2010-02-19

Mengintai Bunga Sakura?

Semalam sebelum balik dari opis, aku sempat bersembang dengan member aku, CikHajah pasal Bunga Sakura. Sepanjang umor aku la, rasanya belum pernah lagi aku tengok bunga Sakura ni secara live. Atau mungkin aku dah pernah tertengok live tapi aku tak tau itu adalah bunga Sakura? hahaha macamana tuh?

Imbas balik pada kisah aku di Seoul dulu, satu musim bunga yang sangat indah, dengan cuaca yang sangat la sejuk sehingga menggigil time masuk bilik air. Aku berjalan sorang-sorang kat taman Magical Wold, Seoul. Aku nekad nak jugak berjalan-jalan pagi tu sebab kalau aku tak buat macam tu aku akan menyesal seumur hidup. Yer la itu saja masa yang aku ada sebelum ke Busan dan Ulsan. Jadi seawal jam 6.45 pagi (masa tu subuh pon dah lama habis) aku siap-siap turun ke taman Magical World. Wah memang sejuk dan keadaan sangat tenang, sebab ramai pakcik makcik Korean ni tak bangun tido lagi kot.

Sampai kat taman tu, aku terpegun! Cantik giler bunga-bunga yang sedang berkembang mekar kat situ. Sebijik macam dalam filem Autumn In My Heart! Ada la jugak beberapa kerat manusia yang berjogging dan bersenam. Tapi yang pastinya jalan raya memang sepi. Kebanyakan orang akan masuk kerja jam 9.00 pagi.

Aku pon tawaf la pusing-pusing taman tu, sambil memuji-muji keindahan ciptaan Allah. Ye la kat Malaysia manalah nak nampak benda-benda tu semua. Lagipon aku rasa time tu aku je yang pelik, tembak muka sendiri sorang-sorang. Siap pose-pose bagai, letak kemera atas tong sampah dan macam-macam lagi la. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Berbalik semula pada persembangan aku dengan CikHajjah, pasal bunga Sakura. Masa kat taman Magical World tu, aku rasa macam ternampak la pokok bunga sakura tu, sebab banyak sangat bunga. Dan disebabkan aku tak tau mana satu pokok bunga sakura, so aku pon tak la sejakun mana nak pegi snap-snap gambar bunga kat sana. Hahaha lawak sungguh, kalaulah Magical World tu dah open time tu, agaknya aku dah siap main roller coaster dan water boat dah kot. Naseb baik time tu pagi lagi, so aku hanya dapat tengok dari luar je.

CikHajjah kata time sakura blossom adalah pada awal Mac sehingga awal April. So, aku rasa masa aku pergi taman tu dah hujung April dah, mungkin Sakura pon dah tak banyak sangat tu. Takpe janji aku dapat tengok bnunga lain yer dak? heheh.

Hmmm bile nak pegi tengok Cherry Blossom plak ni....

PEACE!














Taman Tema Lotte Magical World, Seoul, Korea Selatan


Taman Tema Lotte Magical World, Seoul, Korea Selatan










5 comments:

  1. gila cantik dowh! aku tgk bunga yang kaler putih-purple tu cam lawa je..

    ReplyDelete
  2. Nuke:

    Bunga Purple-putih tu memang cantik!!! tapi aku suka semua heheh tamak !

    ReplyDelete
  3. still waiting tis year spring. berharap sangat spring menjengah awal tp winter xnak say gudbye.huuuu~ lawa2 =)

    ReplyDelete
  4. Ajid -

    Winter tak mahu tinggal kan kekasihnya..kerana sayangnya masih menebal.. tapi apakan daya dia terpaksa juga membei peluang kepada spring untuk merasa kenikmatan hidup~ hahaha

    ReplyDelete
  5. indah sungguh ciptaan Tuhan..
    semua bunga cantikk

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS