2011-01-28

Trip To Bali - Tips And Tricks Part III


Assalamualaikum....

[Mode: Feeling-feeling Pinoy] - Sambungan dari SINI

Harini punya entry agak istimewa punya...kenapakh??? Sebab aku bersiaran dari Negeri Di Bawah Bayu, ya Sabah bah. Aku sekarang di Kota Kinabalu di atas urusan kerja. Malam ni agak free sikit lepas penat ronda-ronda Bandaraya KK, hehehe. Esok nak ke Lahad Datu pulak, so kena habiskan kisah Bali ni cepat -cepat sebab lepas ni mesti nak story pasal Sabah pulak hehe.

Pengalaman 10: Jalan-jalan dan Jelajah

Hari kedua di Bali, memang terasa overexcited! Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersiap-siap untuk memulakan eksplorasi. Selapas bersarapan di hotel, Mas Yanto pula mengambilalig tugas sebagai jurupandu kami. Banyak lokasi yang akan kami tuju hari ini. Lokasi pertama adalah Pantai Alit. Sebenarnya lokasi utama yang akan dituju adalah Kintamani. Kintamani merupakan sebuah kawasan pergunungan yang terletak agak jauh dari Bandar Kuta. Kintamani menjajikan pemandangan Gunung Berapi yang sangat indah.

Ok berbalik mengenai destinasi pertama iaitu Pantai Alit, masyarakat Bali percaya bahawa sekiranya kita mandi di Pantai Alit, air lautnya mampu untuk menyembuhkan segala macam penyakit! Haish tatau sejauh mana kebenarannya, tapi dari apa yang aku tengok, memang ramai orang yang mandi di situ.

Destinasi kedua Pasar Seni Sukawati. Ok kat sini memang banyak benda kita kena belajar, antaranya jangan sekali-kali menyentuh barang yang dijual oleh penjaja jalanan. Kalau sekali sentuh dan korang tak beli barang tu, mereka akan ikut korang sampai kemana saja korang pergi, dari kedai-ke kedai..hahaha kawan aku dah kena dah.
Peringatan: Dalam bab tawar menawar, silalah letakkan harga yang paling murah sampai tak terfikir dek akal fikiran korang, InsyaAllah akan sangkut di mana-mana yang pasti harganya lebih murah dari apa yang ditawarkan pada mulanya. Kat Pasar Seni Sukawati ni banyak dijual barang cenderamata dan antara yang kami borong adalah T-Shirt Bali (memang murah-murah beb!!! Sehingga ada yang mencecah RM 4 sehelai. Hahaha tak ke murah tu???) Kekadang terpikir jugak aku, dah la diorang bagi harga murah, ni aku sebok nak tawar menawar sampai merajuk-rajuk taknak beli hahahaha mereng!!!!.
Peringatan : Kalau masuk mana-mana kedai dan nak bergambar, sila pasti anda belilah sesuatu sebab tuan kedai akan memerli-merli anda kalau anda tak beli sesuatu. Betol, kami dah kena dah, agak pedas perlian mereka itu hahahaha.
Selepas di Pasar Seni Sukawati kami ke Tampaksiring. Merupakan satu kawasan perkampungan yang mempunyai banyak candi-candi diraja dan beberapa temple yang dibina di lereng-lereng bukit. Pemandangan memang superb! Tambahan pulak terdapat sawah padi di lereng-lereng bukit yang menjadi penghias pemandangan kami. Nak masuk tempat ni kena ikut peraturan. Bagi yang pakai seluar pendek kena memakai kain yang disediakan. Katanya bagi menghormati roh-roh simati. Bagi yang lain pula kena ikat kain di pinggang. Tandanya bagi mengawal nafsu.

Begitulah di kebanyakan tempat yang kami pergi, kebanyakannya akan di sambut oleh penjaja jalanan. Awas, ingatlah tips-tips yang aku berikan tadi. Tapi kalau korang nak beli pon tak de hal sebab barang-barang yang ditawarkan ternyata lagi murah dari yang dibeli di Kedai-kedai, cuma kita tak berapa pasti tentang kualitinya dan juga tak banyak pilihan.Satu lagi tempat shopping yang best dan mampu menggilakan adalah di Tanah Lot. Ya Ampunnnnnn sangan heaven ya di sana, deretan kedai menawarkan pelbagai barangan cenderamata dengan harga yang sangat berpatutan. Korang pilih la apa saja janji bayar!

Pengalaman 12: Menonton Ikan Lumba-Lumba di Hari Ke Tiga

Huhuhuh ini adalah antara pengalaman ngeri yang tak kan aku lupakan dari Bali. Dah tau diriku ini mudah mabuk laut yang pi gatai-gatai naik sampan pi tengah laut tengok ikan lumba-lumba tu buat hape!!!! Hahaha kan dah termuntah-muntah bagi makan free kat ikan-ikan di lautan. Hehehe tu la kejadian yang berlaku di Pantai Lovina, Utara Pulau Bali. Spot terbaik untuk melihat ikan lumba-lumba. malangnya masa kami tak berapa kena, waktu tu baru lepas hujan dan lautan agak bergelora. Sampan yang dinaiki pulak sangat kecik dan hanya boleh dinaiki oleh 4 orang sahaja termasuk pemadu. Bila dah dilambung-lambung badai, maka
mabuklah jadinya. Aku memang kalah!

Peringatan: Bagi sesiapa yang mabuk laut, silalah tunggu saja di pantai, tak nampak sangat pon ikan lumba-lumba tuh (hehehe ayat kasi jeles). Tapi kalau nak terai jugak, silalah bersedia untuk berdepan dengan kenyataan.
Pengalaman 13: Lokasi Shopping-shopping Sampai Lebam

Mas Yanto ada membawa kami ke sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Kuta yang dinamakan Krisna. Kat sana ada jual pelbagai jenis ole-ole Bali. Hambek saja apa yang korang nak. Tapi apa yang aku nak cakap, bukan semua barang kat Krisna ni murah, ada sesetengah saja yang murah dah harganya tidak boleh ditawar-tawar lagi (harga tetap) berbeda dengan di Pasar Seni Sukawati yang kita boleh tawar-menawar sehingga ke taraf dhaif! Buatlah pilihan yang bijak ok!

Pengalaman 14: Sunset Spot

Antara tempat menembak gambar sunset yang terbaik bagi aku adalah di Tanah Lot. Dengan berimejkan temple yang telah berusia ratusan tahun, yang tersergam indah di persisir pantai anda akan dapat merakamkan gambar sunset yang sangat cantik. Deretan kedai makan di persisir tebing Tanah Lot memang perfect spot kalau nak mengambil gambar sunset. Serius, kalau tengok sunset kat situ rasa macam tak nak balik jer. Terpukau dengan keindahannya.Oklah, aku rasa cukup dah kot aku kongsikan beberapa perkara penting dan menarik di Bali.

Mungkin ada lagi yang aku terlupa nak kisahkan, tapi pandai-pandailah korang cari di mana-mana. Setiap orang yang pernah sampai ke sini mesti ada pelbagai cerita yang boleh dikongsikan. Risik-risiklah agar kita tidak kekok bila berada di tempat orang kelak! Ok??? Aku nak berhibernasi dengan mood Sabahan pulak. Haishhh menarik sungguh 'pemandangan' di Sabah nih!!
Psssttt 1:  Fakta menarik tentang Bali. Semua bangunan di Bali tidak boleh dibina melebihi lima (5) tingkat atau melebihi ketinggian pokok kelapa. Kenapakah? Sebab masyarakat Bali percaya bahawa selepas ketinggian pokok kelapa adalah terletaknya alam Dewa dewi. Tapi bila aku tengok betol-betol, pokok kelapa Bali sememangnya tinggi-tinggi belaka! Kaghaummmm.

Psssttttt 2: Menurut Mas Yanto, kalender Bali ada 11 bulan sahaja. Tidak seperti kalender masihi yang digunapakai secara global yang mempunyai 12 bulan. Walaubagaimanapun, setiap bulan di dalam kalender Bali terdapat 35 hari. So plus minus kat situ jugak jadinya....:p

Psssstttt 3: Ada satu perayaan yang agak unik disambut oleh Masyarakat Bali..tapi aku tak ingat namanya apa. Apa yang aku tahu, pada hari perayaan tersebut, semua penganut Hindu di Bali tidak boleh keluar rumah (seakan perintah darurat), tidak dibenarkan menyalakan mana-mana lampu keluar dari rumah dan semua aktiviti pekerjaan tidak boleh dijalankan (cuti). So kalau boleh kepada anda yang ingin melancung di Bali, sila elakkan daripada terkena tarikh hari perayaan ini kerana anda akan sangat rugi. Sebarang aktiviti tidak boleh dilakukan. Please ccheck this matter for further explanations. ;)
PEACE!!!

Depan Hotel Surgawi Inn

Pantai Alit

Pasar Seni Sukawati


Tu kain biru tu, kena pakai yer.
Tinggi-tinggi...Kelapa Bali...(teringat kat lagu Kumpulan Amuk)...:)
Shopping kat Krisna...
Sampan untuk tengok ikan lumba-lumba
Tanah Lot
Sunset di Tanah Lot
  



25 comments:

  1. huhu..terima kasih kerana memberi sedikit sebanyak info mengenai bali..coz I will go to bali this march 2011 for jalan jalan shopping merehatkan minda and anythg..so tq again for the info..cuma nak tanya how much the hotel yg u stay for one night?and untuk tour pulak dimana I nak dapatkan tour guide untuk bawak we all pe tour kat sana nanti.maybe u boleh give some info or ph no to contact him..tq

    ReplyDelete
  2. Vanila Expresso"

    Hai Vanila. Thanks sebab sudi baca blog saya. Ok hotel yang kami menginap tu kosnya adalah IDR 300 satu malam so kalau konvert duit RM lebih kurang RM 90 ++. Tapi hotel tu memang memuaskan dan selesa dan terletak tengah2 bandar kuta. Ada banyak lagi hotel lain yang lagi murah.
    Nak dapatkan khidmat tourguide boleh kontek dengan Mas Yanto yang guide kami masa tu, dia sangat cool dan best. ni no phone dia

    Yanto = +62 81558289999

    Boleh sms je dia tanya harga pakej yg dia letak.. Masa kami hari tu sangat murah dia bagi RM 336 untuk 4 hari / 6 orang. Sila bahagikan sorang kene bayar berapa. murah kan?

    ReplyDelete
  3. baca travelog u n KJ..happening selalu..
    plus dgn gambo ...
    very infomative ...

    ReplyDelete
  4. Anash:

    Thank you for your support! Kalau nak hapening kenalah cerita betol-betol ye tak? lengkap dengan gambar yer..hehhe sebab gambar mampu menceritakan segala-galanya! ;)

    ReplyDelete
  5. tetibe tersenyum dengan Anash... Pakej eh kami dua nih??? :D

    enchek Janggel, abes da ke tip dan trick nyer???

    ReplyDelete
  6. MasMZ

    Dah habes dah..malas dah nak pikir.

    ReplyDelete
  7. rasanya mungkin perlu tambah dengan perancangan dan penggunaan masa yang sepenuhnya.... Kalau boleh hari yang pergi, ambil tiket yang paling awal dan untuk balik ambil tiket yang lambat supaya kita punya banyak masa di tempat percutian :) [memaksimakan penggunaan hari cuti]

    ReplyDelete
  8. Wahh..best2
    bile la nk blh g Bali ni...


    x naik kinabalu ke duk sabah ni?hehe

    ReplyDelete
  9. Wahh..best2 sume
    bl la nk blh g Bali ni...

    X naik kinabalu ke duk sabah?

    ReplyDelete
  10. Al

    Insyaallah nanti sampai lah awak ke Bali. heheh

    Tak sempat kot naik Kinabalu..sok dah nak le Lahad Datu pulak...

    ReplyDelete
  11. bestnya entry.. boleh jadi panduan untuk pergi bali. tq. anyway, seperti biasa ggegambar adalah superb2 semuanya. jealouslah!!!! opss..ole2 dari bali takde ke untuk saya? hehehhe...

    ReplyDelete
  12. Saya

    Thanks sebab sudi baca..hehe ke terbaca? wakaka anyway kalau nak pi bali leh la jadi bahan rujukan.
    Oleh-oleh dah habis la hehehe

    ReplyDelete
  13. mas yanto 2 still ade sampai skrg ke??? mcm best je klo die jdik kaminye tourguide nnt... kami nk g may nie...

    ReplyDelete
  14. Fazura:

    Yup mas Yanto tu wujud lagi! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ kelakar pulak soklan tu. Try la contact dia pakai № kat atas tu.

    ReplyDelete
  15. maya pernah kene panggil "goblok" sebb xjadi beli barang die....lepas blah tu....pastu die panggil2 bg diskaun baik nye dpt 2 bag lak tu hahahha

    ReplyDelete
  16. Sumayyah:-

    Tula, pengalaman sebenarnya. Dan rata2 semuanya pakai tektik macam tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  17. thanks for the info. aku plan nak pegi in September ni. Baru duk google2 tips n tricks. thanks again. btw, ko ada mention pasal hari yg x sesuai g bali which xde kedai bukak n semua orang xkeluar rumah tu. Nama dia Hari Nyepi. (http://en.wikipedia.org/wiki/Nyepi)
    sapa2 yang plan nak pegi Bali in March better check dlu tarikh tu sbb selalunya date Nyepi ni kene time March. :)

    ReplyDelete
  18. Faeiz;

    Terima kasih atas maklumat tu ye.

    ReplyDelete
  19. ruzaini here::

    salam..nak tanya pengalaman korng yang dah p bali..agak2 berapa kos keseluruhan tok aktiviti & penginapan kt sana ye?dalam perancangan nak kesana

    ReplyDelete
  20. boleh tahan murh jugak harga.
    nk kne plan elok2 la macam ni...nk p xda geng plak...hheeeee..TQ

    ReplyDelete
  21. saya pergi ke bali hujung tahun 2013 ( musim hujan) , berempat ngan adik beradik ala-ala backpakers...bertolak dari kota kinabalu...stay kat B&B jalan Legian tak ingat nama nya.....dekat ngan kelab malam yg kena bom tu..memang happening kiri kanan kelab malam yg best life band depa 5 star suara pun mantops....ronda2 uluwatu, tanah lot ( tengah hari x sempat sunset), kintamani nak tgk gunung berapi tapi berkabus, paddy terrace, pasar sukawati, krisna, kilang membuat perhiasan perak, kilang batik, memang tak puas...next time mau pergi lagi...

    ReplyDelete
  22. saya pergi ke bali hujung tahun 2013 ( musim hujan) , berempat ngan adik beradik ala-ala backpakers...bertolak dari kota kinabalu...stay kat B&B jalan Legian tak ingat nama nya.....dekat ngan kelab malam yg kena bom tu..memang happening kiri kanan kelab malam yg best life band depa 5 star suara pun mantops....ronda2 uluwatu, tanah lot ( tengah hari x sempat sunset), kintamani nak tgk gunung berapi tapi berkabus, paddy terrace, pasar sukawati, krisna, kilang membuat perhiasan perak, kilang batik, memang tak puas...next time mau pergi lagi...

    ReplyDelete
  23. saya akan ke bali 20-21 mac 2015 ni.sangat rugi bila 21 mac tu adalah hari nyepi yang macam dah dimention dalam entry tu..jadinya seharian tak boleh nak keluar jalan2..rugi..sangat rugi..

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS