Posts

Showing posts from January, 2025

KL Car Free Morning – Kayuhan Sempoi di Tengah Kotaraya dan Banglo 289

Image
Pagi Ahad, Kuala Lumpur berubah wajah. KL Car Free Morning , program yang diadakan dua kali sebulan, mengubah jalan utama seperti Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, dan Jalan Sultan Ismail menjadi zon bebas kenderaan. Dari jam 7 pagi hingga 9 pagi, kawasan ini hanya dibuka untuk basikal, pejalan kaki, dan aktiviti rekreasi lain. Aku bersama Kori, Lizzy, dan Keri mengambil peluang untuk sertai program ni. Dengan basikal masing-masing, kami berkumpul di Dataran Merdeka sebelum memulakan perjalanan. Suasana di sini sangat hidup, dari basikal klasik ke model moden yang dihiasi lampu LED, semuanya ada. Orang ramai, termasuk keluarga dengan anak kecil, berkumpul untuk menikmati pagi tanpa gangguan trafik. Perjalanan kami bermula dari Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut. Laluan yang biasanya sibuk kini terasa seperti taman rekreasi terbuka. Udara lebih segar, tanpa bunyi hon atau asap kenderaan. Kami nampak ramai yang berjoging, berjalan santai bersama haiwan peliharaan, malah ada yang bermai...

FRANCE: Sejenak Di Kota Grenoble, France!

Image
Aku masih ingat lagi hari pertama aku menjejakkan kaki di France. Sebenarnya, aku ke Geneva atas urusan kerja. Sepanjang minggu sibuk dengan mesyuarat dan tugasan, tapi bila hujung minggu tiba, aku sedar aku ada masa lapang. Daripada duduk hotel tak buat apa-apa, aku putuskan untuk ambil peluang ni melawat cousin aku, Nazrin, yang menetap di Grenoble.   Hujung minggu itu terasa seperti hadiah selepas seminggu sibuk bekerja di Geneva. Bila Nazrin, cousin aku yang menetap di Grenoble, ajak aku datang melawat, aku terus setuju tanpa fikir panjang. Aku dah dengar banyak cerita tentang Grenoble, gunung-ganang yang mengelilinginya, sejarahnya yang kaya, dan tarikannya yang unik. Ini peluang aku untuk lihat sendiri magis kota kecil ini. Grenoble ni merupakan sebuah bandar tua yang trletak lebih kurang 4 jam perjalanan menaiki train ke kota Paris. Malangnya aku masih belum ada rezeki nak ke Paris. InsyaAllah maybe ada rezeki lain nanti. Dari Geneva, aku menaiki kereta api menuju ke Grenobl...

SWITZERLAND: Sepetang Di Lac Léman, Geneva.

Image
Langit Geneva petang itu biru sempurna, dihiasi gumpalan awan putih seperti lukisan yang menggantung di atas Lac Léman. Aku berdiri di tepi tasik, memandang jauh ke arah permukaan air yang berkilauan, seperti taburan berlian yang dipancarkan oleh cahaya matahari. Kebetulan aku baru selesai berkeliling bandar, dan rasa penat mula menyelinap ke tubuh. Tiba-tiba mataku tertancap pada sebuah bot yang sedang berlabuh di jeti. “Eh, naik bot free?” Aku bertanya sendiri sambil tersenyum. Rezeki jangan ditolak. Cepat-cepat aku berjalan ke arah jeti, menyelinap masuk ke barisan yang tak terlalu panjang. Sekilas pandang, aku perhatikan ramai orang tempatan bersidai di tepian tasik, menikmati sinar matahari. Ada yang duduk bersantai sambil membaca buku, ada juga yang berenang atau sekadar mencelup kaki di air jernih itu. “ Let’s go! ” Aku berbisik pada diri sendiri sambil melangkah naik ke atas bot. Di atas bot, suasananya meriah tetapi tenang. Ada keluarga yang ketawa riang, pasangan yang berb...

Kempen Visit Malaysia 2026: Maskot Beruang Matahari Yang Wow!

Image
Bila dengar pasal kempen Visit Malaysia 2026 ni, terus rasa excited! Lagi best bila tahu maskot rasmi dia adalah beruang matahari yang beri nama Wira dan Manja, haiwan comel dan unik yang memang sinonim dengan Malaysia. Rasa macam keputusan ni sangat tepat sebab ia bukan saja menonjolkan keindahan biodiversiti negara, tapi juga ingatkan kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar.   Beruang matahari ni rare tau, tak semua negara ada. Jadi, dia memang pilihan yang sempurna untuk tunjukkan betapa specialnya Malaysia. Dengan muka dia yang comel dan senyum manis tu, confirm menarik perhatian pelancong, dari dalam dan luar negara.   Tapi, tak boleh hanya bergantung pada maskot comel je. Harapnya kempen ni akan betul-betul tingkatkan kesedaran tentang kepentingan jaga hidupan liar dan pelancongan lestari. Kalau nak tarik pelancong, biar mereka nampak Malaysia ni bukan saja cantik, tapi juga prihatin dengan alam sekitar.   Overall, rasa bangga tengok usaha ni. Harap Visit Malay...

BRUNEI: Jejak Singkat di Bandar Seri Begawan

Image
“ Welcome to Brunei ,” ucap John sambil tersenyum puas. Pesawat kami baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, dan kami disambut oleh udara nyaman dan langit cerah yang seolah-olah memberi tanda baik untuk perjalanan kami. Perjalanan dua hari satu malam di Bandar Seri Begawan ini dirancang dengan ringkas tetapi padat dan kami sudah tidak sabar untuk menjelajah keunikan Brunei.   Setibanya di bandar, perkara pertama yang kami lakukan ialah mengambil kereta sewa yang telah kami tempah. John mengambil tempat di kerusi pemandu, sementara aku menjadi navigator yang bertugas memastikan aplikasi GPS kami tidak tersasar. Dengan peta digital sebagai penunjuk jalan, destinasi pertama kami ialah Kampung Ayer, perkampungan atas air yang merupakan antara simbol utama Brunei.   Ketika kami melangkah ke jeti dan menaiki bot kecil yang membawa kami melintasi sungai, aku terpesona dengan panorama Kampung Ayer. Rumah-rumah kayu berwarna-warni berdiri di atas tiang-...

MYANMAR: Menelusuri Keindahan Masa Silam di Bagan (Part 2)

Image
Selepas perjalanan panjang dari Yangon dengan menaiki bas malam, akhirnya kami sampai di Bagan waktu subuh. Mata masih berat, tapi semangat nak jelajah kota kuno ni dah mengatasi semua rasa penat. Aku, Pingu, dan Amier melangkah keluar dari bas, disambut udara pagi yang dingin, sejuk tapi segar, buat kepala yang berat jadi lega sikit. Di kejauhan, cahaya fajar yang baru nak muncul memberi petanda: sesuatu yang luar biasa sedang menunggu. “Amier, mana kita nak check-in ni?” Pingu mula bersuara sambil menyesuaikan beg sandangnya. “Tenang, semua dah set. Bagan Thande Hotel. Ada view Sungai Ayeyarwady, katanya cantik gila,” balas Amier sambil tersenyum yakin. Chalet kami terletak betul-betul menghadap Sungai Ayeyarwady, lengkap dengan balkoni yang luas. Tempat ini menjadi ruang istimewa kami untuk bersantai selepas seharian menjelajah kuil dan menikmati sejarah Old Bagan. Setiap kali angin lembut bertiup dari arah sungai, ia membawa bersama rasa damai yang menyegarkan, seolah-olah semua ke...

MYANMAR: Jejak Pertama di Yangon (Part 1)

Image
Pesawat kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada hari yang kelabu. Awan tebal menutupi langit, menumpahkan sedikit kemurungan pada kota yang baru kami jejaki. Aku, Pingu, dan Amier melangkah keluar dari terminal dengan beg galas masing-masing, bersemangat walaupun cuaca seperti tak mesra.   “Cuaca macam ni, elok juga. Tak panas sangat untuk jalan kaki jauh,” kata Pingu sambil mengikat tali kasutnya yang sedikit longgar. Amier, seperti biasa, hanya tersenyum kecil sambil membelek itinerary yang dia print malam sebelumnya.   Destinasi pertama kami ialah pasar kain terkenal di pusat kota sementara menunggu bas malam ke Bagan. Dalam perjalanan menaiki teksi, kami sibuk berbual tentang apa yang ingin dibeli di pasar itu.   “Amier, kau nak beli apa kat sana? Kain sarung ke?” tanya aku, sengaja menyakat.   “Kain sarung? Boleh jugak. Nak buat jadi langsir kat rumah,” jawab Amier, selamba. Kami semua ketawa, hilang sebentar penat perjalan...

THAILAND: Maeklong Railway Station, Bangkok

Image
Sajalah pose depan keretapi kat Maeklong Railway Station ni. Alang-alang dah sampai, rugi kalau tak ambil gambar kan? Tapi kalau korang tanya, "Best tak naik keretapi dari Kuala Lumpur ke Bangkok?" Jawapan aku: BEST! Tapi... sekali je cukup.  Kenapa? Sebab perjalanan tu memang panjang gila! Dalam keretapi, apa je kita boleh buat selain makan, tidur, dan sembang? Itu pun kalau ada topik menarik. Kalau tak, ulang balik rutin tu sampai destinasi. Aku rasa pengalaman tu memang berharga, boleh tengok pemandangan sepanjang jalan, jumpa orang baru, dan rasa hidup santai tanpa terkejar-kejar. Tapi kalau nak ulang? Hmm... aku pass dulu.   Aku lebih suka drive sendiri. Kenapa? Sebab seronoknya lain macam bila kita bebas nak berhenti di mana-mana. Masa aku dan geng backpackers kayap buat road trip dulu, memang rasa macam explorer sejati. Tak terikat dengan jadual, boleh singgah tempat rare, dan layan random vibes. Kalau nak tahu cerita tu, korang boleh baca kat blog aku (hint: kisah...

VIETNAM: Kisah di Cau May, Sa Pa

Image
“Jauh lagi ke ni?” tanya Uncle Jo sambil menolak tingkap van yang kami sewa dari bandar Sa Pa. Angin sejuk yang bertiup lembut membawa aroma segar dari gunung-ganang di sekitar kami. Pemandu van, seorang lelaki tempatan yang mesra, hanya tersenyum sambil menunjukkan jalan berbukit yang berliku di hadapan. Perjalanan ke Cau May, salah satu lokasi ikonik di Sa Pa, tidak mengambil masa lama, lebih kurang 30 minit saja. Tapi sepanjang jalan, mata kami sibuk menjamu keindahan pemandangan. Dari van, kelihatan teres padi yang bertingkat-tingkat menghiasi bukit, hijau dan keemasan seperti lukisan hidup. Setiap kali van berhenti untuk membiarkan haiwan ternakan melintas jalan, kami tak lepaskan peluang untuk tangkap gambar Ketika kami tiba di Cau May, kanak-kanak tempatan segera mengerumuni kami. Mereka membawa barang-barang kecil seperti gelang manik, kain sulaman, dan hiasan tradisional yang dibuat sendiri. “ Buy from me! Buy from me! ” jerit seorang budak perempuan kecil sambil menghulurkan ...

KENYA: The Real Safari - Di Mana Keajaiban dan Kejutan Bertemu, Nairobi

Image
Nairobi National Park, sebuah tempat di bumi yang menyimpan kenangan teristimewa di hati. Tidak ada yang dapat menandingi perasaan berdiri di tengah padang savana, dengan latar belakang pencakar langit Nairobi, sambil dikelilingi kehidupan liar yang bebas berkeliaran. Ia seperti berada di dua dunia yang berbeza, namun harmoninya terasa begitu nyata. Kami telah memilih pakej penuh, termasuk lawatan ke Nairobi Animal Orphanage dan Nairobi Safari Walk, selain eksplorasi taman utama. Dengan hanya $100 (untuk pelawat antarabangsa), pakej ini menawarkan pengalaman yang sukar dilupakan.  Kereta kami mula bergerak perlahan ke dalam kawasan safari. Dari jauh, siluet bandar Nairobi terlihat di balik padang savana yang luas. Pemandangan ini sangat ikonik! Dunia liar bertemu dunia moden. Pemandu kami, Joseph, dengan penuh semangat mula bercerita tentang sejarah taman ini.  “Dibuka pada tahun 1946, Nairobi National Park adalah taman nasional pertama Kenya. Ia dibangunkan untuk menjadi tama...

Epilog: Chamonix Mont Blanc, Keajaiban di Kaki Awan

Image
 [EPILOG] Chamonix sebuah pekan kecil yang terletak di kaki Mont Blanc, penuh dengan keindahan yang membuatkan kau akan merasa seolah-olah sedang hidup di dalam poskad. Di sini, puncak gunung bersalji bertemu dengan langit biru, dan udara segar memenuhi paru-paru dengan setiap hembusan.   Di Aiguille du Midi, pada ketinggian 3,842 meter, aku berdiri terpaku. Dari dek observasi, Mont Blanc terbentang luas, sebuah pemandangan yang hanya boleh digambarkan sebagai luar biasa. Kau tidak sekadar melihat alam, kau merasainya, dalam setiap bayu dingin yang menyapa wajah dan setiap hembusan angin yang membawa cerita dari puncak dunia.   Perjalanan ke sini melalui kereta kabel adalah pengalaman tersendiri. Ia seperti membawa kau perlahan-lahan keluar dari dunia biasa, mendaki ke tempat yang terasa seperti milik para pendaki dan pemimpi. Saat kau melangkah keluar, pandangan pertama ke arah lembah di bawah dan puncak-puncak di kejauhan akan membuatkan kau lupa seketika tent...

THAILAND: Koh Lipe - Mengimbau Sebuah Kenangan

Image
Empat tahun berlalu, tapi langkah pertama di pasir putih Koh Lipe, Thailand seakan membawa kami kembali ke waktu yang lalu. Kali ini, backpack kami lebih ringan, tapi hati kami penuh rasa ingin tahu, bagaimana pulau kecil yang dulu menjadi syurga backpacker ini telah berubah setelah pandemik?   Kami tiba dengan niat sederhana, mengimbau kenangan lama dan bertemu kembali dengan Ali, kawan yang sudah lama aku tak jumpa. Dari Penang ke Koh Lipe, sebuah roadtrip yang santai bersama Ali. Pelbagai cerita kami ungkit, biar tak terasa lamanya perjalanan itu.  Dulu, Koh Lipe adalah destinasi terakhir dalam perjalanan panjang kami, penuh dengan gelak tawa, keletihan, dan keajaiban yang hanya sebuah pulau tropika boleh tawarkan. Sekarang, ia masih sama indahnya, tapi dengan sedikit perubahan yang tak dapat dielakkan oleh waktu.   Langkah pertama di pasir putih Koh Lipe membuatkan aku terdiam seketika. Angin laut meniup lembut, membawa aroma garam yang menyegarkan. “Tak ber...