2011-01-25

Trip To Bali - Tips and Tricks Part II


Assalamualaikum!!!!

[Sambungan dari SINI ]

Sambung semula kisah ke tanah seberang. Sebetulnya banyak yang dapat kita pelajari kalau rajin menjengah ke tempat orang. Tak kiralah luar negara atau pon di Malaysia sendiri. Allah sendiri sudah berfirman bahawa ilmu itu adalah seluas lautan, kita baru mendapat setitis darinya sahaja. (ehmmmm kalau salah tolong betolkan yer).

Aku teruskan dengan kisah-kisah perjalanan aku ke Bali dan peristiwa yang boleh dikongsikan di dalam entry ini.

Pengalaman 5: Jom Berlepas! (Naik Pesawat)

Bagi yang dah biasa turun naik pesawat (kapal terbang) pasti pernah mengalaminya. Kalau kita dapat seat sebaris dengan kawan-kawan yang kita suka memang best! Tapi kalau dah berpecah belah, sorang di depan...sorang di tengah dan sorang dibelakang memang tak syok lah. Nak bersembang dengan sapa pon tatau, kalau jiran sebelah jenis kaki sembang, oklah boleh layan, tapi kalau buatnya orang Korea ke, Jepun ke huhuhu tido sajalah. Sebaik-baiknya tido sajalah sebab kita akan memerlukan tenaga bila sampai ke destinasi yang dituju nanti. Dalam kes kami, memang kami berenam terpaksa berpecah-pecah duduk di dalam pesawat. Sebab time check-in lambat kot. Tapi biasa lah, walaupon duduk jauh-jauh tapi still boleh merayau-rayau lagi jengah-jengah member di belakang hehehe.

Satu tips yang aku nak kongsi, masa pesawat nak turun, silalah kunyah sesuatu seperti chewingum ke, gula-gula ker, atau apa-apa saja makanan yang boleh dikunyah. Ini bagi mengelakkan tekanan di dalam telinga yang boleh mengganggu mood anda! Aku dah terkena, sampai la ni masih belom pulih lagi...telinga berdengung dan rasa macam pekak sebelah. Terpaksa pulak jumpa doktor. So ingatlah tips itu.

Oh ya, kalau boleh isilah borang perjalanan semasa di atas pesawat, ia lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding diisi ketika tiba di lapangan terbang di Bali nanti.

Pengalaman 6: Akhirnya Bali!!!

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali, kami semua terpaksa beratur untuk melepasi pemeriksaan imigresen. Lama gila beratur masa tu hampir sejam juga lah. Mungkin sebab masa kami tiba sama dengan masa ketibaan pesawat-peasawat lain. Lagi satu sebab mungkin kerana kami paling lewat keluar dari flight sebab sebok bergambar, so tu yang terpaksa beratur paling last tu. Selesai pemeriksaan imigresen, kami melilau mencari bagasi di tempat letak bagasi. Rupa-rupanya bagasi kami sudah diletakkan di tempat "Lost and Found!" sebab ambil lambat sangat! Mujur bagasi tak hilang. Alhamdulillah.

Di luar lapangan terbang, pemandu pelancong yang telah dilantik oleh kami iaitu Pak Nor sudah sedia menunggu. Nasihat aku, kalau nak pergi bercuti ke tempat-tempat eksotik macam Bali atau Phuket atau mana-mana sekalipon, silalah ambil pemandu yang arif dengan selok belok di tempat itu. Bukan apa, kita akan jimat masa dan banyak tempat menarik yang kita boleh terjah!!! Alhamdulillah, kami jumpa Pak Nor dan Mas Yanto (adiknya) menerusi seorang teman yang pernah datang bercuti ke Bali satu ketika dulu. Jadi tidak ada masalah untuk terus menghubungi mereka. Mereka sangat peramah dan bagus! Terima kasih ya Pak Nor dan Mas Yanto! Satu lagi yang best pasal kami punya tour guide adalah (Mas Yanto), dia juga merupakan seorang fotografer, jadi memang kami tidak salah memilih! Satu kepala dengan kami. Jadilah kami 7 orang penembak yang bercuti di Bali!!!

Pengalaman 7: Pengangkutan dan Jurupandu

Pengangkutan kami di Bali merupakan sebuah van NPV (maaf aku tak ingat jenis apa) seakan-akan Toyota Unser. Memang selesa la untuk 6 orang penumpang. Memandangkan kami tiba di Bali agak lewat iaitu dalam jam 4 petang, Pak Nor mencadangkan supaya kami tidak chek in hotel dulu sebaliknya terus ke Uluwatu Temple untuk menyakikan matahari terbenam (sunset). Perjalanan dari Kuta, bandar yang akan kami menginap ke Uluwatu mengambil masa lebih kurang satu jam.

Sepanjang perjalanan memang kami disajikan dengan pelbagai pemandangan yang menarik. Di Bali terdapat banyak temple dan patung-patung dewa. Memang bersepah-sepah. Apa yang perlu kami lakukan hanya tembak saja, banyak jugak gambar yang berjaya ditembak. Best! Pak Nor memang rajin bercerita, kami dihidangkan juga dengan kisah-kisah Kasta, Dewa-dewi dan budaya Bali. Memang best!

Peringatan: Sila cari tour guide yang sporting dan happening. Risik-risiklah pada sesiapa yang pernah pergi.

Pengalaman 8: Uluwatu Temple (di tebing tinggi)

Uluwatu merupakan satu kawasan di tepi laut. Kawasannya berbatu-batu dan terletak di atas tebing yang tinggi. Setinggi 200m dari aras laut!. Perkataan Uluwatu berasal dari perkataan Ulu iaitu Hulu dan Watu iaitu Batu. Masa kami sampai dalam jam 5.30 petang. Memang ramai sangat pengunjung pada masa tu.

Tips and Tricks: Pengunjung dinasihatkan tidak membawa barang-barang yang mampu menarik perhatian monyet seperti cermin mata, botol air, penyepit rambut, kalung/rantai dan sebaginya. ini kerana di Uluwatu terdapat ratusan monyek yang sangat hyperaktif dan mampu mencuri apa saja dari anda. Banyak juga kejadian kecurian cermin mata aku tengok. Untuk mendapatkan semula cermin mata yang dicuri oleh monyet-monyet itu, kita terpaksa menggantikannya dengan makanan seperti buah-buahan dan air minuman. (Advance kan monyet-monyet nih?) Kadangkala monyet-monyet ini juga memilih untuk menerima pertukaran dengan barang yang lebih mahal! Kelasssssssss!
Mujur Pak Nor membawa kayu, maka sepanjang perjalanan di tebing tinggi aku hanya membontoti Pak Nor hahaha takut kena serang monyet! Tapi pemandangan kat situ memang SUPERB!!!! Ambillah gambar sebanyak mungkin sebab korang akan menyesal kalau tak bergambar di Uluwatu. Di situ juga ada persembahan Kechak Dance (iaitu tarian pemujaan matahari). Kos untuk masuk dalam IDR 70 000. Kami tak masuk pon tengok Kechak Dance sebab masa tu terlalu ramai orang dan sebok nak mengambil gambar sunset di Uluwatu.

Pengalaman 9: Makan-Makan


Sejak dari jam sepuluh pagi kami tak makan apa-apa pon. Mantap kan? Sebab tu aku rasa macam dah kurus sikit! Hahahha akhirnya bila semua dah mengadu lapar, jam pulak dah hampir 8 malam, akhirnya Pak Nor membawa kami makan di Jinbaran, satu kawasan tepi pantai yang sangat cantik! Bila kami tanya pada Pak Nor mengenai harga (yelah kan kami ni dalam percutian bajet), dia cakap harganya biasa-biasa saja, kesemua gerai harganya dikawal oleh Kerajaan Indonesia. Haish dengar macam ok je la tempat tu. Masuk-masuk saja kami disambut oleh penyambut tetamu dengan sekuntum bunga di telinga setiap kami. Heheh terasa ayu pulak. Kami memilih untuk makan di tepi pantai. Ombak sangat kuat dan angin pon kuat jugak!! Cerita pasal makan di Jinbaran ni sila rujuk pada entry Geng Ungu Ke Bali Part I.

Tips and Tricks : Menurut Mas Yanto, kalau ke Bali makannya jangan di 3 tempat ini iaitu di Tepi Pantai, Tepi Bukit dan Tepi Sawah sebab harganya mahal!!!! memang betollah harga makan malam kami mahal! IDR 723 000. Hah korang kira lah sendiri. Lauknya biasa saja Ikan bakar, udang butter dan sotong goreng tepung sahaja.....;( (First lesson)
Lepas habis makan kami terus balik ke Hotel Surgawi Inn di Kuta. Hotel ni sangat murah dan terletak di tengah-tengah Bandar Kuta! Malam-malam boleh ronda-ronda Bandar Kuta jalan kaki! Ada swimming pool pulak tu! mabeles. Harga hotel adalah IDR 300 semalam. Memang murah.

Ok nanti aku sambung lagi kisah jalan-jalan di Bali (tips dan tricks)... PART 3 DI SINI!

PEACE!

Jangan lupa isi borang Imigresen dalam kapal terbang sebab jimat masa nanti.
Kalau dah bosan sangat, sila buat aktiviti ini..TIDUR!
Hmm ni yang aku maksudkan..tempat duduk bersepah..depan..tengah..belakang.
LapanganTerbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, Bali
Ni tempat kami jumpa beg, depan kaunter Air Asia "Lost and Found"
Jalanlah dalam berkumpulan..biar kasi havoc sikit! hehehe
Susun beg elok-eleok..sebaiknya bawak barang sikit je la..pastu soping kat sana!
Perjalanan ke Uluwatu
Antara patung-patung dewa yang ada di sekitar Bandar Kuta
Ni Dewa apa pon aku tatau..hehehe
Uluwatu, tengoklah monyet tu, bukan main lagi membelasah buah kat kuil.
Nak masuk Uluwatu kena pakai kain nih kat pinggang...
 
 
Tu adalah tempat Kechak Dance..tengok dari jauh je.
Makan di Pantai Jinbaran



8 comments:

  1. rindu sama bali...pemandangan cantik, tp problem makanan ngan tempat solat je...tp rasa nak pegi balik sbb masa pegi dulu xde dslr..huhu

    ReplyDelete
  2. Edy -

    Yup makan dan tempat solat mmg problem.tapi alhamdulillah tourguide kami org muslim so dia banyak membantu.

    ReplyDelete
  3. en janggel, bleh share contact Pak Nor dan Mas Yanto x? kami nak pegi Bali ujung bulan depan

    ReplyDelete
  4. ~uGOgiRL~

    Boleh takde masalah:

    Ni no kontact Mas yanto :
    +62 81558289999 , sms terus sebab dia akan balas terus.
    Atau boleh hubungi dia menerusi facebook http://facebook.com/avrilianto.

    ReplyDelete
  5. Hello! I just wanted to ask if you ever have any issues with hackers?

    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing a
    few months of hard work due to no data backup.

    Do you have any methods to protect against hackers?
    Feel free to visit my blog post - computer components list

    ReplyDelete
  6. geng ungu.....bali rindu kalian....ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  7. Yanto;

    Yeeeee kami rindu BALI juge!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS