2025-01-16

Kisah di Cau May, Sa Pa

“Jauh lagi ke ni?” tanya Uncle Jo sambil menolak tingkap van yang kami sewa dari bandar Sa Pa. Angin sejuk yang bertiup lembut membawa aroma segar dari gunung-ganang di sekitar kami. Pemandu van, seorang lelaki tempatan yang mesra, hanya tersenyum sambil menunjukkan jalan berbukit yang berliku di hadapan.

Perjalanan ke Cau May, salah satu lokasi ikonik di Sa Pa, tidak mengambil masa lama, lebih kurang 30 minit saja. Tapi sepanjang jalan, mata kami sibuk menjamu keindahan pemandangan. Dari van, kelihatan teres padi yang bertingkat-tingkat menghiasi bukit, hijau dan keemasan seperti lukisan hidup. Setiap kali van berhenti untuk membiarkan haiwan ternakan melintas jalan, kami tak lepaskan peluang untuk tangkap gambar

Ketika kami tiba di Cau May, kanak-kanak tempatan segera mengerumuni kami. Mereka membawa barang-barang kecil seperti gelang manik, kain sulaman, dan hiasan tradisional yang dibuat sendiri.

Buy from me! Buy from me!” jerit seorang budak perempuan kecil sambil menghulurkan gelang berwarna-warni.

Korie membalas dengan senyuman, “No no no. Go to that uncle, not me.” Dihalaunya bebudak itu ke arah Uncle Jo. 

Kami ketawa kecil, tapi sebenarnya kagum melihat betapa bijaknya mereka memikat hati pelancong. Kanak-kanak itu terus mengekori langkah kami, penuh dengan semangat dan gelak tawa.

Cara ke Cau May dari bandar Sa Pa:

Anda boleh menyewa van atau motor dari bandar Sa Pa. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit, bergantung pada keadaan jalan. Harga sewaan van biasanya berkisar antara VND 500,000 - 700,000 untuk perjalanan pergi-balik, termasuk berhenti di lokasi menarik sepanjang perjalanan.

Untuk yang gemar cabaran, boleh juga berjalan kaki selama 2-3 jam dari bandar Sa Pa, sambil menikmati pemandangan desa yang indah.

Cau May terkenal dengan jambatan gantungnya yang ikonik, dikelilingi oleh teres padi bertingkat-tingkat yang menawarkan pemandangan luar biasa, terutama ketika disinari cahaya matahari pagi atau petang. Selain keindahan alamnya, kawasan ini juga merupakan destinasi terbaik untuk mengenali budaya unik masyarakat etnik tempatan, seperti suku H’Mong dan Dao. Pelawat berpeluang melihat cara hidup tradisional, pakaian berwarna-warni, serta hasil kraftangan mereka yang halus, menjadikan Cau May bukan sahaja destinasi visual yang memukau tetapi juga pengalaman budaya yang kaya dan autentik.

WASSALAM.




Cau May, Sa Pa - September 2024


No comments:

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS