Assalammualaikum!!!
Bertemu lagi kita, tapi kali ni aku dah selamat balik ke Tanah Air terchinta, Malaysia is the best!. Alhamdulillah aku dah selamat terima sijil tamat belajar dan selamt juga kembali setelah hampir 40 hari berada di bumi Shogun! (tetibe teringat gelaran Shogun yang diorang bagi masa induksi baru masuk kerja 7 tahun yang lalu kekekek).
Sampai kat Malaysia je, Kakak Ipar aku jamu Laksa Penang! Omai really appreciate it sebab dari awal minggu kat Jepun ngidam makan laksa! Thanks akak, lepas tu tak henti-henti makan, sampailah hari ni, boleh??? Lepas tu diorang kata aku makin gelap? Motif? Ye la kan berjemu hari-hari kayuh speda, summer pulak tu...mana tak gelap. Takpe lepas ni seputih salju semula.
Ok jika sehari sebelum raya bukanmain kami GAGAH berbasikal ke Tsukuba Center yang jaraknya pergi balik lebih kurang 10 km, kali ni aku nak cerita pasal menyambut lebaran sebatang kara di Negara yang tak menyambut lebaran (er kompius sikit ayat tu ye?).
Di malam raya, kalau kat kampung memang dah meriah habis-habisan la kan, siap makan tak berhenti, main pelita, bunga api bagai dan mengumpat sesama keluarga. Tapi di Tsukuba ni, aku duduk lepak dalam bilik, layan internet, tengok drama Jepun yang tak ada subtitle dan makan biskut raya bekalan ibu (sedih tak?) Ha tu baru malam raya. Memang pada mulanya plan nak ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Shibuya, Tokyo, kengkonon nak mengikut beberapa orang student Malaysia yang nak ke sana la kan, tapi setelah berbincang-bincang dengan Kak Mah, Pak Agus dan Mbak Ajeng, akhirnya pasrah je sambut lebaran kat tsukuba, sebabnya, minggu depan kami juga akan ke Tokyo, dan perjalanan mengambil masa selama satu jam dan tambang pulak dalam 1050 Yen (RM 42), huh tercekik kejap dengar. maka malam tu dah berkira-kira la nak buat apa je di pagi hari raya, mungkin lepak-lepak di dewan makan sambil makan juadah raya. (sedih tak? lagi?).
Tiba-tiba kedengaran telefon berbunyi (wah #drama dah start), rupanya Azam (salah sorang senior kat tempat aku ni) telefon, dia tanya apa plan esok? nak solat raya kat mana? Ha aku pon tatau nak jawab cemana. Last skali dia ajak aku pergi solat raya kat Masjid Tsukuba! Dia pesan suruh ajak semua (Kak Mah, Pak Agus dan Mbak Ajeng). Aku pon ok kan aje la, mula semangat balik nak beraya! Terus aku telefon semua orang bagitau pasal plan esok.
Azam plan nak ke Masjid Tsukuba naik basikal! (Er terus terkedu sekejap). Hasil siasatan di google, Masjid Tsukuba tu lebih kurang 13 km dari tempat aku ni, mampos kot nak mengayuh di pagi hari sejauh itu? Tambahan pulak katanya nak bertolak pukul 6.00 pagi! Omai, gigihnya, tak dapat aku bayangkan dengan berbaju Melayu sambil mengayuh basikal sejauh 13 km? Dan dengan keadaan Kak Mah yang tak berapa lancar bawak basikal tu??? Oh no! Akhirnya, kami membuat keputusan untuk naik bas sahaja ke Tsukuba Center, dan di sana nanti akan ada Van (hasil ehsan Komuniti Muslim Masjid Tsukuba) yang akan menjemput sesiapa yang akan ke masjid. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan kami nak mengerjakan solat sunat Aidil Fitri!
Maka seawal pagi aku bangun dan bersiap pakai baju Melayu baru khas di tempah untuk hari raya tau! Cuma masa ni malas la nak bersampin bagai sebab nak naik bas, dan tak tau cemana keadaannya kat sana tu nanti. Tepat jam 6.30 am, kami berkumpul di lobi dan ada juga segerombolan pelajar Indonesia yang lain akan naik bas jugak, tapi diorang gigih nak ke kedutaan Indonesia di Tokyo. Kami berjalan kaki beramai-ramai ke pondok bas di tepi jalan, kalau ikut jadual bas, bas akan datang setiap 15 minit bermakna pada jam 6.45am, tapi sebab sebob bersembang bagai, maka terpaksa naik bas jam 7.00 am. Manakala, van free yang akan mengambil penumpang ke Masjid Tsukuba akan bermula pada jam 7.30 pagi. Ok still ada masa.
Maka seawal pagi aku bangun dan bersiap pakai baju Melayu baru khas di tempah untuk hari raya tau! Cuma masa ni malas la nak bersampin bagai sebab nak naik bas, dan tak tau cemana keadaannya kat sana tu nanti. Tepat jam 6.30 am, kami berkumpul di lobi dan ada juga segerombolan pelajar Indonesia yang lain akan naik bas jugak, tapi diorang gigih nak ke kedutaan Indonesia di Tokyo. Kami berjalan kaki beramai-ramai ke pondok bas di tepi jalan, kalau ikut jadual bas, bas akan datang setiap 15 minit bermakna pada jam 6.45am, tapi sebab sebob bersembang bagai, maka terpaksa naik bas jam 7.00 am. Manakala, van free yang akan mengambil penumpang ke Masjid Tsukuba akan bermula pada jam 7.30 pagi. Ok still ada masa.
Maka bermula kisah pertama aku naik bas lompat di Jepun. Tambang dari tempat aku ke Tsukuba Center adalah 300 Yen (dalam RM12) untuk perjalanan selama 15 minit. Dan bas itu sangat punctual ye, biasa la orang Jepun ni bab time management memang sangat teratur. Yang tu kita boleh ikut ye. Maka dalam bas tu memang penuh dengan kami-kami aja la, aku ngan Kak Mah je orang Malaysia (sebab Azam pegi naik basikal), manakala yang 8 orang lagi semua orang Indonesia (ye orang Indonesia ramai kat Tsukuba tu).
Wah memasing berbaju kebangsaan kan, kata RAYA! Tengah tunggu bas kat tepi jalan jam 6.50 pagi. |
Acara bergambar dalam bas. Kat luar nampak buruk giler bas ni, kat dalam, huh hambek ko serba moden! Don't judge the book by its cover ok! |
Kami sampai di Tsukuba Center pada jam 7.15 pagi, masih ada 15 minit untuk menunggu van. pasrah je ni sebab tak tau macamana rupa van yang akan kami berempat naik, dan sape yang akan ambik kami di situ, main belasah je la. Manakala yang lain semua dah bergerak ke train station untuk ke Tokyo. Maka menunggulah kami di tepi jalan dengan penuh was-was, nampak pulak si Azam dengan pecutnya mengayuh basikal lalu depan kami, hahaha memang gigih tau.
Bergambar kat depan stesen bas Tsukuba Center. :) Di pagi raya tau! |
Akhirnya jam 7.40pagi maka tibalah van yang dinantikan, dipandu oleh 2 orang warga Mesir (student Universiti Tsukuba), terus berhenti depan kami. Aku pon main agak-agak je betul ke tak van tu akan bawak kami ke Masjid, alhamdulillah memang betul diorang yang akan ambik kami dan bawa ke masjid. Kami melalui University Tsukuba yang sangat besar dan ada beberapa orang lagi yang turut sama dijemput naik dalam van yang sama, ada dari Turki, dan Iran juga. Wah satu dunia sangat kan! Dalam 30 minit perjalanan akhirnya sampai lah kami di Masjid Tsukuba!
Naik van menuju ke Masjid Tsukuba. Masa ni van belum penuh lagi... :) |
Wah culture shock sekejap, sebelum ni aku bukan main membayangkan Masjid Tsukuba tu macamana rupanya. Sekali, bile sampai je kat depan masjid tu, ternganga sekejap, terus dalam hati aku cakap "betul ke ni masjidnya?" hahaha di depan aku tersergam sebuah rumah dua tingkat (menurut kengkawan kat situ rupanya itu dulu merupakan sebuah kilang kain yang dah bankrup dan dibeli oleh penduduk-penduduk muslim di Tsukuba untuk dijadikan masjid!). Ok memang tak nampak macam masjid ye, dan waktu tu dah ramai jemaah di dalam, paling ramai orang berbangsa arab dan orang-orang Indonesia. Katanya ramai yang bekerja kat sana dan ada segelintir yang belajar di Universiti Tsukuba. Beramai-ramai lah kami mengalunkan takbir raya, memang lain sikit bunyinya (tak sama macam di Malaysia- rujuk video. Ha jangan memain, julung-julung kali tau entry aku ada video!). Penuh sesak juga masjid pagi tu, selesai solat sunat Aidil Fitri, khutbah raya pon dibaca oleh salah seorang lecturer arab di situ, dalam bahasa Inggeris, so boleh la paham. Aku nampak jugak ada beberapa orang Melayu berpakaian baju Melayu, mungkin student universiti. Tak sempat nak tegur diorang sebab diorang duduk jauh dari aku dan lepas solat raya aku pon berdesup nak ke van takut kena tinggal kekeke.
Keadaan dalam Masjid Tsukuba...penuh juga. |
Ramai-ramai melaungkan Takbir Raya. |
Suasana takbir raya di masjid Tsukuba
Lepas solat raya, kami diberi sebungkus makanan (berkat) yang mengandungi pisang (buahan utama kat Jepun ni kot sebab hari-hari makan pisang), air minuman tin dan biskut. Lega dapat jugak la bersarapan pagi. Aku, Kak Mah, Pak Agus dan Mbak Ajeng pon, tunggu kat luar masjid, di tengah-tengah keramaian manusia, mencari van kami tadi. Dari jauh nampak orang Iran melambai-lambai panggil kami, katanya van terpaksa parking jauh sebab ada polis datang, tak bagi parking tepi jalan. Makanya kami pon menapak la dalam 1km menuju ke Mini Mart di mana van tersebut diletakkan.
Van menghantar kami balik ke Tsukuba Center, syukur sangat ada jugak orang baik yang sudi hantar kami. Tak sangka sebenarnya, kami dapat layanan macam tu. Kami meneruskan aktiviti hari raya di Tsukuba Center, melawat shopping complex kekeke. Duduk makan aiskrim dan cuci mata. Tengahari baru kami naik bas untuk pulang ke asrama. Dan hari tu jugak la first time makan tengahari di dewan makan, rata-rata pelajar muslim tanpa mengira kaum dan bangsa masing-masing mengucapkan Happy Eid ! Di sini baru nampak semua muslim bersatu (gitew hehehe). Alhamdulillah terasa jugak la bagai beraya, masa tu jugak aku jamu semua kuih muih yang mak aku bekalkan dari Malaysia, semua bawak kuih raya masing-masing sampai penuh satu meja!
Inilah Masjid Tsukuba (Asalmya sebuah kilang) |
Selepas solat sunat Aidil Fitri :) |
Menjamu mata dan berhari raya di Shopping Complex. |
Juadah Hari Raya! |
Sebelah petang pulak, aku try siapkan Photo Challenge Balik Raya 2012 dari Biqque. Tak dapat siapkan semua sebab kena perah otak berpikir bagai nak rak. Jenuh jugak aku mengayuh basikal sorang-sorang keliling kampung kekeke. Kalau dikenang balik, memang satu kenangan terindah la kiranya kekeke.
Ok nanti aku cerita lagi kisan di Jepun ye.
WASSALAM.
wahhhh dah mula kuar dah!!!!
ReplyDeletetudung2 ala2 serkup gitewww akak-akak kat sana.
Dapat juga solat aidilfitri di perantauan tuuuu... Untunglah kan :D
Pepepun....... Welcome backkkkkkk!!! hihihihi
style jugak raya kat jepun..
ReplyDeletekuih raya ada, rendang ada
tapi paling gigih tengok korang nak p solat raya hehehe...
aku rasa kalo ko pakai baju raya jepun (kimono ke hapeke nama) lagi style :-)
kalo aku, tatau la sanggup ke tak beraya tanpa keluarga, mau aku meraung kot hahahaha!
ReplyDeletegigih kan buat photo challenge! seb beik dpt main ice skating :D ha bila??
bestnyeeeeee! tapi tu la..pengalaman tak mungkin dapat selalu kan. hiks
ReplyDeleteKecik ja masjidnyer... ke pasal org ramai, masjid besar nampak kecik? Anyway, Japan time summer panas ke atau suam2 kuku ja?
ReplyDeleteAlahai sedihnye makan kui raya bekalan dari bonda terchenta..sob sob.. Kegigihan ko pegi solat raya tu amatlah aku kagumi, nasib baik tak kena kayuh beskal, haihhhh
ReplyDeleteMuka ko excited gile bergambar kt patung pakai komono tu, sedihhhh konon huh!!
MasMZ:
ReplyDeleteTudung cekop bergaya Yuna pemes okay di pagi raya. Lega dapat merasa pengalaman beraya di perantauan. :)
Dzuchan;
ReplyDeleteHa style la sangat. Tak best langsung ok. Rasa macam pg solat jumaat je. Pakai kimono? Kang org kata buang tebiat pulekkkkk
Biqque:
ReplyDeleteBile lagi kan nak merasa? Bukan semua org dapat pengalaman sebegitewwww.
Ntah aku terlupa plak aku mng potocelen!!!! Nasib baik ko ingatkan!! Tepaksa main ice skating mgu ni! Hahahaa
Ceklala:
ReplyDeleteYe itu pengalaman yg akan saya kenang seumur hidup. :)
mana gambar basnya? kata buruk...tp dlm awesome. kekeke. tu ke masjidnye? huhuhu sedihnya tgk sbb x mcm kilang pn. kecik je. tp takpelah...semoga berkembang nnt kat sana.
ReplyDeletemakanan raya tu je??? mana lemang, redang, ketupat dan satey? kekeke
Macam tu rupa masjid nye? Tak apa, yg penting ada masjid, ada tempat ibadat utk orang Islam dan ada tempat orang Islam berkumpul.
ReplyDeleteTapi baguslah dia org ada bg makan. Tak macam saya raya di Beijing...Nanti saya akan buat entri pasal ni..nanti baca ya.
Semoga masjid bertambah di sana.
Farikica:
ReplyDeleteYer beso tu je la masejid nye..
Summer suam-suam kuku??? naahhhh Tidak sama sekali..bahkan lebih panas dari cuaca di Malaysia.
BlueEwok:
ReplyDeleteGitew.. sapa kata aku sedih beraya di perantauan?? hahaha tak sedih langsung kekekee.
#drama
Danny:
ReplyDeleteHaaaaa la itu je la. ko ingat ni raya kat Malaysia ke? kekekeke.
bersyukurla atas apa yang ada #pasrah.
Naramas Aman:
ReplyDeleteye macamtula rupanya kak... kecik je. Ye kan, yg penting ada tempat ibadat. harap2 nanti ada la masjid besar muncul di Tsukuba tu. Yer lepas solat raya diorang bagi guddies, dapat la jugak buat brekfast kekeke.
Nanti buat ye entry kat sana, nak baca gak.