2012-09-03

Photo Challenge Balik Raya 2012 : Sesi Membunuh Namanya!

Assalammualaikum!!!

Rasanya belum terlambat kot aku nak submit contest si Biqque dan Chawana ni (walaupun dipaksa berkali-kali). Hmmm pening jugak la kepala nak pikir macamanalah nak buat 'Photo Challenge Balik Raya 2012" ni dengan kelengkapan serba kekurangan di Negara Matahari Terbit ni. Dah la aku sebatang kara kat sini, lepas tu bukan main gigih menyetelkan PCBR 2012 sorang-sorang tau! Korang mampukah???? *Pesanan untuk penaja: Sila bagi MARKAH LEBIH kat semua gambar aku di atas sebab-sebab tersebut! (Amaran keras)

Ok jom kita mulakan! (Eh lupa pulak nak ucap Selamat Hari Raya!). Ok untuk Syarat-syarat utama, aku rasa dah cukup lengkap dah:

SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA! 

A) Setiap gambar MESTI ada Blogger.
 (Ye gambar aku semua ada dalam tu)
B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2012". (Ok memang aku pakai kertas A4)
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Untuk pengetahuan juri, memang baju raya aku kaler turquoise tahun ni sekian)

Kategori BIQQUE mengandungi 5 soalan. Hadoi laaaaa pitam tau pikir macamana nak buat. Dah la raya tak seberapa kat sini. Takpe janji aku memenuhi SEMUA SYARAT ye. Sila jangan komplen.

Soalan 1: Blogger bergambar bersama kereta lama dan buruk (mesti kereta berusia 20 tahun atau lebih) 

Jenuh dah aku pusing satu kawasan cari kereta lama.. APA KO INGAT JEPUN NI ADA KE KERETA YANG LEBIH 20 TAHUN??? Cekabokan kat aku ada ke tak??? Pusing punya pusing aku jumpa la keter (van) buruk ni kat depan rumah orang. Aku rasa kalau tengok dari segi paras rupa Van ni dah lebih 20 tahun dah tu. Cer tengok tayar ngan sport rim kete tu, buruk kan? Macam 20 tahun kan? Pastu nak dijadikan cerita, nak pegi dekat-dekat amek gambar kete ni takut tetibe ada anjing ke atau ada CCTV ke pulak kan (maklumle Jepun kan berteknologi tinggi! Karang tak pasal-pasal aku kene tuduh jadi penjenayah kan ke naya je pulak). So ini je la hasil yang mampu aku ketik dari kemera kompek aku (malu nak pakai kemere gedabak sebab takut orang ingat paparazi giler). Ok Lengkap kan tugasan pertama aku kan??? Kan??? KAN?? (HURUP BESAR TU PAHAM-PAHAM jela MAKSUDNYA).

Soalan 2: Blogger bergambar terlentang dimana pelita raya berada di kedua tapak tangan (mesti dua pelita, satu kiri satu kanan)

Yang ni memang aku givap! Hellooooo ada ke orang JEPUN main pelita panjut sambut lebaran? (Eh orang Jepun sambut Lebarankah?) Puas la pulak kan nak cari pelita bagai. Ko hingat ni kampung SEKINCHAN ke ada pelita panjut bagai letak kat tepi bendang? mentang-mentang la aku duduk kat bendang modern (Ha nama pon bendang modern!) - EH Silap, gambar ni di ambil di TOKYO yer, manalah ada pelita panjut kat sini! Kang tak pasal-pasal kene tuduh buat pembakaran terbuka! Tak pasal-pasal pulak aku kene guna Kad Kuasa Merah Jambu aku tu kang. Haish.... So dengan kepintaran akal aku (sebab dah belajo dengan orang Jepang) maka lihatlah hasilnya seperti di dalam gambar. Ha jangan kata aku punya gambar tak lengkap yer! Tu nampak tu aku pegang dua Pelita Panjut tu nampak??? Nampak Tak????? Tu kira terlentang la kan??? Syarat suruh terlentang kan bukan meniarap kan??? Kan???

Soalan 3: Blogger bergambar makan kuih raya di dalam kedai/pasaraya sebelah cashier (mesti ada cashier tengah keja, kalo dia gelak lagi bonus)

YA ALLAH bukan main malu tau aku nak buat benda ni!!!!  Cashier tu siap belakon lagi tau buat tekan-tekan mesin cashier tu (sebab aku suruh belakon) Haish sepatutnya aku suruh dia senyum tengok kemera!!! Rugi pulak markah kat situ. Eh tapi ni cashier JEPUN tau! Original! Korang yang lain tu tah cashier mana tah!  (Markah lebih untuk aku) Lepas tu kan, aku tak offer pon kuih raya sebekas tu kat Cashier tu , Keji tak aku??? Hahaha aku tau dia tanak makan pon sebab kuih raya tu semua dah hancur akibat terhantuk-hantuk dalam Flight! Cilanat punya orang yang campak-campak beg aku dalam flight!). Amacam lengkap tak gambar aku???? Lengkap kan???? KAN????? 

Soalan 4: Blogger bergambar main bunga api depan balai bomba dgn kadar api yg besar (pepandai la korang nak buat apa dgn bunga api tu kasi api dia nampak besar)

Bila  pikir-pikir balik, boleh buat tergelak sensorang tau pasal cabaran ni! Mula-mula jenuh pikir mana la nak cari balai BOMBA, rupa-rupanya depan asrama aku ni ada BALAI BOMBA! Syukur! Tu nampak tak kereta BOMBA tu kaler MERAH tu??? Punyalah GIGIH bangun pukul 6.15 pagi sebab tanak orang lain nampak aku buat keje giler kan, alih-alih punya meriah pagi-pagi butan depan Balai BOMBA tu sebab bebudak training diorang tengah gotong royong sapu sampah depan pintu balai! ARGHHH tensi gue! Tepaksa lajak depan sikit tempat tersorok kekeke.Ha ni aku main bunga api depan Balai Bomba! Bukan main BESAR kan BUNGA API aku kan??? Korang ada ke bunga api macam tu??? Takde kan??? KAN???? KAN????? Siap ada pelita lagi tu!

Soalan 5: Blogger bergambar baju raya yang dilekat penuh dengan sampul duit raya (lagi banyak sampul yg dilekat, lagi bagus)

Ok ni lagi satu aku hangin, mana pulak la aku nak cari SAMPUL DUIT RAYA kat Jepun ni kan! Aku jumpa sampul bunga-bunga ni ada la. Tak kira, orang Jepun kata diorang pakai sampul cenggini tau bagi duit, so aku masih memenuhi syarat! KAN???? KAN????? Tengok tu aku tepek kat BAJU RAYA aku tu! HA dah la nak cari selotape pon takde, takan le nak beli pulak kan, kang tergadai beratus-ratus YEN aku nak beli selotape pulak. Tak kire! Aku memenuhi syarat jugak!

Ok, Selesai dah Tugasan BIQQUE, sekarang ni kita masuk ke Tugasan Chawana pulak. Ni lagi satu, aku rasa melampau-lampau pulak susah soalan si Chawana ni berbanding soalan Biqque. Tahap kemaluan yang amat tinggi tau! Tapi aku dapat buat jugak tau! Jangan memain!

Soalan 1:  Blogger berpakaian baju raya songsang (lelaki pakai baju perempuan, perempuan pakai baju laki)

YA Ampun!!!! Aku rasa macam nak cekik-cekik je Chawana ni tau suruh buat mende bukan-bukan cenggi! NAH ambik aku pakai BAJU RAYA orang GHANA tau! Korang ada???? Soalan tu tak cakap pon suruh pakai Baju Raya orang mana kan? So aku pakai baju raya orang GHANA! (Ha kalau tanya Kak TanSree Coco mesti dia tau sebab Pakwe dia dulu Rakyat Ghana! Kan kak kan??? Hehehe) Jangan memain! Baju Raya ni siap ada sulam-sulam okay! Korang punya baju raya mampu ke buat sulam-sulam sarat macam tu???? Tak kan? Siap aku pinjam Topi Vietnam lagi tau!!! Topi tu POMPUAN-POMPUAN Vietnam je pakai tau! Ha apa lagi korang nak? Lengkap tak gambar aku??? Lengkap kan???? KAN?????? HA siap ada REFLECTION lagi tau depan kemera tu! Aci tak kalau nak masukkan skali jawapan untuk soalan nombor 3 tu? Hahahah.
Soalan 2: Blogger hias kenderaan korang bertemakan raya, dan bawa kereta korang berjalan jalan dengan hiasan tersebut (lagi meriah hiasan lagi byk markah huhuhuh)

Untuk pengetahuan korang, menatang ni je la yang jadi kenderaan aku tetiap hari! Ko nak suruh aku beli kereta pulak ke kat Jepun ni??? Basikal ni pon aku pinjam tau! So aku rasa dah cukup cantik dah aku hias basikal pinjam aku ni. Siap pakai sampin dari Malaysia lagi tau! Basikal korang ada ke???? Takde kan??? Tu nampak tak tu bunga Kembang Pagi tiga kuntum tu aku letak kat HANDLE basikal tu???? Susah tu nak jumpa bunga tepi-tepi jalan tu. Aku siap petik tepi rumah orang lagi tu, siap anjing menyalak-nyalak bagai tu. Syukur dilindungi di Hari Raya dan nasib baik la aku bawak passport aku masa ni. Gigih tau tak tengah-tengah panas bawak BASIKAL BERHIAS pusing kampung!

Soalan 3: Blogger ambil gambar reflection diri sendiri (pakai baju raya) di mana2 tempat berkaitan, lagi luar biasa cara/kreativiti/tempat yg digunakan lagiiiiiiiiii bagus! (sila pikir di luar kotak)

Ha jenuh pikir mana la nak amek gambar REFLECTION ni. Mula-mula test dekat tingkap bilik, tapi bayangan Pokok SAKURA pulak yang lagi jelas. Terpaksa la amek idea KREATIF dari kepala otak aku untuk bergambar depan cermin DALAM TOILET! Ha bukan sekadar dalam toilet tau, SIAP POSING ALA-ALA MODEL RayBan OKAY! Korang boleh ke buat cenggitu???? Tak kan? Nampak tak reeflection di situ??? Dan nampak tak UBAT GIGI COLGATE kat situ??? Ha gambo REFLECTION korang mana ada Ubat Gigi Colgate sebagai PROPS! Aku ada! HAHAHAHA. Siap nak tunjuk, bilik ayor aku ada bath tub tau!  Untuk membuktikan kereflectionan gambar ni, sila tengok tulisan Photo Challenge tu, Tereflect kan??? KAN???? Jap, Na kata nak berpikir di luar kotak kan.... tu aku kat luar kotak jugak la tu kirenya... (KOTAK TOILET)

Soalan 4: Blogger memakai baju raya dan bergambar
bersama patung demo baju raya di pasar raya (pepandai la korang nak pose maut camne)

Ha ni gambo Patung apa tah namanya, siap pakai baju RAYA MANA tah aku pon tatau. Ada ke Patung pakai baju raya Aidil Fitri Malaysia kat Jepun??? Takde kan??? So ni kire baju raya jugak la ye! Jangan nak argue! Cuma pose aku je tak sehebat mana....maklumla masih menjaga tatasusila seorang Rakyat Malaysia kekdahnya! hahahaha. 

Soalan 5: Blogger kibar bendera Malaysia sambil pakai baju raya di tempat yg tinggi (tiang lapu, atas pokok, apa2 yg tinggi, etc)

Ni pon satu hal jugak nak buat, mana pulak la aku nak cari JALUR GEMILANG kat Jepun ni. Pikir punya aku muncul dengan idea kreatif ni. AMACAM kreatif tak aku???? Boleh diterima kan?. BERKIBAR LAGI TU. LEGA! Ni kira aku bergadai nyawa tau panjat meja, lemari semua semata-mata nak letak di tempat yang tinggi! Korang perati betol-betol tiang meja tu? HALUS TAK? Itu menandakan aku ringan yer (Indicator). Cer bayangkan kalao tiang tu patah? Kan mendatangkan mudarat pada aku! So sila ambilkira pertaruhan nyawa aku ni yer. Memang tinggi tempat ni! Amacam? Tak percaya ??? 
FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....

Lega! Dapat jugak aku buat PCBR 2012 di dengan LENGKAP. Mesti korang terkejut kan aku boleh buat? MALAYSIA BOLEH katanya! So apa lagi???? Sila buat penjurian dengan penuh dedikasi! Aku berharap ni! SANGAT BERHARAP nak menang ni. Bayangkan aku bubuh kemera atas batu, lantai, kerosi, buku accept for gambar kat cashier tu je aku mintak tolong orang ambik kan. Korang MAMPU tak buat cam aku? HAHAHAHA.

OK lah, malas dah nak taip panjang-panjang. Penat buat PCBR 2012 ni, sebab pakai otak kanan banyak sangat!

Sehingga itu, aku ucapkan selamat membaca!

PSTTT: Costume raya disponsor oleh Ibunda Tercinta (itu je baju raya yang aku ada di Jepang ni).
            Lokasi kejadian di merata-rata antara Tsukuba dan Tokyo, Jepang.
            Gambar diambil secara solo (hanya satu gambar diambil secara berduet).

WASSALAM.


37 comments:

  1. janggel,
    kreatif la...walaupn x de kat malaysia ok je kan...hehehe

    gud luck!hehehe

    ReplyDelete
  2. hahahah...
    sengal tahap tapir!!!
    gile gigih!!!!
    akak yakin janggel memang bole buat..campak kat kutub utara pun leh lagi nak masuk photo challenge
    hahaahahahahahahahahahhahahahhahahahhhahahahahahahah
    aduhaiiii...
    sambung gelak lagi
    hehehehehehehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
    iye.
    orang Ghana memang pakai baju gitu
    akak ade selai..tapi tak de labuci...
    (ps..ayu nyer dia..siap dgn topi vietnam gituuu)

    ReplyDelete
  3. ok..sangat lawak..
    yang cross dressing tu memang sangat sangat lawak..

    tapi, banyak CGI la ko guna hahahaha

    ReplyDelete
  4. omg!!!! gigihnyaaaa aku rasa ko konpem menang. jgn lupa aku! nnt aku tiup2 skit kat biq and chawanna kasik ko markah lebih. kekeke

    ReplyDelete
  5. YA ALLAHHHHHHHHHHHHHH LAWAKNYER JANGGELLLLLLLLLLLLLLL! YA ALLAH AKU SUKAAAAAAAAA SGT DGN KEGIGIHAN KO NIIIIIIIIIIIII! PART TERLENTANG, PELITA, BOMBA, PAKAI POMPUAN, PANJAT MEJA!!! YA ALLAHHHHH SAYANG KO!

    ReplyDelete
  6. TERBAEKLAH WEHHHH.AKU SUKA, DAN PALING GEMPAK DAN KELAKOR DAN MEMANG DILUAR KOTAK SUNGGUH PEMIKIRAN KO!!!!

    AKU PUN SAYANG KO HEHEHHEEH, NANTI AKU BUAT KEK COKLAT SELOYANG UTK KO SORANG JEK KEKEKEKEK

    ReplyDelete
  7. nampak cun bila berpakaian songsang hehehe...gerenti memang ni.

    ReplyDelete
  8. gigih ni hantar penyertaan dr jepung. confirm banyak markah bonus. yezza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajlaaa...terbaik la ko..haha..apsal boleh jumpe kt sini..haha..aku folo blog ko ok?
      =p

      Delete
  9. Janggel...

    adoiyyaaiii ni lagi soraangg...
    caya laaa.. siap buat kat jepun lagi tu!!!!

    hahaha

    ReplyDelete
  10. Emy Tak Kecik:


    Hahaha saje je nak buat jugak kan walaupun tak de bahan. ekeke

    ReplyDelete
  11. Kak Anash:

    YaAllah akak!!! Bawak2 besabo yer ...tarik napas dulu tariiiiiikkkkkkk.... lepassssssssss

    ReplyDelete
  12. Dzuchan:

    Harus la...
    CGI? mmg wajib sebab berada di negara berteknologi tinggi katanya.

    ReplyDelete
  13. John:

    Sila hembus2 sikit jampi mak esah tu ye!

    ReplyDelete
  14. Hahaha..hehee, watashi wa sono e ga daisukidesu
    Seyes kelakar gler gamba2 diatas..plg like gamba songsang tu sgt lembut liyuk lentuk gaya mu plus makk mmg xmampu temph bj bersulam cmtu ;p
    Sgt creatv n innvotive ^_^ selamat ari raya

    ReplyDelete
  15. sumpah aku xdpt tgk gambo sbb line lembab tp dari pembacaan aku dh gelak giler terbayang muka ko cam nk tumbuk muka biq ngan na hahahaha.. ok ok aku setuju ko menang hahahahaha

    ReplyDelete
  16. janggelllllllllllllllllll

    ko memang ade bakat terpendam dalam doniya lawak nihh..


    seriyessss,

    all your piccas entertaining!!!!

    SERIOUS NOTE TO BIQQUE: AKU NAK JANGGEL MENANG!!!!!!

    ReplyDelete
  17. terbaik dari ladang!! haha..selamat hari raye di jepang.

    paling suke gambar depan bomba..sepatutnye ajk2 diorg join skali

    ReplyDelete
  18. Ini baru dikatakan survival. Walau di mana berada, semangat tu tetap ada!Bravo!
    P/S : Baju raya lawa nyah...

    ReplyDelete
  19. Biqque:

    Hahah aku dah sahut cabaran kekdahnya! Amacam? Ok tak? kekeke

    ReplyDelete
  20. BlueEwoke:

    Omai!! Tak sabo nak makan kek ceklat seloyang!

    ReplyDelete
  21. Jimmy:

    Haaaaaaaaaa cun kan!!!!! Kekeke jangan memain!

    ReplyDelete
  22. Ajla:

    Saje je suka2. Maklumla, banyak masa terluang dikala hari raya kesorangan.

    ReplyDelete
  23. Retna:

    Hahaha gigih di mana saja berada katanya.

    ReplyDelete
  24. Hamra:

    Ahahahahaaa

    Budusssssssssss
    Apa kata ko buat baju raya camtu taun depan! Kompom jadi tumpuan sekampung!

    ReplyDelete
  25. Ely Hasrul:


    Kekekeke kite kan geng2 gigih!

    ReplyDelete
  26. MasZuber!

    Thanks! Itu saja yang termampu dibuat dikala bersendirian di sini kekeke.

    ReplyDelete
  27. Aina:

    Selamat Hari Raya jugak!

    Hahah nak ajak diorang?? HAHAHA nanti habis satu balai join. *cek maluuuuuuu

    ReplyDelete
  28. gelak guling2 nengok ni..kretip giler..daebak sungguh!!!!!!

    ReplyDelete
  29. Miss September:

    LoL bawak bertendang ye. Sabo sabo...b

    ReplyDelete
  30. CONGRATS! ANUGERAH KHAS JURI YOUUUU!

    GO HERE FOR RESULT : http://biqque.blogspot.com/2012/09/result-photo-challenge-balik-raya-2012.html

    ReplyDelete
  31. Biqque:

    Thank youuuuuu juri!!!!!!! Muacks!!!

    ReplyDelete
  32. janggel,
    aku paling suke gmbr ko panjat tiang halus siap pegang laptop! HAHAHA...gigih sngt dan kretip...mmg patut dapat anugerah juri..hebat ko improvise wlpun takde bahan...tahniah!!! =)

    ReplyDelete
  33. Fatt:

    Terpaksalah improvise..sebab serba kekurangan katanya..

    ini je la kenangan paling best masa aku kat Jepun aku rasa.
    Thanks penganjur sebab buat soalan ni semua masa aku di Jepun!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS