2010-10-12

Edisi Bukit Tinggi - Pahang

Assalamualaikum...

Hari ni genap 4 hari aku kehilangan senjata. Rindu bangat sama Chempaka. Tapi takpalah asalkan dia cepat sembuh, biarla dia berlama-lama di hospital itu.

Kali ni aku akan mencritakan kisah tak dirancang aku bersama Kaki Jalan dan Hang Dhamin. Hahaha balik-balik diorang tu jugak yang ada dalam entry aku ni kan. Takpa, mereka itu sudah menjadi sebahagian dari hidup saya (Hahaha sengals punya statement). Ok back to the story, Walaupun aku ketiadaan senjata, tapi aktiviti meredah tetap diteruskan. Kali ini lokasinya adalah ke sebuah tempat yang aku belum pernah pergi. Sebelum ni aku hanya mendengar cakap-cakap orang mengenai keindahan tempat itu, nah kali ini aku berpeluang melihat sendiri keadaanya. Thanks to HD sebab bawa aku ke sana. Memang lama dah teringin nak pergi ke situ, tapi masa saja yang tak mengizinkan.

Kemana sebenarnya aku pergi? Kali ini aku telah berjaya menjejakkan kaki ke Berjaya Hill, Bukit Tinggi Pahang. Pasti ramai yang dah tahu tentang tempat ni. Dalam kesebokan menyiapkan kerja-kerja opis sebab ada event besar akan berlangsung, aku sempat melarikan diri ke sana. Kami bertolak dari Putrajaya (sebab aku buat kerja sikit kat opis) pada jam 4 petang. Kali ni bukan aku atau KJ yang drive, tapi HD! hahaha suka! Kereta HD dengan rempitnya telah meredah Lebuhraya MRR2 menuju ke Gombak. Alhamdulillah keadaan petang Sabtu tu takdelah jem teruk sangat. Jem ala kadar je. Sempat juga kami menapau McDonalds di Petronas Taman Melati, sebab time tu memang aku lapar giler. KJ dan HD kenyang sebab baru lepas balik dari kenduri kawin. Rasional kedua membeli McD adalah, makanan di Bukit Tinggi tu bukanlah kasta kami yang mampu untuk makan. Jadi aku pasrah je lah.

Dari Lebuhraya MRR2 masuk ke Lebuhraya Karak, akhirnya kami menyusuri simpang ke Berjaya Hil. Ni memang fist time aku ke situ. Tak sangka pulak dari Lebuhraya Karak tu agak jauh juga masuk ke dalam untuk sampai ke Bukit Tinggi. Pemandangan sepanjang jalan pun memang menarik. Kami tiba di lokasi pada jam 6 petang, masa tu taman arnab dan taman Jepun pun dah tutup kot.Tapi tu bukan motif utama ke sana. Kami dibenarkan masuk secara percuma oleh pak gad di sana. Kalau tak kena bayar RM10.

Bila dah sampai tu, apa lagi, menembaklah kerjanya. Mujur senjata aku sakit, boleh aku jadi subjek utama kali ni hahahaha. Keadaan bangunan di situ semuanya cantik dan bercirikan binaan luar negara. Memang unik dan menarik. Kalau tak percaya silalah datang melawat. Malam tu, agak ramai juga pengunjung yang datang, kebanyakannya datang untuk makan di restoran-restoran mewah yang banyak terdapat di atas tu. Kami pulak sibuk makan McD yang kami beli petang tadi. Kali ni memang puas la berposing maut, dan kami juga sempat mempelajari beberapa ilmu fotografi yang pernah diajar oleh beberapa orang sifoo dulu. Teknik night trail, panning, silluete dan beberapa teknik penggambaran malam yang lain. mantap seyhhhhh.

Kami lepak kat atas tu sampai jam 10 malam. 

Ok jom layan apa yang ada. Thanks guys sebab bawak aku jalan-jalan.

PEACE!



 
 
 







 

4 comments:

  1. suker gambar yg I LOVE U tu....hehheheh

    ReplyDelete
  2. aku risau korg x suka ini tempat..sik baek suke...hahahah....sebulan lagi untuk destinasi yg lebih mencabar!..cant wait!

    ReplyDelete
  3. Cik Yanie-

    Amboihhhhhhhhhh suka naaaaaaaaa.

    ReplyDelete
  4. Hang Dhamin-

    Ya aku suka..tapi takde chempaka.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS