Happy Birthday EMBAH!!!! SELAMAT ULANG TAHUN KE 81 buat nenda ku yang tercinta! Semoga sentiasa sihat dan gembira.
Semalam, bertempat di rumah nenda ku di Kampung Sungai Limau, Selangor, aku dan saudara mara aku telah mengadakan satu "seprais partay" untuk Embah. Walaupun majlis ala kadar, tapi bila semua anak beranak Embah dah bawak makanan, tetiba pulak meja jadi penuh! Hahaha I like! Ada satay, nasi goreng, nugget ayam, kuih muih, kek berketol-ketol, buah-buahan dan banyak lagi! Memang meriah dan best!
Sebenarnya majlis hari jadi buat Embah dirancang last minit. Aku pon baru tahu sehari sebelum hari kejadian. agak kelam kabut juga aku memecut dari rumah ke kampung. Walaupon perancangan awal nak buat seprais parti la konon, tapi sebenarnya Embah dah tahu dah. Macamana dia boleh tahu????
Hahahah begini kisahnya..
Sehari sebelum kejadian, susana di rumah Embah agak kecoh, bising dan tetiba ramai pulak yang datang bersembang-sembang. Sebenarnya makcik-makcik aku tengah buat plan. Bila Embah tanya, semua cakap takda apa-apa. Lepas tu Embah aku buat-buat merajuk, taknak makan la, taknak bercakap la (heheheh kiut sangat) akhirnya terpaksalah salah sorang sepupu aku tu membocorkan rahsia. Terus Embah senyum hahahah. *Hampeh ko sepupu!
Di hari kejadian, majlis dimulakan dengan majlis tahlil dan doa selamat sebelum acara makan-makan dan Mesyuarat Agung Keluarga Embah Siti yang pertama untuk tahun ni. Perlantikan AJK-AJK tertinggi dan sebagainya. Hehehe lega aku tak terpilih jadi AJK. Hahahah suka!
Lepas habis majlis, aku terus merempit balik ke KL semula. Penat dowh!!! Tapi takpe, demi Embah tercinta, apa saja sanggup.....(pikir dulu untuk meneruskan ayat).. ;P
Jom layan gambar-gambar yang ada. Sesiapa yang baca blog aku sebelum ni, akan tahu kemana hilangnya Chempaka. Jadi dengan berbekalkan ihsan saudara, gambar-gambar dicekup menggunakan kamera hp MAHAL dia. Gambar tetap tak berkualiti wakakaka!
PEACE!
Kazen-kazen yang sengalz! |
Pssssttt: Sabar ye Chempaka, tinggal beberapa hari jer lagi.
eh bro.. chempaka tu masih sakit lg ke?? igtkan dah elok da??
ReplyDeletemeriah dow besday party
ReplyDeleteNuke-
ReplyDeleteChempaka dah sehat dah..cuma letakkan dia dalam mode hibernasi jer... saja bagi dia rehat.
Pencacai Alim:
ReplyDeleteHhahha mestilah meriah..untuk nenda la katakan.