anash dan
Pae jalan kaki pegi
Jetty dan
Rumah Api yang agak terkenal kat
Akaroa tu. Haish cuaca pun kejap hujan kejap elok. Bertabah je la dapat gambar
gloomy.
|
Jenjalan sekitar pekan. |
|
Bersandar pada tiang lampu. |
|
Duduk di tangga. |
|
Acah-acah bergurau senda. |
|
Main cium-cium bunga. |
|
Main nyorok-nyorok celah bunga. |
|
Intai jetty dari jauh. |
|
Ok pergi dekat jetty. |
|
Jalan kaki ke Rumah Api |
|
Masa ni dah satrt hujan lebat! Ayuh balik! |
|
Selamat tinggal Akaroa! |
Dah puas cuci mata kat
Akaroa , kami balik ke
Christchurch dan check in di rumah penginapan kami yang pertama yakni,
219 on John's Motel & Recreational Parks. Boleh
check link di
SINI.
|
Ni bilik yang kami ambil. Ekceli ada je dorm, tapi sebab nakkan keselesaan kite sema bilik je lah. |
Lepas letak barang-barang, dan makan apa yang ada (
mostly megi dan roti je la) kami bersiap-siap kelaur untuk ke pasaraya
Pak N' Save untuk beli beberapa barang dapur. Senang
travel ramai-ramai ni sebab jimat bab makan, boleh masak dan share sama-sama. Kalau pegi NZ tak singgah pasaraya
Pak 'N' Save memang tak sah! Macam-macam ada dan boleh cari ayam halal jugak kat sini .
Check kak sini
HALAL FOOD .
|
Berbelanja sakan nampaknya semua? |
Balik dari
Pak 'N' Save, masing-masing memainkan peranan yakni memasak untuk
our very first dinner kat NZ! Hahaha poyo. Nasib baik ramai anak dara yang jadi ahli jemaah,
so diorang le yang masak. Sementara tu aku dengan john sempat curi-curi keluar semula pegi Pak'N'Save untuk beli surprise birthday cake untuk
Auntie Zu, esok besday dia, so kita bagi la
auntie-antie ni happy ye dak.
|
Dinner kami malam ni, humble kan. Siap ada tomyam seafood hahaha |
Malam tu, memasing agak kepenatan la jugak memandangkan seharian tak berehat. Ye la dari tengah malam sampai ke malam berjalan tak berhenti-henti, agak penat la sebenarnya. Memandangkan trip ni pun
free and easy je, takde nak rushing-rushing pegi sana-sini
, so kita pun santai-santai lah dulu. Baru
first day kot! Tapi masih tak puas hati sebab langit tak biru hari ni. Semoga esok hari langit cerah dan menampakkan sinar yang indah!
Sambung nanti....
WASSALAM.
Omg omg!!! Rajinnyeeee
ReplyDeleteHiks.
Deleteooo kat paddy market lah yang tau pasal tawaran ke semenanjung???
ReplyDeleteterpaksa datang balik sini kunun2 celebrate cukup setahun kije di semenanjung...
hahah
arokiah win
hahaha
Gitewwwww. Kan!
Deletehahaha amboi amboi rajinnya ni...tapi macam ada skip cerita travel lain jer ni!hahahaha bestnya NZ!rinduuuuuu....
ReplyDeleteHahaha mestilah kena skip ikut kerajinan! Lols
DeleteHmmm... dh smpai nz ya... 👍👍👍... by the way, i like the ^motivasi pagi^. Sya pon kdng nervous nk jumpa jemaah baru dlm group.. bkn apa, takut x sekepala ka, kepala angin ka, berkepala2 ka... tp slalunya all is well... 😀
ReplyDeleteKan, kalau kena yang sekepala memang ok la. tapi kalau kena yang memasing buat hal sendiri mmg effect sepanjang trip la.
DeleteRen ...
ReplyDeleteNiceeeee ....
TQ!
Deletewahhh ada cerita psl NZ...baru semangat nak terjah blog nnti...
ReplyDeleteAyuh! ;P
Deleteselamat menulis...
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteSelamat kembali menulis, semoga terus tabah sehingga noktah yang terakhir :)
ReplyDeleteRindu pulak pada Akaroa, duduk di tangga jeti, makan fish & chips, menghirup angin laut NZ :)
Terima kasih.... Akaroa mmg best! Hehehe
Delete