Taman Tasik Perdana [TTP] @ Lake Garden kata orang putih, lama dah aku tak ke situ. Kalau dulu, time budak-budak uni, selalu jugak aku ke TTP ni, sanggup bangun awal2 pagi dan drive sensorang kengkononnya nak jogging, dan menghirup udara segar. Hahahah tu la kerja aku hujung-hujung minggu. Tapi itu dulu...sekarang ni dah jarang dah aku ke sana. Mungkin sebab faktor masa dan kemalasan yang melimpah ruah! Wakakaka.
Ok,Ok apa yang aku nak story kat entry kali ni adalah mengenai wajah terbaru TTP. Sebenarnya, hari ni aku kena menghadiri satu Meeting di KL. Lokasinya dekat-dekat la dengan TTP ni. Aku macam biasa, bangun awal dan bertolak keluar dari rumah jam 7.00 pagi. Macam biasa la time pergi kerja. Setelah merempuh jem di sepanjang highway PLUS, akhirnya ditakdirkan aku tiba di area tempat aku nak meeting tu jam 8.00 pagi. Alamak..terawal pulak! Meeting start pukul 9.30 pagi. Ada lebih kurang 1 jam setengah lagi! Alamak , apa yang aku nak buat? Akhirnya aku membuat keputusan untuk terus ke TTP.
Wah setahu aku tasik kat TTP ni tengah renovate, tapi bile aku datang hari ni, dah pulih seperti sedia kala. Memang best sebenarnya TTP ni, aku rasa nilah tempat yang paling sesuai kalau sape yang ada anak-anak kecik, bawak datang sini jalan-jalan. Bukan semata-mata tasik aje, macam-macam ada! Antara yang menarik adalah Taman Rusa dan Hutan Paya Bakau buatan manusia!! Disamping menghirup udara segar dan bersenam, minda juga boleh diisi dengan pelbagai ilmu baru yang jarang kita jumpa di tengah-tengah Kota Raya nih.
Tak usah celoteh panjang, aku sajikan keindahan Taman Tasik Perdana kepada warga kota yang tak pernah mengunjunginya.. Cubalah datang..berbaloi! Its free some more!
Hahahha
PEACE!
td ade baki mase sejam setengahkan? jd anda sudah terlewat pegi meeting..meeting dah abis da.haha
ReplyDelete@hIrOsHiNaRi
ReplyDeleteeh mana ada lewat, ngam-ngam jer hahaha!
Hee mcm seronok ;)
ReplyDeletedah lama tak pegi sna byk sungguh perubahan...
ReplyDelete@Dhada
ReplyDeleteyup....seronok untuk beriadah!
@kabussenja
ReplyDeleteyup sangat banyak yg menarik kt sana!!, dtg la bawak anak2...mesti diorg suka!
Tempat macam ni la sesuai untuk rehatkan minda (",)
ReplyDelete@AiE bAhRi
ReplyDeleteya betol tu Aie..