2009-05-12

Perhentian Escapade Part 3: Good Bye Perhentian

Berhari-hari di Pulau Perhentian sikitpon tidak terasa penat. Bohong? tidak sama sekali. Bayangkan sentiasa dikelilingi air laut yang jernih. Pantai yang indah dengan pasir-pasir halus menyaluti kaki dan deruan angin yang sentiasa segar, masakan aku boleh merasa penat di Pulau ini! Tidak sama sekali.

Hari ini kami bercadang untuk menghabiskan masa di sekitar chalet sahaja..dan mungkin sebelah petang pula akan ke Long Beach. Menurut kata abang Ropi, pemandu bot kami, Long Beach adalah satu tempat yang sangat menarik, pemandangannya juga 'indah'! haaha best tu, mesti kena pergi. Long Beach, atau nama Malaysianya Pantai Panjang memang menjadi tumpuan ramai pelancong asing [Mat Saleh]. Ombak kat sini agak kuat, tak seperti di pantai depan chalet kami tinggal tu. Kami pon apa lagi, nak merasa la di pukul ombak yang kuat! Terjun! Di Long Beach tak lama, lebih kurang 4 jam saja sbelum Abang Ropi menjemput kami pulang. Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, program mencandat sotong telah dibatalkan sebab cuaca buruk...Jadi malam itu selepas makan malam, kami duduk berkumpul beramai-ramai sambil berkongsi cerita-cerita menarik! waduhhhhh nikmat!

Oh ya, keesokan harinya, kami akan ber 'jungle trekking' di Pulau ini. Yess ini sesuatu yang aku tunggu-tunggu sejak hari pertama. Ada juga aku bertanya kepada beberapa pekerja chalet tempat untuk jungle trekking. Dan akhirnya pagi itu, seawal jam 7.00 pagi, aku, Doli, Adie dan Tan meredah hutan Pulau Perhentian!. Best! Best bangat! ..Walaupun trek yang kami lalui tidak panjang tapi ianya agak mencabar! Tetiba terserempak dengan tupai yang melompat-lompat menyambut ketibaan kami. Dan ada juga satu kawasan dimana kami terpaksa memijak berjuta-juta semut untuk maju ke hadapan. Sian kat semut-semut tu tapi kami terpaksa, kalau tak kami pulak yang jadi mangsa. Huhuhuhu

Setelah lebih kurang 30 minit berjalan akhirnya, terpampanglah pemandangan indah di hadapan kami, pasir putih, batu-batu di gigi air..adoi indahnya. Kami telah sampai ke sebelah sana pulau. Ada beberapa chalet di sini dan yang pastinya penghuni-penghuni chalet tersebut masih lena dibuai mimpi... Agaknya. [sebab sunyi jer].

Kami terus menjelajah sepanjang pantai. Alamak nak balik semula ke tempat kami rasa macam dah tak larat, so kami mengambil keputusan untuk naik bot pulang ke chalet. Tetiba nampak sorang mamat yang sedang menyapu sampah. Kami tanya kat mamat tu, kat mana nak sewa teksi air. Mamat tu suh tunggu kejap sampai kawan dia datang dari arah laut sambil menunjuk ke arah sebuah bot yang menuju ke pantai.. Yey boleh naik bot lagi! Kami pon meniki bot dengan bayaran 10 ringgit untuk ke chalet di Pantai Bedul. [Sebenarnya Pantai Abdul]. Adik yang bawak bot tu seboleh-bolehnya nak bersembang dengan kami. Peramah sungguh. Anak jati Pulau Perhentian katanyer~

Sampai di Pantai Bedul, kami pun duduk di Abdul's Cafe untuk sarapan pagi. Hmmm sekali lagi bersarapan di atas pantai yang indah! Best-best!Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir percutian kami di Pulau Perhentian, keindahan ini kami nikmati sepenuhnya.

Kami berlepas pulang menaiki bot ke Jeti Kuala Besut pada jam 12.00 tengahari. Sedih nak meninggalkan Pulau Perhentian setelah 5 hari di sini.

Tiba di Jeti Kuala Besut kami menaiki sebuah van ke Lapangan Terbang Kota Bahru. Flight pulang ke KL adalah pada pukul 3.00 petang. Kali ni kami semua akan menaiki flight yang sama ke Kuala Lumpur.

Penerbangan ke KL mengambil masa 50 minit. sempat la jugak terlelap sekejap. LCCT merupakan destinasi terakhir kami bersama, ada sebahagian daripada kami akan berpisah di sini menuju ke destinasi seterusnya. Boring dan Max akan pulang terus ke Seri Kembangan, aku juga. Doli akan pulang ke Bangkok, Adie, Tan dan Tom akan pulang ke Singapura. Aduhhh sedih sangat. Pengalaman bercuti begini memang susah nak dapat dan ianya sangat meberi kenangan yang sangat indah.

Selamat tinggal semua, semoga berjumpa lagi di masa akan datang!

PEACE!


Long Beach








GoodBye...

6 comments:

  1. ~brO lenkaLi g sane iva nak itut...uuuuwaaaa...bestnya....~

    ReplyDelete
  2. @iva saionji

    Ok set!!! Jom~

    ReplyDelete
  3. janggel san,
    reading ur posts membawa diri kembali mengenangi hari2 indah kite semua di pulau.
    Kata2 Max masih terngiang2 di telingaku,"Whats the use of living without being able to recall all your good memories?".
    Kata2nye tatkala dia berbicara ttg keadaan ibundanye yg mengalami Alzhaimer.

    Lets do it again! ;)

    ReplyDelete
  4. @dolly
    Yup,
    kadangkala kita tak menghargai apa yang kita ada di dalam hidup ini sehinggalah ianya lenyap tiba-tiba. Jadi kumpulkan sebanyak mana memori supaya ia boleh dikenang...Bila memori itu hilang tiba-tiba seumpama hidup tidak bermakna kan.
    Let's have this kind of event again..i like!
    heheheh.

    ReplyDelete
  5. ko nih melompat tinggi gaksssss.... ekekeke

    ReplyDelete
  6. @masMZ
    Ehem...ehem...perli ker~

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS