Skip to main content

Kelip-Kelip Kampung Kuantan (Ngintai Kuala Selangor Juga)

Haritu, bile aku congak-congak balik jadual aku bulan Januari ni, rupa-rupanya aku belum balik kampung melawat ayahanda dan bonda tercinta lagi!!!! Terus aku decide untuk balik kampung minggu lepas. Bukan susah sangat nak balik kampung, start enjin keter, cabut!!! Senang kan? Tak payah susah-susah nak beli tiket kapal terbang, nak balik jauh-jauh menyeberang laut bagai hahahaha...(sorry ler untuk sesiapa yang berkenaan, dah naseb kampung aku dekat...jangan ler jeles!)

Macam biasa bile dah balik kampung, bukan mak bapak je yang aku terjah, kengkawan lama pon terjah jugak. Alhamdulillah sihat-sihat semuanya. Antara yang diterjah minggu ini adalah Fdean! Walaupon kerapkali dia ke KL, tapi susah sangat nak jumpa dia, macam-macam program. Tapi akhirnya sempat jugak berjumpa dengan Fdean nih.

Balik kampung bukan reti nak duduk kat rumah, tak habes-habes aku merayap jugak. Sampai ke Kuala Selangor tuh! Dasat~ serupa macam nak balik ke KL semula jauhnya. Tapi dengan geng punya pasal, sanggup la meredah sawah bendang, pokok getah dan menyeberang Sungai Bernam. Sebenarnya, ekspedisi minggu ni adalah "Bermain Kelip-kelip di Kampung Kuantan!". Terus aku teringat lagu Imran Ajmain, entah apa entah tajuk dia...yang aku ingat dia siap bersajak masa awal lagu tuh. Macam ni la lebih kurang bunyinya;-

"Kelip-kelip ku sangka api...Kalau api mana sumbunya?"

Hahahah sangat berkaitan entry ini dengan sebaris ayat itu kan? Yup, ianya mengenai Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Entah macaman, tetibe pulak kami ter'plan' nak menerjah Kampung Kuantan untuk menyaksikan serangga ajaib tuh. Bagi aku ni merupakan kali ke tiga aku ke sana, manakala si Fdean pulak baru first time kot???

Kami bertolak dari Kampung Tali Air 6, Chenderong Balai (rumah Fdean) dalam pukul 2.30 petang. Sebelah pagi tu berjam-jam jugak aku menemakan cina bengkel keter sebab servis kereta kesayangan aku tuh!

Perjalanan petang tu memang sangat lancar, jalanraya pon tak jem, tak banyak kereta. Kiri kanan jalan pulak sawah padi yang terbentang luas. Sempat jugak singgah di Sungai Besar (huhuhu kampung ayah aku) untuk pekena ABC. Malangnya kedai ABC yang dikatakan sedap oleh Fdean tu tutup! Hampeh, terpaksalah pekena ABC kat Tonggak 10 (sape-sape orang Sungai Besar tau la tempat tu). Huh menghirup ABC sambil dihembus angin sepoi-sepoi bahasa! Nyaman sehhhh. Hajat hati nak jugak singgah rumah nenek, menjengok beliau. Tapi bila lalu depan rumah nenek, tengok sunyi sepi jer, tengah tido agaknya, terus kami pecut ke tempat lain. Huhuhuh sorry yer granny, lain kali singgah lagi.

Sepanjang perjalanan kami sempat melalui jalan sawah. Padi time ni dah nak masak! Memang mabeles pemandangan ketika itu! Suka!

Dah dekat 2 jam perjalanan akhirnya kami tiba di Pekan Kuala Selangor. Masa tu still awal lagi. Pukul 6.00 petang. Kelip-kelip tu pon agaknya baru siap2 pakai costume nak beraksi malam nanti. So kami pon ter'panjat' lah Bukit Malawati. First time nih naik kenderaan yang macam bas kat zoo tu, naik Bukit Malawati. Sebelum-sebelum ni aku naik kereta atau jalan kaki je. Tambang dia pon murah, RM 2 per kepala untuk dewasa. Untuk kanak-kanak aku tak tanya pulak.

Kat atas bukit tu apa lagi, kami diserbu oleh monyet-monyet dan beruk-beruk yang excited jumpa manusia! Comel pulak depa tuh. Hahahha. Kat atas Bukit Malawati tak lama, setengah jam kemudian kami turun semula. Then we dicided to have dinner. Better dinner dulu sebelum bermain-main dengan kelip-kelip tuh! Kami singgah kat sebuah kedai makanan laut di simpang traffic light menuju ke Kampung Kuantan. Nama kedai tu apa ntah, tapi ada Tomyam dihujungnya.

Memandangkan kami teringin nak makan seafood, so teroder jugaklah tomyam seafood yang tak berapa sedap. Tapi belasah je la sebab dah lapar. Lepas habis makan, kami terus bertolak ke Kampung Kuantan. Smpai di sana around 7.45 pm. Solat maghrib dulu kat surau sementara yang dibina betul-betul kat pintu masuk tempat kelip-kelip tu. Surau asal tengah renovate. Habis solat, kami terus masuk ke kawasan kompleks. Tiket per sampan adalah RM 40 ringgit. Alamak, kami hanya dua orang, bermaksud kena bayar RM 20 sorang ler??? Tak boleh jadi, akhirnya kami mengambil langkah drastik untuk mencolek satu pasangan pakcik dan makcik dari KL yang datang berdua. Huh lega, cukup 4 orang. Heheh jimat ler sikit.

Dan ekspedisi mengintai Kelip-kelip pon bermula. Subhanallah...walaupun dah kali ketiga aku datang sini, tapi aksi-aksi diorang tetap dapat mengkagumkan aku! Sangat indah ciptaan Allah. Unik dan sukar ditemui di tempat lain. Pakcik pendayung sampan tu cakap, dalam ramai -ramai pelancong asing, pelancong Jepun yang paling ramai datang ke situ. Mereka sangat kagum dengan kelip-kelip! Apa taknyer, kat tempat diorang bukan ada pon menatang nih! Syukurlah kita masih memiliki khazanah alam yang sangat bernilai ini.

Kagum aku lagi bila terpandang salah seorang pendayung sampan di situ. Seorang Makcik ok! Huh gigih betol makcik tuh. Tak pernah pulak aku jumpa makcik yang mendayung sampan kat situ sebelum nih! Memang aku respek giler. Tapi sayang tak sempat nak jadi penumpang makcik tuh...

Habis tengok kelip-kelip, kami terus bertolak pulang semula ke Perak. Penat tu jangan cakap ler, tapi takper asalkan puas berjalan dan melihat acara dunia. Lain kali nak try datang sana lagi dan jadi penumpang kepada makcik itu!. hehehe


PEACE!~



















Comments

  1. ini aktiviti gue masa tahun baru ari2 :)
    monyet2 tu macam dah lagi mengganas je eh! Scary!!

    ReplyDelete
  2. Cik MAs=

    Yer ker mengganas? aku dok tepi monyet2 tu, tapi diorang tenung jer.macam dalam gambo tuh hahahaha.

    ReplyDelete
  3. bila nak bawak cik yanie gebu jalan2 nih?

    ehhehhehehhe

    ReplyDelete
  4. cikyanie
    =
    akan tiba masanya..bilekah?

    ReplyDelete
  5. cik yanie gebu tgh menantikan saat2 incek janggel ajak cik yanie gebu kuar DATING

    ehehhehehhe......

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu). Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perli s jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut. Wah langit biru, sawah menghijau... indahnya. (tetibe teringat Tsukuba) Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berz

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum! Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu. Anyway , kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,   Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh , kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan. Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta. So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols. Ok apa sebenarnya nasi ganja? Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang P

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Assalamualaikum... Dikemaskini pada 31 Mei 2013 Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu... Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!! Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu! CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LC

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Assalammualaikum!!! Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok. InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan! Perancangan Awal. So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Assalammualaikum! Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang , ke Damansara, ke Bangi .... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine . Ok  kembali kepada niat asal. Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam , telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sam