Assalammualaikum!!!
Eh masih ingat saya? Hahaha tak sangka aku punya malas nak update blog sampai tahap lupa nak buat entry penutup 2017! Sengal. Selepas 5 hari di tahun 2018 akhirnya aku terbuat tanpa sengaja entry untuk penutup 2017.
Apa yang berlaku di tahun 2017?
Tak banyak yang menarik berlaku, ofkos yang paling besar adalah sekali lagi cabaran bertugas di tempat baharu yang lebih mencabar! Tapi yang bestnya tempat baharu yang dekat dengan kampung, so sekarang ni bila dah duduk ngan mak ayah, kira lega la... tak payah nak pikir balik rumah nak makan apa! (Itu yang paling penting! Dan hari-hari bawak bekal pi kerja! You have?) :p.
Ok cukup pasal kerjaya. Pasal dunia travel pulak, tahun 2017 memang sangat sendu guys! Takde ke mana sangat pun, setakat pi Brunei, Jogja, Luang Prabang, Ho Chi Minh, Singapore... tu je kot. Hahahha apa tah. Bukan apa sebab fokus pada kerjaya (konon) dan banyak komitmen lain yang diutamakan. InsyaAllah satu hari nanti di tahun 2018 boleh buat comeback! (Harapan :p)
Anyway, pasal blog....usah ditanya. Sorry memang kurang update. Nak habiskan entry New Zealand pun merangkak rangkak! Haish tolong hembus kerajinan sikit kat aku ni ha! Tapi aku janji InsyaAllah aku akan habis kan juga entry NZ ni. Tolong ingatkan ye. Aku sebenarnya lebih aktif di IG. Pi la follow kalau IG aku ada lagi 😂.
Apa pun, doakan yang terbaik untuk aku sempena tahun baharu 2018 ni ya. Tengok orang lain travel sana sini kita nganga je la. Sedar diri tak mampu ( dari segi masa dan kuderat). Semoga semua kembali seperti sediakala. Pada yang sudi singgah blog ni untuk dapatkan apa-apa info, aku ucapkan terima kasih. Tapi ingat ler, kekadang info tu dah tak valid, so pepandai la buat research! Kalau info blog aku tahun 2007 tu ko masih nak tanya itu, ini aku ignore je la. Zaman dah berubah kot, macam-macam benda boleh berubah dalam sekelip mata. So pepandailah.
Akhir kata, majulah blog untuk negara!
WASSALAM.
Rajinnye abam hapdate blog... sekeping gambar je kewwwwwwww
ReplyDeleteCukuplah sekeping buat melepas rindew hiks
DeleteSalam ingatan. Harap masih saya lagi. Blog anda tetap di hati saya. Selamat menulis.
ReplyDeleteAlhamdulillah thank you for your support MKL!
Deletehai blogger femes...
ReplyDeletepls free to follow my blog too...
tak pi mana2 tapi LIMA Negara ????? 5 Negara tuuuu!!!!!!!
Hehehe... tapi.... eh motip tau akak ni
Deletetulahhh.. nak cakap benda sama ni!
Deletesetakat pi Brunei, Jogja, Luang Prabang, Ho Chi Minh, Singapore..
setakat??? ok lah tuuuuu hahaha.. - khai http://kakijalans.com
Haha ada pulak penyokongnya.
DeletePlease buat comeback. Walaupun kita bukanlah pembaca tegar, tapi demi keriangan berganda kita like bebanyak post IG. Happy New Year Ren!
ReplyDeleteHahaha kambek berkala, tak mampu nak seaktif dulu
DeleteHehe. berkala eh? Baik2. Hahaha... Selamat hari raya :)
Delete