2009-07-13

Nabil Tom Yam dan Kolam Air Panas Gadek

Hujung minggu lalu, seorang teman mengajak aku beriadah..Dah lama tak bersukan katanya. Aku pun setuju aja lah, dia pon dah booked court tennis kat Bangi. Set jam 6.00 petang aku janji nak jumpa di Bangi. Ada pulak sorang member aku lagi yang nak join sama. Ok la, kalau lagi ramai lagi best! Petang tu aku, dan dua orang kawan aku main tenis sampai pukul 7.30 malam. Huh lama tak main, sengal-sengal pulak rasa badan.

Lepas magrib, aku lepak di restoran kawan aku yang tinggal kat bangi tu. Nama kedai dia "NABIL TOMYAM".Merasalah makan tom yam dan sup tulang kat sana! Sedap masakan tukan masak kedai kawan aku tu. Sesiapa yang rajin pergi Bangi tu, singgah la kedai makan kawan aku yer...jangan lupa, 'NABIL TOMYAM'. Kalau tengok nama pun dah tau, masakan utama kedai dia tu adalah tom yam!!! Yum..yum...sedap!

Lepas makan, rasa bosan pulak. Malam masih muda.Malam mingu pulak tuh! Pikir-punya pikir, akhirnya kami bertiga sepakat untuk ke Kolam Air Panas Gadek! Kat mana tuh? Bagi sesiapa yang tak pernah pergi (macam aku) mesti lost, tak tau kat mana Kolam Air Panas Gadek tu. Ia terletak di Alor Gajah, Melaka. Perjalanan dari Bangi ke hanya 1 jam. Tak la jauh mana. Kami bertolak jam 9.00 malam. dan sampai di Kolam Air Panas Kolam Air Panas GadekGadek jam 10.00 malam. Aku memang tak pernah ke situ, kawan aku sorang lagi tu pon tak pernah pergi jugak. Sampai je kat sana, huh terkejut kami dibuatnya, bukan main ramai pengunjung di Kolam Air Panas tu, segenap lapisan masyarakat ada. Melayu, Cina, India... tua, muda...miskin, kaya semua berkumpul sambil berendam di situ.Hmm tempat yang best jugak kalo nak cuci mata!! ahahhaha.

Bayaran masuk hanya RM4, ok la tu..tak mahal pon, boleh masuk 15 kali! hehehe.
Kolam Air Panas Gadek ni terdiri daripada beberapa buah kolam yang telah diubahsuai cantik dan terdapat beberapa buah pondok untuk para pengunjung bersantai. kira selesa jugalah tempat tu. Bagi sesiapa yang tak pernah pergi ke Kolam Air Panas Gadek, senang je nak ke sana. Ikut PLUS Highway, keluar ke susur Alor Gajah. Ikut je signboard Kolam Air Panas Gadek. Gerenti jumpa. Kebanyak pengunjung, akan ke sana di waktu malam, al maklumlah cuaca sejuk ditambah pulak berendam dalam air panas, huh best!! Best!.

Malam tu kami lepak kat sana sampai pukul 1.00 pagi sebelum balik ke Kuala Lumpur. Hmm memang satu pengalaman yang best . Selalunya, aku ni memang jenis tak suka plan sesuatu progam awal-awal. Takut tak jadi. Memang plan last minit yang selalu jadi... hahahah sapa mau join plan last minit aku??? Angkat tangan!! heheheh tunggu jelah apa plan seterusnya..!

PEACE!

Pekena, tomyam, sup tulang, telur dadar dan nasi putih! Fuh sedap! Air Laici pon OK!

Sampai dah tol Alor Gajah.


16 comments:

  1. salam bro..
    sedap pekena tomyam.nasib baik tak kempunan sebabnya hari ni mak masak tomyam..pernah pergi kolam air panas di kelantan je.Tapi tempatnya taklah sebesar di melaka tu.Tentu seronok rendam dalam air panas malam2 macam tu.

    ReplyDelete
  2. @AiE bAhRi

    Salam Aie...
    Memang best TomYam Nabil..heheh tapi masakan ibu memang masakan yang paling best kan..
    Setuju!
    Pastu berendam kat air panas sambil cuci mata hehehe best2...

    ReplyDelete
  3. Tomyam mmg sedap dimkn dgn telur dadar kn ;P

    ReplyDelete
  4. @Dhada
    Ha uh...ibarat dua2 tu tercipta memang untuk bersama..hehehe

    ReplyDelete
  5. Le kat Bangi ke. Aku ingatkan kedai tu kat Shah Alam. Tomyam mmg ngam makan dengan telur dadar. Aku selalu aku masukkan terus telur dadar tu dalam tomyam. Nyum nyum.

    ReplyDelete
  6. @Dr House

    Ya ampun....
    Dah terliur aku nih Dr... Cepat la belanja aku...hahahhaha

    ReplyDelete
  7. pergh....malam ni jalan blog asik citer pasal makan je...huhuhu....makan ingt2 dalia k..(cambuang mase je kan??? hehehe..)

    ReplyDelete
  8. @DaliaLiyana

    Hahahah tu namanya rejeki...

    Ish takda lah buang masa..kekadang bleh tambah info.. selalu la dtg yer.. ;p

    ReplyDelete
  9. salam..
    selepas ini bolehlah singgah ke Kolam Air Panas Bemban. Rasanya lebih okey sikit dari Gadek :)

    try masuk ke link di bawah ya...

    http://myqza.blogspot.com/2009/07/pssttt-kamu-aku-ada-certa-panas-lebh.html

    salam kenal.

    ReplyDelete
  10. huhu
    tom yam mmg sedap
    feveret ku juga

    ReplyDelete
  11. @4069077326264134649.0

    Yup...lepas ni boleh cuba tempat tu pulak...hehehe thans for dropping by...
    :P

    ReplyDelete
  12. @KhairiL


    oh fav kiter sama la! hehehehe

    ReplyDelete
  13. bangi..ni orang bangi ni..kenape xtau nabil tomyam ni..hehe..

    alor gajah lak ..tempat men dulu2 ni..nape xpg sane ni..orang jauh dtg..ni yg dekat xdtg pun..malu ni..hehe

    ReplyDelete
  14. @hIrOsHiNaRi

    Ish..ish..ish..apa nak jadi la org tu yer hehehe.

    ReplyDelete
  15. aku dok bangi..tp xtau pulak nabil tomyam 2 katne..hehe..

    ReplyDelete
  16. Cik Yana "-

    Nabil Tomyam tu dah bungkus..owner dah pindah tempat lain..huhuh

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS