2010-10-01

Tembak-Tembak Pantai: Edisi Pangkor Part II

Assalamualaikum,

Sebelum baca entry ni, sila dengo lagu ni...WAJIB! 
 
 
Busy pulak minggu ni, busy dengan kerja, dengan kengkawan dan dengan diri sendiri, sampai nak update for the next episode of Pangkor pon agak tergendala. Takpa, hari ni aku gagahkan diri buat episode dua mengenai ekpidisi Jelajah Pangkor.

Sepertimana entry lepas, aku dan Amin Ungu (AU) bermalam di Tapah, Perak pada hari Jumaat. Keesokan harinya, seawal jam 5.00 pagi alarm si AU dah berbunyi. Nampak sangat ke'excited'an dia. Dah la malam sebelum tu kami tidur lewat sebab melayan muvie NARNIA kat TV3. Takpe, layankan aje, maklumla orang tak pernah pergi Pangkor. Satu lagi sebab si AU ni excited terlebih adalah kerana nak berjumpa dengan Kaki Jalan (KJ).

Kali ni, darjah kecerunan aku meningkat kepada 89%. Ok la tu, mood cuti sudah marey!

Kisah 1: Day 02

Walaupun pagi-pagi buta tu bekalan elektrik di rumah aku buat hal (jenuh jugak la aku mencari lilin di dalam gulita), tapi kami tetap gigih bersiap dan bergerak ke Ipoh. Kami bertolak dari tapah pada jam 6.30 pagi dan tiba di Ipoh dalam pukul 7.00 pagi.

Selepas urusan menunggu si KJ selesai, akhirnya perjalanan ke Lumut pun bermula. Operasi mengisi perut di pagi hati juga tidak ketinggalan. Macam-macam tempat si KJ cadangkan, akhirnya lokasi sarapan adalah di pinggir jalan. Tak tau nak panggil apa nama gerai lori tu, tapi menu pagi itu adalah Pakej 3 Ungu (Nasi Lemak dan Teh Tarik). Kat gerai ni ada satu benda baru yang menarik perhatian iaitu ABF. Kami bertiga tertanya-tanya jugak apakebendanya ABF tu, siap buat formasi-formasi perkataan gaya tersendiri, tapi setelah dirujuk kepada akak empunya kedai, ABF tu adalah 'American Breakfast', Kelassssssssss, hambek ko jangan pandang kedai tepi jalan sebelah mata!

Kisah 2: Day 02

Perjalanan diteruskan dengan melalui beberapa tempat yang memang sangat glamer di Perak (terus aku teringat pada lagu IMUDA, sila google). Dari Selibin, Mengelembu, Papan, Lahat, Parit, Bota Kanan, Kg. Pepuyu, Beruas, Pantai Remis sampailah ke Lumut, semuanya pelik-pelik nama itu. Itulah keunikan PERAK!. Jarak perjalanan dari Ipoh ke Lumut adalah lebih kurang 75 km dan mengambil masa dalam 1 jam setengah.


Kisah 3: Day 02

Walaupun dah banyak kali pergi Lumut, tapi setiap kali menjejakkan kaki kat situ ada je benda baru yang aku tengok. Pekan Lumut kini telah mengalami transformasi drastik, keadaannya lebih mesra pelancong dan banyak bangunan-bangunan baru didirikan. (Ada kena-mengena dengan MB Perak rasanya) Kami tiba di Pekan Lumut pada jam 10.00 pagi. Sampai-sampai je AU dah sibok nak meninggalkan kesan, mencicit keluar kereta cari toilet ops... barang-barang pon tak sempat nak bawak. Ceitttt!

Di Pekan Lumut, kami singgah di sebuah kedai survenir berhampiran Jeti Lumut. Apa lagi masing-masing shopping topi! Baru boleh feel bercuti. Tambang ferry adalah RM 10 untuk perjalanan pergi dan balik. Ferry ke Pulau Pangkor pula akan bergerak pada jam 11.15 pagi, jadi aktiviti menembak di atas kapal adalah wajib dilakukan. Perjalanan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa 20 minit.


Kisah 4: Day 02

Setiba di Pulau Pangkor, kami mengambil teksi untuk ke Teluk Nipah. Aku dah contact member aku, Wan yang bekerja di sana. Jadi dapat juga discount runtuh untuk penginapan di Pangkor. Nama chalet tempat kami menginap adalah NIPAH INN CHALET. Harga asal bagi sebuah bilik adalah RM 125, tapi kami dapat RM75 untuk 2 bilik hahahahah! Soooka! Harga tambang teksi dari Jeti Pangkor ke Teluk Nipah pula hanya RM 12. Tak mahal pon.

Selepas selesai urusan check-in, kami bersiap-siap untuk lunch. Tempat makan tengahari pon dah banyak di Teluk Nipah. Sepanjang pantai ada saja gerai makan. Sekarang ni pon, ada construction di pantai Teluk Nipah untuk membina gerai-gerai makan yang lebih selesa. (Agak sedih sebab kedai-kedai lama tu lebih klasik). Lepas makan, kami berjalan kaki ke Coral Beach yang terletak di sebelah Teluk Nipah. Jalan kaki hanya mengambil masa 10 minit. Apa yang aku suka mengenai Coral Beach adalah, keadaan pantai di situ lebih bersih dan tenang, dan ramai Mat Saleh! :P

Kisah 5: Day 02

Kami mengambil pakej snorkling di Coral Beach dengan harga RM 15 (termasuk sewa bot dan peralatan snorkle, murah!). Kami dibawa ke Pulau Giam, tempat snorkling paling popular di Pangkor. Fulamak, punyalah ramai manusia masa kami samapi kat pulau tu. Perjalanan menaiki bot laju dari Coral Beach ke Pulau Giam hanyalah 5 minit sahaja. Brother bot meninggalkan kami di Pulau Giam selama dua jam. Ha hambek ko, snorklinglah sampai lebam!

Tepat jam 5.30 petang, brother boat datang menjemput kami. Tak habis bermandi-manda di Pulau Giam, kami sambung mandi di Teluk Nipah. Best!!! KJ dan AU sambung tembak-tembak senja di pantai, aku pulak lepak kat chalet sambil berborak dengan member aku sebab lama tak jumpa.

OK sebenarnya malam tu ada suprise! Apakah kejutannya? tunggulah next entry ya, tak larat dah nak menulis panjang.... jom layan gambar dulu.

PEACE!

Ulang balik gambo entry lepas..hahaha silap published kot.
Tu dia..dah mula atas ferry

Dah sampai Pekan Pangkor. New Looks!
Jalan-Jalan cari makan.
Dah jumpa tempat makan!
Siap sedia untuk snorkling!!!









Buang Tebiat di Pulau Giam
Ada juga stall burger kat Pulau Giam ni.
Ehem ...aku kah?



Dua model terlampau.
Sengal punya AU!
Belajar Bokeh.





10 comments:

  1. ko terlupa sesuatu!...hahaha..x pe2...mintak2 smpi final entry ko lupe!..........hahaha

    *Manyak syok la berjalan2...guwa tak sabar mau pergi ke next destination...........! entry guwa sudah selesai.......dah x terbeban dah!..yahoo...

    ReplyDelete
  2. Dhamin -

    Ko ingat aku lupa ko berak kat Lumut?
    Ko ingat aku lupa ko ilangkan snorkel?
    Ko ingat aku lupa ko tutttttttt...

    Tak kan kulupa itu semua..tunggu jer la.

    ReplyDelete
  3. hahahhaha...bkn2...nnt aku tgk last entry ko tulis ke x?

    * ko ske la kan dpt mengutuk aku!...hahahah...tuuutt tu ko! (walaupun aku pun x tau tuttt tu ape!)

    ReplyDelete
  4. testing.. testing.. 1.. 2.. 3..
    my new me.. tadaaa...

    ReplyDelete
  5. Dhamin-

    Hahhaa ko ingat aku tak ingat yer pasal tu? ok FINE!

    ReplyDelete
  6. Ultra cikebum!

    Hua dah ada yg baru!! Mantop.

    ReplyDelete
  7. Pencacai alim-
    Ha ah ..mmg bz la skg sampai cuti pon kena sekat.

    ReplyDelete
  8. model perempuan tu chumei tak??? hahahahaha

    ReplyDelete
  9. MasMZ-

    Biasa-biasa jer~ ahaaaaaaaaa.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS