Assalammualaikum!!!
InsyaAllah tengah cuba menggagahkan diri untuk mengemaskini blog yang dah kurang sikit sawang ni (sebab semalam dah update blog!) Yeay. Kali ni nak start entry kembara di South Island, New Zealand! Are you ready guys? HAHAH ko dah kenapa nak speaking NZ pulak ni? 
Walau sesukar mana kehidupan harian kita, jangan lupa untuk update blog...(lols motivasi pagi). Ayuh kita mulain!
The Begining
Sebenarnya aku tak tahu nak start dari mana, sebab aku beli tiket ke NZ pun last minit, siap bergolok bergadai bagai hahaha (ok tak caya takpe) demi nak menjejakkan kaki ke sebuah negara yang memang aku nak sangat pergi! Tersenarai dalah wishlist tu! So bila bff ajak pegi, (pakai harga kawan-kawan) so aku macam berat hati lagi...Aku cakap takpelah, maybe next time. Maklumlah masa tu kedudukan kewangan aku agak kucar kacir. Lepas tu, tetau je dah ada yang belikan tiket ! Ehh bukan sponsor bukannnn bukann... mendahulukan duit, sebab nak secure tiket flight. Hahaha nampak tak bertapa sengkeknya aku time tu. OMG kiranya aku memang wajib pergi lah ni kan???? Hampeh betul ada bff macam ni. *Jeling bff*.
NOTA: Harga tiket korang pepandailah google sendiri, ada yang dapat murah dan ada yang dapat mahal, bergantung kepada masa pembelian lah kan. Rancang awal adalah digalakkan.
Nak dijadikan cerita masa yang dinanti pun bakal tiba. Macam-macam persiapan kena buat, especially part nak travel dengan orang-orang yang belum pernah jumpa. Setakat John, Kak Anash, Pae tu dah lali dah tengok muka diorang, tapi ada lagi enam orang yang baharu belum dikenali akan join trip ni, maklumla kami ni menempel trip Kakiberangan Travels...huk huk *batuk*. 
Secara ringkasnya perjalanan AKU akan bermula dari Tawau, Sabah - KL- SYD (transit satu malam) - CHC (South Islands) - SYD - KL- TWU. Ha nampak tak jauhnya perjalanan aku? Hahah terpaksa la gigih kalau nak berkeriangan berganda!
Maka tiba hari yang dinanti, tanggal 
10 November 2016 kami pun bertolak dari 
KLIA2 (sekarang dah pakai balik nama
 LCCT) untuk ke 
Sydney, Australia. Di 
KLIA2 ni lah buat pertama kalinya kami jumpa dengan dua orang 
auntie ni, 
Auntie Zu dan 
Auntie Som, dua dua dah baya mak-mak kami dan mereka sangat 
sporting! Ha sekarang jemaah ke 
Sydney dah bertambah jadi 6 orang. 
So tengahari tu kami pun bertolak ke 
Sydney dengan hati yang berbunga-bunga, tinggalkan segala masalah kat Malaysia buat seketika.
  | 
| Jemaah pertama, baru firstime jumpa dua orang aunties ni.  | 
 
  | 
| Ayuh bermula! | 
 
  | 
| Dapat seats belakang skali. | 
Penerbangan dari 
KL ke 
SYD mengambil masa lebih kurang 7-8 jam jugak. Kematu bontot duduk dalam
 flight, siap berzikir bagai dah, tak jugak sampai-sampai. Dah dua-tiga 
movie jugak la tengok. Akhirnya lebih kurang 11.00 malam kami sampai ke 
Sydney. Shukur dapat hirup udara OZ buat kali ke tiga...hahahah ni kali kedua aku jejak 
Sydney selepas gigih buat 
road trip jelajah OZ dua tahun lepas (nak baca
 entry ada, dah siap, jangan kata aku tak 
update ye sebab masa tu memang tengah rajin membelog). Dari 
Sydney Airport kami naik uber ke Hostel. Malam tu kami transit kat 
Westend Backpacker, Sydney. Amik 
dorm je senang sebab nak tido sekejap je. Esok pepaginya dah nak kelaur 
explore Sydney dan gerak ke NZ. 
 
So perlu ke aku skip cerita di Sydney? Ala fokus pada NZ je lah ye. Kat Sydney kami pergi Sydney Opera House, Darling Harbour, Padi's Market, Fish Market, dan... oh ok itu je, tak larat nak berjalan sangat sebab simpan tenaga untuk NZ. 
Dipendekkan cerita, layan gambar je lah.
  | 
| Bergambar depan hostel di Sydney, memalam ni tatau nak pegi mana. | 
  | 
| Esoknya jenjalan di Sydney Opera House | 
  | 
| Harbour bridge dikejauhan . | 
  | 
| Sydney Opera House dari jauh. | 
  | 
| Sydney Opera House dari dekat. | 
Pusing-pusing dulu.
  | 
| Naik Ferry ke Darlings Harbour. | 
 
  | 
| Jalan kaki ke Paddys Market, masa ni aku dapat offer pindah ke semenanjung! Yeay! | 
 
  | 
| Singgah Sydney Fish Market untuk lunch! | 
  | 
| Tudiaaaa sedapnya kelihatan! | 
  | 
| Akhirnya, lunch kami. | 
  | 
| Bye Sydney! | 
Kami bertolak dari 
Sydney ke 
Christchurch pada jam lebih kurang 9 malam. Penerbangan dari 
Sydney ke 
Christchurch mengambil masa lebih kurang 3 jam. Mujur tak lama sangat, 
so dalam
 flight kami dok tido je, tak bersosial pun.
  | 
| Lepak kejap kat airport sementara tunggu siang. Buat macam rumah sendiri ye. | 
 
  | 
| Yeay dah jejak NZ! | 
 
Sampai 
CHC lebih kurang jam 1.00 am waktu tempatan. Alamak awal gila kami sampai, tapi dengan pelbagai drama yang berlaku di
 Imigresen kaunter, maka kami setel semua urusan pada jam 3 am. Fuh lega weh! Kiranya sementara menunggu pagi, kami lepak dulu di 
airport, sebab dah deal dengan kereta sewa pada jam 7.00 am. Dan di
 CHC airport ni kami jumpa dengan sorang lagi ahli jemaah yang naik penerbangan lain,
 si Ferris. So total ahli jemaah terkini adalah 7 orang.
  | 
| Settlekan urusan sewa kereta dulu. | 
 
Nota: Kereta sewa di  Apex Car Rental boleh check SINI. 
  | 
| Pepandailah korang deal sendiri dengan company ni.  | 
Selesai urusan sewa kereta (
kami naik Toyota HiAce 12 seater) kami pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama, sebelum tu kena 
pick up lagi tiga orang jemaah di
 guest house apa tah, aku tak ingat. Diorang dah sampai awal sebab diorang gerak ke 
North Island sebelum turun ke 
South Island. Masa ni aku tengok muka memasing kerek je hahahaha 
Sally, Kak Aizan dan 
Diod. Tiga-tiga kerja Bank!
  | 
| Gloomy!!! Yihhh. | 
  | 
| Singgah kat Hill Point amik gambar sementara menuju ke Arakoa. Yang baju cekelat tu Ferris! | 
  | 
| Kalau cuaca elok mesti lawa. | 
Ok dipendekkan cerita akhirnya kami dah cukup korum 10 orang satu van! Destinasi pertama kami adalah 
Arakoa! (Tapi 
Auntie Zu panggil 
Arokiah! Hahaha). Perjalanan dari 
Bandar Christchurch ke 
Akaroa mengambil masa lebih kurang 
1 jam 30 minit (75 km). Sepanjang jalan tu memang 
gloomy je dan hujan renyai-renyai. Terus mood kami pun 
moody sama. Kami nak langit biru!!! *nangis dalam hati*.
Akaroa merupakan sebuah pekan kecil gabungan 
French dan 
British yang terletak di tengah-tengah lembah 
Gunung Berapi. Masa kami sampai tu memang tengah hujan gerimis, Tapi pekan tu nampak meriah sebab macam ada pesta apa ntah aku pun tak tau, ada orang kawen jugak. Tapi pekan 
Akaroa ni memang cantik dan tenang, sesuai untuk orang pencen. Lols.
  | 
| Pekan Arakoa | 
  | 
| Geram tengok bunga-bunga kat sini, semua segar-segar!  | 
Kat sini kami singgah lama jugak, masing-masing berpecah buat hal sendiri, aku, kak 
Anash dan 
Pae jalan kaki pegi 
Jetty dan 
Rumah Api yang agak terkenal kat 
Akaroa tu. Haish cuaca pun kejap hujan kejap elok. Bertabah je la dapat gambar 
gloomy.
  | 
| Jenjalan sekitar pekan. | 
  | 
| Bersandar pada tiang lampu. | 
  | 
| Duduk di tangga. | 
  | 
| Acah-acah bergurau senda. | 
  | 
| Main cium-cium bunga. | 
  | 
| Main nyorok-nyorok celah bunga. | 
  | 
| Intai jetty dari jauh. | 
  | 
| Ok pergi dekat jetty. | 
  | 
| Jalan kaki ke Rumah Api | 
  | 
| Masa ni dah satrt hujan lebat! Ayuh balik! | 
  | 
| Selamat tinggal Akaroa! | 
Dah puas cuci mata kat 
Akaroa , kami balik ke 
Christchurch dan check in di rumah penginapan kami yang pertama yakni, 
219 on John's Motel & Recreational Parks. Boleh
 check link di 
SINI. 
  | 
| Ni bilik yang kami ambil. Ekceli ada je dorm, tapi sebab nakkan keselesaan kite sema bilik je lah. | 
Lepas letak barang-barang, dan makan apa yang ada (
mostly megi dan roti je la) kami bersiap-siap kelaur untuk ke pasaraya 
Pak N' Save untuk beli beberapa barang dapur. Senang 
travel ramai-ramai ni sebab jimat bab makan, boleh masak dan share sama-sama.  Kalau pegi NZ tak singgah pasaraya 
Pak 'N' Save memang tak sah! Macam-macam ada dan boleh cari ayam halal jugak kat sini .
 Check kak sini 
HALAL FOOD .
  | 
| Berbelanja sakan nampaknya semua? | 
Balik dari  
Pak 'N' Save, masing-masing memainkan peranan yakni memasak untuk 
our very first dinner kat NZ! Hahaha poyo. Nasib baik ramai anak dara yang jadi ahli jemaah,
 so diorang le yang masak. Sementara tu aku dengan john sempat curi-curi keluar semula pegi Pak'N'Save untuk beli surprise birthday cake untuk 
Auntie Zu, esok besday dia, so kita bagi la 
auntie-antie ni happy ye dak.
  | 
| Dinner kami malam ni, humble kan. Siap ada tomyam seafood hahaha | 
Malam tu, memasing agak kepenatan la jugak memandangkan seharian tak berehat. Ye la dari tengah malam sampai ke malam berjalan tak berhenti-henti, agak penat la sebenarnya. Memandangkan trip ni pun 
free and easy je, takde nak rushing-rushing pegi sana-sini
, so kita pun santai-santai lah dulu. Baru
 first day kot! Tapi masih tak puas hati sebab langit tak biru hari ni. Semoga esok hari langit cerah dan menampakkan sinar yang indah!
Sambung nanti....
WASSALAM.
 
 
Omg omg!!! Rajinnyeeee
ReplyDeleteHiks.
Deleteooo kat paddy market lah yang tau pasal tawaran ke semenanjung???
ReplyDeleteterpaksa datang balik sini kunun2 celebrate cukup setahun kije di semenanjung...
hahah
arokiah win
hahaha
Gitewwwww. Kan!
Deletehahaha amboi amboi rajinnya ni...tapi macam ada skip cerita travel lain jer ni!hahahaha bestnya NZ!rinduuuuuu....
ReplyDeleteHahaha mestilah kena skip ikut kerajinan! Lols
DeleteHmmm... dh smpai nz ya... 👍👍👍... by the way, i like the ^motivasi pagi^. Sya pon kdng nervous nk jumpa jemaah baru dlm group.. bkn apa, takut x sekepala ka, kepala angin ka, berkepala2 ka... tp slalunya all is well... 😀
ReplyDeleteKan, kalau kena yang sekepala memang ok la. tapi kalau kena yang memasing buat hal sendiri mmg effect sepanjang trip la.
DeleteRen ...
ReplyDeleteNiceeeee ....
TQ!
Deletewahhh ada cerita psl NZ...baru semangat nak terjah blog nnti...
ReplyDeleteAyuh! ;P
Deleteselamat menulis...
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteSelamat kembali menulis, semoga terus tabah sehingga noktah yang terakhir :)
ReplyDeleteRindu pulak pada Akaroa, duduk di tangga jeti, makan fish & chips, menghirup angin laut NZ :)
Terima kasih.... Akaroa mmg best! Hehehe
Delete