2010-10-07

Projek Teater: Muzikal Tun Mahathir 2010

Assalamualaikum.

Tak taula nak mulakan macamana, tapi memang dah lama gile aku abaikan Projek Teater (PT) aku tahun ni. Rasanya yang paling akhir aku gerakkan PT adalah sewaktu tayangan Gamat The Musical di MATIC awal tahun lalu. Lepas tu agak suram...muram...duram...kelam.....sehinggalah ke tanggal 3 Oktober 2010, akhirnya PT kembali bernyawa.

Plan nak tengok Teater Muzikal Tun Mahathir sebenarnya dah lama, sejak bulan Jun lagi kot. Time tu tiket pon dah beli oleh Kaki Jalan (KJ). Sit baek punya betol-betol depan stage dan berharga murah. Tapi satu yang aku tak suka adalah bila dah beli tiket awal-awal, so komitmen tu agak goyah juga la. Kita tak tau apa akan jadi pada masa depan dan apa yang menanti di depan kita kan. Jadi itu sebabnya aku tak suka beli-beli tiket tak kiralah tiket teater ker, tiket kapal terbang ke awal-awal. Komitment lain tu banyak sangat.

Berbalik kepada Teater Muzikal Tun Mahathir, akhirnya aku pergi menonton teater tu dengan 3 orang rakan sekerja tanpa KJ (dia kansel saat-saat akhir sebab ...no komen). sebetulnya petang sebelum kejadian, aku dan KJ berpenat lelah meredah KL bersama teman-teman penembak yang lain. Jadi keadaan diri agak penat juga dan aku agak hilang mood nak menonton teater. Tapi memandangkan tiket pon dah beli, jadi aku pasrahkan diri pergi juga ke Istana Budaya malam tu.

Perihal Teater Muzikal Tun Mahathir.
  • Pembukaan yang agak menarik, video klip memaparkan kisah dan sumbangan Tun Mahathir sepanjang penglibatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. (V-Klip tak lama, lebih kurang 10 minit je kot).
  • Lagu-lagu yang dinyanyikan tak la sesedap mana, tapi ada jalan cerita dan penghayatan yang baik. Syabas buat Zizan Nin dan Erra Fazira yang berjaya membawa watak Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah sewaktu remaja.
  • Banyak juga kisah Tun yang aku baru tahu umpamanya beliau menjual belon di zaman kanak-kanaknya, melukis komik untuk dijual dan pagi-pagi ada kawan beliau yang tolong gerakkanya dari tidur dengan menggunakan tali. Hmmm interesting!!!
  • Jalan cerita agak lembab...sehingga aku termenguap beberapa kali. Punching line kurang. Aku rasa kalau dialog dan koreografi diperkayakan akan lebih menarik
  • Props yang agak ringkas, kalau diperkayakan lagi dengan prop-prop yang lebih detail lagi menarik kot.
  • Persembahan gelap...kelam...suram....
Yang lain-lain aku rasa lulus sebagai sebuah persembahan teater muzikal. Tapi untuk dikategorikan sebagai tayangan Perdana tu, aku rasa masih belum sampai kot. Mungkin bajet tak cukup.

Last sekali nyanyian MISHA OMAR sebagai persembahan penutup memang best! Suara sangat sedap.

Aku menonton dalam keadaan samar, lupa bawak spek. Naseb baik duduk depan stage!

OK itu saja pandangan aku untuk PT kali ini. Untuk pengetahuan, Teater Muzikal Tun Mahathir akan disambung persembahan sehingga 9 Oktober 2010. Masih sempat lagi kalau ada yang nak menonton. Aku balik menonton dalam keadaan sangat lapar. Mujur ada penunggu kat rumah yang boleh aku ajak untuk dinner bersama-sama. ..

PEACE!

Siap tampal tarikh baru untuk tayangan berikutan sambutan luar jangka.

Barisan pelakon TMTM

Peneraju utama Zizan Nin, Esma Dhanial dan Erra Fazira
Tak dapat begambo dengan pelakon betol, begambo dengan patung pon jadi laaaa.



12 comments:

  1. hahahahhaha....tak best sbb tak ajak aku!..kalau tak mesti best......

    ReplyDelete
  2. Hang Dhamin:

    Aku takde la cakap tak best.. tapi kureng sket.
    haishhhhh
    Weh kan aku dah ajak ko yg 'jual mahal' hahaha,

    ReplyDelete
  3. kalau aku jual murah aritu pun x dpt pegi..kan kwn ko nak g last2...hehehe..slamat2...kalau x kecewa....next time masih ada.....

    ReplyDelete
  4. Hang Dhamin:

    Yer aku paham.......

    ReplyDelete
  5. tak der rejeki....
    tapi gue rasa kalo kita g 2gether2 mesti best! Ngeee

    ReplyDelete
  6. MasMZ

    Yer kalo kiter g pasti havoc, sure terkinja2 cari publisiti murahan hahahaha

    ReplyDelete
  7. nmpk mcm menarik jgk teater muzikal ni...

    ReplyDelete
  8. xpernah tgk teater...eh..leh amek gambar dalam IB ke?

    ReplyDelete
  9. Edy -

    Try la sekali..pasti suka.
    Boleh ambik gambar waktu2 tertentu saja. ;p

    ReplyDelete
  10. cari publisiti murahan??? bukan kita ke yang bagi publisiti atau kadang-kadang kita sendiri yang dipublisitikan??? Ngee

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!