2009-07-02

15 Tahun Sudah.....

Facebook (FB). Aku yakin, hampir separuh daripada kengkawan yang aku kenal masing-masing ada FB sendiri. Tak payah lah aku nak terangkan apakah itu FB. Korang lebih tahu kot?

Semenjak dua menjak ni aku dah jadi giler FB!! Hahahah samapai nak tido pon kena layan FB dulu sampailah aku tetidur depan laptop aku. Tak ke meroyan namanya tu? Aku tau ada juga golongan yang tak minat layan FB ni, katanya leceh la, serabut la dan macam-macam lagi. Terpulang pada individu itu untuk menilai.

Ok Ok sebenarnya kat entry ni bukan aku nak tolong promote FB, cuma aku nak mencoretkan terima kasih aku kepada FB kerana telah mempertemukan kengkawan zaman persekolahan aku dulu yang dah 15 tahun aku tak jumpa! Huh lama kan? Sebenarnya lepas je sekolah menengah, aku langsung lost contact dengan teman-teman sekolah. Bukan semua la...

Yang aku nak citer kat sini, kehebatan FB. Adalah satu hari ni, sorang member sekolah aku add aku kat FB dia. Aku pon tak tau la mana dia dapat address FB aku, mungkin dia google kot hahahaha! Sejak dari tu, haaaaaaaah mula bertambah-tambah member sekolah yang aku dah lama tak contact, add aku dan aku pon add jugak diorang.. Lama-kelamaan, hampir satu batch dah jadi member FB aku! Suka!!!!.

Siapa sangka, bukan main lama tak jumpa, 15 taun tuuuuu .....lama tau! Akhirnya salah sorang dari kami yang sangatlah baik hati dan rajin telah mengaturkan satu gath untuk kami semua. Memula tu aku rasa macam segan pulak nak pergi gath ni...almaklumla, bile dah lama tak jumpa, mestila timbul rasa-rasa malu hahahahaha. Tapi bile tiba waktunya, aku gagahkan jugak diri menjejakkan kaki ke tempat yang dijanjikan. Alhamdulillah, ramai yang muncul!!! Memang kecoh la jugak masa tu, main futsal dan makan-makan adalah aktiviti kami pada hari itu! Suka lagi!!!

Masa gath ni la masing-masing timbulkan kisah-kisah silam, isu-isu lama yang dah jadi lipatan sejarah. Scandal-scandal zaman persekolahan dan lain-lain lagi! Lawak betol bile masing-masing bukak cerita. Ramai jugak yang dah beranak pinak!

Thanks to organiser yang bertungkus-lumus menjayakan perjumpaan pertama kami! Aku salute ngan ko Annie and Jijoy! Next time kite buat gath lagi!!!
PEACE!.


Tengah lawan Futsal, @ OU rooftop.

Ada juga yang mengumpat sambil menjamu mata...

Lepas main futsal, makan time!

Inilah kami!


12 comments:

  1. Seronok kan bila dapat berkumpul dengan kawan2 yang sudah lama tak jumpa..

    ReplyDelete
  2. @AiE bAhRi

    Tu la..tetiber kisah2 silam semua keluar balik..heheheh..

    ReplyDelete
  3. nasib baik skrng ni dah maju
    byk sosial site yg ada cthnya mcm fb

    kalu x...mmg susah la nk jmpa

    ReplyDelete
  4. dasyat..pas men futsal leh makan lg tu..ni tukar mint ke ape ni?hehe

    ReplyDelete
  5. @KhairiL

    Khairil tu la salah satu kebaikan social site,..tapi kengkadang kena jugak pilih mana yang elok. hahahhaa.

    ReplyDelete
  6. @hIrOsHiNaRi

    Makan steamboat jer la,..bukan kenyang mana pon heheheh.

    ReplyDelete
  7. Dhada baru ja bt acc. FB tiga hari lepas . lalalala

    ReplyDelete
  8. @Dhada

    OOO yer ker??? hahahha dah terjebak!

    ReplyDelete
  9. Aku jejak kaseh xde la plak makwe zaman sekolah dulu. Haha. FB ni aku main sekadar nak main Mafia jek.

    ReplyDelete
  10. wah ramai siot.
    tak pernah aku tgk gath after 15 tahun seramai tuh.siap bawak anak siak.
    wahaha.

    nnti nak buat gathering syn lak.
    agak2, ko dtg tak?
    akakka

    ReplyDelete
  11. @deennasour KEMBALI

    HHUh perlu ker ko tanya kat aku soklan tu?????

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS