2010-10-19

Ada Yang Datang, Ada Yang Pergi dan Ada Yang Datang Tak Pergi-Pergi

Assalamualaikum...

Setiap perkara ada datang dan perginya. (alamak ayat pembukaan dah abstrak bin bunga!!!) Kalau dulu aku sering tertunggu-tunggu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Tapi bila dah dapat, sekejap pulak sesuatu itu hilang. Hmmm ada yang tidak kena di situ. Mungkin itulah yang dinamakan ujian.

DIA, kalau sayangkan hambanya, akan didatangkan hambanya itu dengan pelbagai jenis ujian, samada ujian itu berat, sederhana berat atau ringan. Tapi itu tak bermakna nilai kasih sayang dari DIA itu diukur mengikut keberatan ujian yang diberikan. Semuanya sama saja, apa yang penting adalah daya kekuatan kita mengharungi ujian itu.

JADI...SILA PASRAH MENERIMA UJIAN DAN JANGAN MENGALAH!

Teruskan hidup dengan mencari sesuatu yang lebih baik...mungkin apa yang pergi itu belum cukup baik buat kita sehingga kita menemui apa yang betol-betol baik???? Itu semua subjektif, hanya DIA yang mengetahui perencanaannya. Kita sebagai khalifah di muka bumi, hendaklah sentiasa menjadi pembimbing kepada yang lemah dan mengikut kepada yang lebih baik.

Apa pun itu adalah abstrak dari pemikiran aku. Sila delete kalau tak paham. Aku tak mahu menimbulkan kontroversi...

Pssst: Ada entry pendidikan tapi tak tau bila nak publish! (hasil pergaulan bebas! ;p)
Psst 2: Masih dalam bungkusan dan tidak merasa rindu. Mungkin seebab dah guna sampai lunyai? Biar rasa rindu itu datang.
Psst 3: Yeay nak balik kampung jumpa mak ayah. RINDU BANGAT!!!!
Psst 4: Acik dapat pergi HAJI. Alhamdulillah termakbul juga doa ibu angkatku itu. Nak jupe Acik, masa balik kampung nanti ;p. Doakan yang terbaik buat saya di Tanah Suci nanti ya.

PEACE!







12 comments:

  1. eheheh!

    ni mesti kes putus cinta.hahaha!

    G tahan suci, doa banyak2 :)

    ReplyDelete
  2. Missdicup:

    Hahaha manala ada putus cinta.bercinta pon belom.

    Ni kes pasrah jer.

    Bukan saya yng dapat pergi Tanah Suci.. InsyaAllah ada rezeki akan ke sana..tapi tak tau bile.

    ReplyDelete
  3. tapi kan..kita selalu lupakan Dia..
    bila ada masalah..br nk teringat Dia..

    =_="




    cantik lah gambar..buleh turunkan ilmu sikit? haha

    ReplyDelete
  4. Hanie:

    Ya saya setuju dengan Hanie. Mmg kita sering melupakan DIA. hmmm ntah bilalah nak berubah ni...

    Gambar tu bukan saya yang ambik...orang pro yang ambik. hehehe

    ReplyDelete
  5. taknak komen ape2 lah............ =)sapelah yg dihantar pergi tu yer....

    ReplyDelete
  6. semua yg berlaku ada hikmahnya...

    ppsstt..putus cinta ke??hehe

    ReplyDelete
  7. Edy:

    hahahah mana ada putus cinta..putus harapan jer.

    ReplyDelete
  8. lpas baca komen2 atas ni.. aku lak musykil.. putus cinta ke bro? huhuhu


    haha!

    ReplyDelete
  9. Nuke :


    Hahaha lagi komen pasal putus cinta... anda salah la.

    ReplyDelete
  10. Pencacai Alim:

    Tettttttttttttttttttttt. hahahah sudah hentikan.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS