2011-01-10

Tolong Ingatkan Aku - Part II

Assalamualaikum....

Ehem.ehem... tak sangka mulut aku masin! Wahahaha. Mode sekarang ni bukanler suka sangat atau happy semacam sebab banyak sangat kerja kat opis ni sebelom berlibur di hujung lautan, tapi nak tompang gumbira la pada Ana Raffali yang menang Anugerah Juara Lagu ke 25 malam semalam. Tahniah!!!

Aku pernah berseloroh dengan kengkawan aku yang 'Tolong Ingatkan Aku' nyanyian Ana Raffali menang di AJL 25. Huh sekali memang betol dowh!!! Memang jelas terpancar cahaya keterkejutan di wajah Ana Raffali ketika diumumkan sebagai juara. Yer la, dia kan orang anggap sebagai kambeng hitam jer dalam AJL 25 ni...mesti dia tak terfikir pon boleh menang sebagai JUARA pulak tu. Tapi tu lah, jangan pandang rendah dengan kebolehan diri sendiri yer cik Ana Raffali!!! Percaya dan yakinlah pada apa yang anda lakukan (Aku mengingatkan diri aku sendiri jugak). See hasilnya memang memuaskan betol tak???

Aku pernah buat entry pasal 'Tolong Ingatkan Aku' sekitar Oktober 2010. Time tu memang lagu TIA tu menjadi siulan aku dalam kereta setiap hari. Heheheh akhirnya memang berbaloi.

Tahniah lagi sekali buat Ana Raffali.
(erkk bukan dapat apa pun aku buat entry untuk Ana Raffali ni, tapi yang sebetulnya aku nak mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa yakin dalam membuat apa-apa keputusan).

Ok jom layan lagi lagu Ana Raffali versi AJL 25 pulak! 

Teringat ayat FBI malam tu : Shut up not Shut up !!! (diam tak diam??) hahahhaa~! 

Pstttt to Ana Raffali...(bajet dia nak baca jer blog aku nih haishhhh) ; Persetankan apa orang nak kata, janji ko menang.!!! diorang Ada???? tak kan? hahahah!

PEACE!!!!




6 comments:

  1. tak berkesempatan nak tgk smlm. apa pun, biasalah. mulut orang bukan boleh semuanya kita nak tutup kan :)

    ReplyDelete
  2. theblabber:

    Yap betol tu, kekadang rambut jer sama hitam hati lain-lain.
    ;P

    ReplyDelete
  3. takde..takde..A.P.I lagi best!!






    *komen cari pasal..hahaha

    ReplyDelete
  4. Hanie:-

    Ha ah api best ..Tapi tak menang pon! hahahahah!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!