2011-01-22

Trip To Bali - Part II (Geng Ungu)

Assalamualaikum!!!!

[Mood masih kekal pada keadaan 90 darjah keBALIan]


Entry sebelum ini di SINI - Episode 1

Ok Aku nak sambung pulak kisah hari kedua di Bali. Seperti yang aku bagitau pada entry yang lepas, kami semua menginap di Hotel Surgawi Inn, yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuta. Memang happening Bandar Kuta.

Aku bangun awal pagi hari kedua, tapi sebenarnya ada yang lagi awal iaitu Shaz. Aku tatau la dia tu tido ke tak sebnarnya, sebab setiap 10 minit dia akan datang ketuk bilik kami suruh kami bangun hahahah. Tapi best jugak ada tukang gerak ni, tak payah susah-susah konci jam bagai!
Hotel tempat kami menginap ni ada menyediakan sarapan pagi, jadi tak payah susah-susah nak cari kedai makan...kompom takda yang bukak lagi. Masa tu jam 7.00 pagi, kami semua turun ke bawah, ada cafe di situ...kami boleh memesan makan yang disediakan di dalam menu. Tapi tak banyak sangat pilihan yang ada, dan apa yang pasti, masing-masing order nasik goreng sebab lapar tahap cipan, maklumla makan malam semalam tak berapa puas hahahaa.

Dan pagi itu buat pertama kalinya kami akan bersua muka dengan Pak Yanto, aku siap bayangkan yang dia tu dah tua macam Pak Nur hehehe. Pak Yanto janji akan jemput kami di hotel pada jam 8.30 pagi sebab banyak tempat yang kami nak pergi dan semuanya di luar bandar Kuta. Tepat jam 8.30 pagi, Pak Yanto pon tiba menaiki van Kijang yang kami naik semalam. Rupanya dia tu muda lagi, lebih kurang sebaya kami je. Pak Yanto sempat tanya kami apa yang berlaku semalam dengan abangnya. Kami pun cerita habis-habisan tentang tempat makan yang mahal dan jugak keadaan bandar Kuta yang jem di waktu tengah malam.

Menurut Mas Yanto (tour guide kami yang sebelum ini aku panggil Pak Yanto) Bandar Kuta akan menjadi jem atau macet (bahasa indonya) sekitar jam 12 malam membawak ke 3 pagi. Ye lah waktu tu semua orang sibuk nak pergi clubbing dan behibur! Ada kisah mushroom, nanti aku citer. Hehehe.

Apa yang menarik tentang Mas Yanto adalah orangnya kecik saja, tapi sangat peramah...dan yang paling penting dia jugak kaki tembak!!!! Hasilnya fuhhhh mantop beb! Sekepala la dengan Geng Ungu hehehe.

Alit Beach:


Destinasi pertama yang kami tuju adalah Alit Beach. Menurut Mas Yanto, air laut kat Alit Beach ni dapat menyembuhkan penyakit. Maka ramailah kulihat orang-orang tempatan dan asing yang berendam di dalam air. Tapi tengok keadaan pantai tu tak berapa nak gemor la pulak sebab sedikit kotor. Waaubagaimanapun, bagus untuk bergambar. Apa lagi snappy-snappy la kami disana.




Kami tak lama di Pantai Alit ni, sebab keadaanya tak berapa best bagi aku, tapi untuk tembak-tembak tu boleh la, banyak juga penduduk tempatan yang berniaga di sepanjang pantai. Macam-macam perangai dan kisah boleh kita lihat.

Pasar Sukawati:

Selepas puas mengambil angin di Pantai Alit, kami dibawa ke Pasar Sukawati. Ha, Pasar Sukawati ni memang perfect place bagi kaki-kaki shopping! Harga barang kat sini sangat murah dan boleh tawar-menawar dengan hebat! Tapi awas dengan penjual-penjual yang berkeliaran di sekitar pasar Sukawati ni, sekali dah sentuh barang-barang dia, akan diikutnya kita sampai ke lubang cacing hehehee. Banyak jugak kami shopping, cenderamata lah yang paling banyak dan semuanya dengan harga yang sangat sangat sangat sangatlah murah. Memang disarankan pergilah membeli belah di Pasar Sukawati ni. Ha kan aku dah cakap pada entry lepas, banyak tempat shopping yang akan kami singgah, jadi kena bijak merancang. Sepanjang perjalanan Mas Yanto tak henti-henti berceloteh, sekejap-sekejap bagi teka teki supaya kami tak tidor hahahaa.




Tirta Empul Temple,Tampaksiring, Gunung Kawi:

Tempat ni memang unik. Sebetulnya takda dalam jadual perjalanan, tapi dengan murah hatinya Mas Yanto bawak kami ke sini. Disini letaknya beberapa candi diraja dan juga kawasan perkampungan petani yang sangat unik! Penanaman padi di lereng-lereng bukit memang kita takkan jumpa langsung di Malaysia. Ini bukan Padi Huma @ Padi Bukit ya! Ini adalah padi biasa yang kita makan sehari-hari di Malaysia. Memang unik dan pengairannya menggunakan direct channel from the river! Memang kagum gila bila tengok sawah padi ni. Ianya bertingkat-tingkat dan cantik. Tapi masa ni bukan masa padi berbuah, kebanyakkannya masih baru ditanam dan belum menghijau lagi.Ada juga beberapa candi yang diukir daripada batu-batu di lereng-lereng bukit. Fuyoooo sangat kagum. Macamanalah orang dulu-dulu boleh buat menda-menda macam tu kan?

Kene pakai kain sebab pakai suar pendek hehehe

Kintamani:

Ha ini merupakan tempat yang sangat-sangat nak pergi. Kintamani terletak lebih kurang sejam perjalanan dari Kuta. Ia merupakan sebuah tempat peninggalan sejarah yang kaya dengan adat dan budaya Bali. Sepanjang perjalanan ke Kintamani, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik dan rumah-rumah Bali yang penuh dengan ukiran. Memang superb! Kintamani menjanjikan pemandangan Gunung berapi yang sangat cantik! Terletak tinggi di atas aras laut (aku pon tak ingat berapa ketinggiannya) tapi cuaca amat sejuk dan jalan rayanya agak berbengkang bengkok. Dari jauh kita akan lihat Gunung Berapi di atas Gunung Batur dan juga dibawahnya terbentang luas Tasik Batur. Memang cantik beb!!! Kat atas ni pon ramai jugak penjaja-penjaja jalanan yang akan mengikut kita kemana saja kita pergi. Awas ya!


Luwak Coffee Plantation:

Dalam perjalanan turun kami sempat singgah di Luwak Coffee Plantation. Kopi Luwak memang sangat fames dan harganya pon sangat mahal. Penghasilannya pon unik dari hasil titik peluh musang hehehe. Kami sempat minum beberapa jenis kopi yang dihidangkan secara percuma di sana. Pemandangan memang Gred A!

 


Tegalalang:

Selepas turun dari Kintamani, kami singgah di Tegalalang! Ya ampun ini lah tempat yang paling glamer di Bali. I mean kawasan penanaman padi di lereng bukit yang paling cantik dan menjadi tumpuan dunia! Tak rugi singgah kat sini sebab korang boleh ambil gambar yang sangat cantek dan pengalaman yang sangat bernilai.m Hilang sekejap pening-pening di kepala sebab jalan yang berliku. hehehe

Turun dari Tegalalang kami singgah makan di restoran masakan padang. Restoran Halal semestinya! Makan tak hengat dunia masa tu sebab tersangat sangatlah laparnya. Waktu tu pon jam dah menunjukkan pukul 5 petang kot. Baru nak lunch huhuhuhu. Takpe janji puas menjamu mata!






Krisna Shopping Centre:

Selesai makan, kami semua dibawa ke Krisna Shopping Centre. Waduhhh ramainya orang bersopping! Tempat ni memang terkenal dengan harga yang murah dan barang kraftangan Bali yang banyak. Kiteorang pon memang shopping habis-habisan lah kat sini. Aku takde la shopping banyak sangat, just beberapa barang untuk keluarga di Malaysia. Tapi seronok tengok kengkawan shopping! Jutawan sangat!!!

Balik dari Krisna kami terus pulang ke hotel. Time ni hujan lebat sesangat! Siap ribut bagai! Tapi hujan di Bali ni sekejap-sekejap aje cuma kapasitinya sangat menakutkan!


Walaupun hujan lebat yaamat, kami semua bercadang untuk turun mandi di swimming pool! Hahaha gila kan! Tapi memang best! Kami berendam sampai pukul 12 mlam dalam hujan yang sangat lebat. Gila gila Gila. Lepas keluar dari kolam terus telan panadol dua bijik..takut demam. hahaha.

Esok kena bangun seawal 3 pagi!!! Hahah kenapakah??? Nanti aku cerita di next entry!

PEACE!!!


Menulis untuk:





No comments:

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS