FRANCE: Eiffel Tower, Akhirnya Ketemu Jua

Hari pertama di kota Paris, aku dan sepupu dah sepakat, hari ni fokus kita cuma untuk Menara Eiffel je. Benda lain semua tolak tepi dulu. Sejak semalam, sebaik saja aku sampai di rumah sepupu yang memang menetap di sini, nama “Eiffel” dah jadi topik perbualan utama.

Pagi tu kami bersiap awal. Sepupu aku dah siap merancang laluan, katanya cara paling mudah ialah naik Metro subway terus ke Eiffel Tower Station. “Senang, tak payah fikir nak tukar-tukar line banyak,” dia yakinkan. Dalam metro, aku duduk sambil tengok sekeliling, orang Paris sibuk dengan rutin pagi masing-masing. Ada yang baca buku, ada yang tekun menatap telefon, dan ada juga yang kelihatan sedang menikmati kopi dalam cawan kertas. Bau roti croissant dari penumpang sebelah membuatkan perut aku terasa lapar walaupun baru saja bersarapan.

Alhamdulillah cuaca hari itu baik. Langit biru bersih, awan putih nipis melayang, dan walaupun musim panas, suhunya masih selesa. Sesekali angin sejuk menyapa, cukup untuk menyejukkan kulit yang sedikit terasa bahang matahari.

Turun saja di stesen Eiffel Tower, kami terus disambut oleh lautan manusia dari serata dunia. Entah kenapa, hati kecil aku sempat berkata, “Paris ni serabut betul.” Tapi aku faham, inilah salah satu tarikan paling terkenal dunia, memanglah semua orang nak datang. Kami mencelah di antara pelancong yang sibuk mengambil gambar, pasangan bercinta yang berpegangan tangan, dan peniaga jalanan yang menawarkan keychain Eiffel sambil tersenyum.

Mujur ada sepupu aku yang memang dah biasa dengan kawasan ni. Aku ikut saja langkahnya yang laju dan penuh yakin. Bunyi tapak kaki bercampur dengan pelbagai bahasa dari mulut para pelancong, sementara aroma kopi dari kafe-kafe kecil di tepi jalan sesekali menerpa hidung.

Dan kemudian, selepas beberapa minit berjalan, aku mula nampak sesuatu di celah-celah bangunan. Mula-mula cuma puncaknya yang berkilauan terkena cahaya matahari. Semakin kami mendekat, semakin jelas kelibatnya. Sampai satu saat, dia berdiri betul-betul di depan mata, Menara Eiffel, megah dan memukau.

Aku terdiam sejenak. Segala bunyi di sekeliling seperti lenyap. Hanya ada rasa kagum, teruja, dan sedikit tidak percaya. “Ya Allah, ini dia… Eiffel,” bisik aku perlahan sambil tersenyum puas.

WASSALAM.

Paris - Jun 2025




Comments

  1. wah bestnya. Wishlist ahkak ni. Selamat berjalan di kota cinta. Ada pick pocket tak

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

Popular posts from this blog

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria