2010-10-14

Tolong Ingatkan Aku

Assalamualaikum...

Macam-macam hal berlaku kebelakangan ini, yang membuatkan hidup aku agak kucar-kacir dan tak terurus. Mungkin itulah pentingnya planning. Kalau tak ada planning, maka merasalah seperti apa yang aku rasakan sekarang. Tapi satu masalah yang aku sendiri dah detect dari dulu lagi, aku memang tak suka merancang, kalau merancang pasti tak jadi. Sebab itu sesuatu yang tak dirancang itu selalunya lebih berkesan dan menyeronokkan. Tapi lihatlah hasilnya, kucar-kacir dan serabut.

JADI JANGAN MERUNGUT!

Dah menjadi tabiat aku untuk melakukan sesuatu secara sepontan. Kalau aku rasa aku nak buat sesuatu perkara tu, aku akan terus buat, tak perlu merancang beria-ia sebab implikasinya akan jatuh pada diri kita juga. Precedent case- Bayangkan aku pernah beria-ia merancang untuk bercuti, tiba-tiba cuti aku kena sekat, tak ke hampa rasanya? Aku yakin semua yang mengalaminya pun akan hampa. (kejadian sebenar - semua kerana sejarah).

Jadi bagi aku, kadangkala sejarah tidak perlu dikenang. Kalau dikenang merosak badan. Hari ni aku telah mengambil langkah untuk mendelete inbox e-mail aku yang ada beribu-ribu email di dalamnya (kebanyakannya email notification Facebook :P) Sempena pendeletan email-email tersebut harap-harap hari yang baru akan lebih cerah dan bersinar!

OK, nak sambung berfikir..... fikir...fikir...fikir.....

Psst: Result exam aku dah keluar.... seperti yang dijangka. (Mereka sungguh kejam mempermainkan hati dan perasaanku)
Psst-2: Tak sabar tunggu journey to the North with my travelling Buddies... I luv you guys. Semoga itu menjadi satu sejarah terindah dalam hidupku.
Psst-3: New revolution - Nekad untuk terbang- kena mulakan kempen menabung dengan kadar segera!
Psst-4: Miss my mom and dad..macam lama pulak tak jumpa diorang ;P


PEACE!


Hmmmm lagu sekadar hiasan...walaupon tak berapa paham apa yang penyanyi ni nyanyi.



 

6 comments:

  1. belum tambah lagi kucar kacir disebabkan kemunculan aku....hahahahha

    ReplyDelete
  2. Hang Dhamin-

    Ya sudah semestinya hidupku bertambah kusut dengan kehadiran ko! kakakakkaa!

    ReplyDelete
  3. ok..Noted! hahahhahaha..SILA MENYESAL!

    ReplyDelete
  4. Hang Dhamin:

    Hahahah sila tak menyesal dengan statement itu! I like!

    ReplyDelete
  5. Tihara -

    Ya betol tu.. tapi kekadang merungut itu untuk mengingatkan diri sendiri juga hehe.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS