2011-01-29

Salahkah Jika Dia Menangis?


Assalamualaikum...

Pernah ada seorang sahabat memberitahu aku tentang betapa cemburunya dia terhadap aku. Hmmm aku bertanya kembali kepada sahabat itu kenapa dia cemburu pada aku? Apa yang aku tahu, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dengan hidup aku sekarang ni yang lebih kepada kesuraman, keletihan, kekosongan dan pelbagai jenis KE- yang negatif lagi.

Huh, lalu dia menjelaskan kepada aku tentang kejayaan aku, pencapaian aku dalam hidup terutaanya dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi. Terus aku menyangkal pendapatnya itu. Nonsense! Aku tak pernah rasa yang hidup aku boleh dibanggakan melainkan hanya menyusahkan orang-orang di sekeliling aku saja. Ops bukan aku tidak bersyukur atas apa yang Allah kurniakan kepada aku, aku amat bersyukur! Kerana aku tidak perlu mengemis, aku cukup makan dan pakai, aku tidak perlu meminta-minta belas ihsan dari orang lain. Aku cukup marah dengan sahabat itu yang cemburu akan hidup aku ini. Bagi aku hidup aku cukup ringkas, tidak pernah mencapai 'shooting point' bahkan sentiasa tersasar dari apa yang dirancang. Selerak, serabut dan pelbagai jeni SE- yang merungsingkan.

Terfikir juga aku, mungkin aku saja yang melihat diri aku begitu, tapi orang lain melihat aku sebaliknya...mungkinkah? Entah. Tapi apa yang pasti aku rasakan yang diri aku ini GAGAL. Tak pernah senang dan sentiasa kucar-kacir. Ya, mungkin sebab aku sering lupa....lupa untuk mengingatkan diri aku pada perkara-perkara yang patut aku ingat.

Muhasabah diri, itu merupakan perkara yang sering aku lakukan bila berada di tahap tertinggi kerunsingan. Kadang-kadang tak sedar yang aku boleh menangis seorang diri di mana-mana saja, di pejabat ketika sedang menaip kerja-kerja yang berlambak, di dalam kereta ketika sedang memandu tanpa hala tuju, di rumah ketika terfikir tentang keluarga dan banyak lagi. Hmmm masalah psikologi agaknya. Tapi setelah meluahkan segalanya aku rasa tenang. Puas dan setidak-tidaknya mampu untuk mengembalikan kekuatan diri. Tidak salah untuk menangis, kerana itu juga merupakan satu terapi. Siapa kata lelaki tak boleh menangis? Bagi aku setiap insan bernama manusia boleh menangis. Tolonglah ketepikan ego kamu wahai kaum Adam... itu semua tak akan membantu kamu PADA WAKTU SUSAH.

Berbalik kepada sahabat yang cemburu terhadap diri aku, tidak perlu cemburu pada aku atau sesiapa yang berada disekeliling kamu kerana kamu juga telah dijadikan hebat di mata Allah S.W.T. Masing-masing kita ada kelebihan dan kekurangan. Jika kita hebat di mata manusia, belum tentu kita hebat di mata tuhan kan? Jadi bersyukur atas apa yang kita peroleh dan cubalah untuk terus maju.

Bagi aku pula, aku akan terus mencuba untuk memahami diri aku sendiri dan cuba juga meyakinkan diri aku tentang betapa bertuahnya aku dapat mencapai apa yang aku ada ketika ini. Mana-mana kesilapan yang pernah aku buat, akan aku cuba perbetulkan sedikit demi sedikit. Itulah pentingnya MUHASABAH diri, kurangkan KEEGOAN dan berharmoni dengan apa yang kita sayang di sekeliling kita. Tidak salah untuk menangis kerana ia juga satu terapi.

PEACE!!!

Tanah Lot, Bali
Januari 2011



2 comments:

  1. biasala beb,kdg2 aku pun rasa cam tu..tp apapun bersyukur jela, at least makan pakai cukup...tekanan dan dugaan adalah asam garam hidup.Jom sama2 redahhh

    ReplyDelete
  2. Bukankosong:

    Yup. kita redah saja semuanya. Thanks sebb baca.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS