2010-10-28

Selamat Menunaikan Ibadah Haji - Ibu.

Assalamualaikum...

Sekarang ni dah masuk Musim Haji. Dah ramai pon para Jemaah Haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci. Semoga semuanya selamat dan dapat menunaikan ibadah haji dengan tenang. Amin~!
  
Hari ni juga, ibu angkatku berlepas ke sana...
Sayangnya aku tak sempat nak jumpa....semua gara-gara kerja. Aku PASRAH, SEDIH...tapi semua itu aku pendam dalam-dalam, biar semua orang sangka aku gembira. Semoga ibu dikurniakan kesihatan yang sempurna dan dapat menunaikan haji dengan tenang. Jangan lupa doakan yang baik-baik untukku juga.

Bila dikenang-kenang...

Dah lama ibu berhajat ke Tanah Suci...Ibu orang susah dan sentiasa berdoa agar satu hari nanti rezekinya akan datang untuk mengunjungi Kaabah. Alhamdulillah doanya dimakbulkan. Aku tumpang gembira. Ibu memang banyak berjasa kepada aku. Mengasuh aku sejak dari umur 3 bulan. Aku takkan lupa jasa ibu.

Kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Semoga mendapat Haji yang Mabrur!

Pssttt: Bos aku pon nak berangkat ke Mekah minggu depan. Semoga beliau selamat menunaikan ibadah di sana. 
Pssttt: Tiba-tiba rasa rindu sama ibu, sama mami dan papi....semua .

AMIN~!

2 comments:

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!