Posts

Showing posts with the label Pulau Pangkor

Pakcik Bercuti Lagi: Pra- Bokeh Part 1

Image
Assalamualaikum... Masuk hari ni dah seminggu mami and papi aku ke Tanah Inggeris .. Ada baki seminggu lagi diorang nak pulang. Tahap kejelesan aku pun dah makin berkurang sebab aku tepekkan ia dengan memori-memori percutian yang indah-indah. Walaupon dalam Malaysia je...(ayat-ayat puitis untuk mengubat hati yang lara). Ada cerita aku nak cerita di enrty ini. Kisah percutian....percutian yang luarbiasa... tapi ini hanya entry pra percutian. Aku story yang basic-basic saja dulu. Kisahnya bermula begini.... Ada seorang budak...yang tak berapa nak budak, pernah berkata kepada aku bahawasanya yang dia teringin nak pergi snorkling, teringin nak berpantai-pantai lagi selepas merasai kepantaian di Perhentian dulu. Dan aku juga pernah bercerita dengan budak itu tentang percutian aku ke sebuah pulau yang tidak sejauh Perhentian tapi tak sedekat Pulau Indah di Klang . Pada asalnya rancangan aku adalah untuk naik ke Ipoh bersama budak itu, pelan baik bersama Kaki Jalan (selepas...

Tembak-Tembak Pantai: Edisi Pangkor Part II

Image
Assalamualaikum, Sebelum baca entry ni, sila dengo lagu ni...WAJIB!      Busy pulak minggu ni, busy dengan kerja, dengan kengkawan dan dengan diri sendiri, sampai nak update for the next episode of Pangkor pon agak tergendala. Takpa, hari ni aku gagahkan diri buat episode dua mengenai ekpidisi Jelajah Pangkor. Sepertimana entry lepas, aku dan Amin Ungu (AU) bermalam di Tapah, Perak pada hari Jumaat. Keesokan harinya, seawal jam 5.00 pagi alarm si AU dah berbunyi. Nampak sangat ke' excited' an dia. Dah la malam sebelum tu kami tidur lewat sebab melayan muvie NARNIA kat TV3. Takpe, layankan aje, maklumla orang tak pernah pergi Pangkor . Satu lagi sebab si AU ni excited terlebih adalah kerana nak berjumpa dengan Kaki Jalan (KJ). Kali ni, darjah kecerunan aku meningkat kepada 89%. Ok la tu, mood cuti sudah marey! Kisah 1: Day 02 Walaupun pagi-pagi buta tu bekalan elektrik di rumah aku buat hal (jenuh jugak la aku mencari lilin di dalam ...

Berjimba-Jimba Di Pangkor: Part III

Image
Assalamualaikum.. Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambung kisah percutian singkat di Pulau Pangkor. Rasanya sejak dari mula sampai ke Pangkor sampailah ke petang hari yang sama, kisah-kisah mandi-manda di pantai dan bersnorkling menjadi fokus utama entry sebelum ini. Ok kali ini aku nak sambung kisah di malam hari pulak. Malam pertama kami di Pangkor dimulakan dengan kisah mencari makan di tepian pantai. Seperti entry sebelum ini, aku ada katakan yang banyak gerai makanan yang terdapat disepanjang pantai Teluk Nipah, jadi isu makanan tidak timbul sekiranya mahu bercuti di sini. Setelah berjaya memilih port, maka aktiviti makan malam pon berlangsung, hasil tuaian tak berapa menarik, makanan pun biasa-biasa saja. Tapi yang best nya feel makan tepi pantai berbumbungkan langit dan bulan...tup tup tetiba hujan lebat hahahaha...hambek ko. terpaksa berlari-lari anak balik ke chalet. Aktiviti malam diteruskan dengan aktiviti menyumbangkan sora, mujur la si W...