Assalamualaikum...
Sebenarnya dah lama aku terpikir nak tulis pasal benda ni. Mengenai tips percutian. Ops sebetulnya aku bukanlah orang yang paling layak untuk memberikan tips terutama mengenai percutian. Sebabnya kadangkala aku sendiri pon kantoi. Tapi tu lah, kalau kita tak rasa, kita takkan tahu...betol tak? Bila dah tahu, kenalah kongsi-kongsikan kepada sesiapa saja yang nak tahu. Sebetulnya aku nak bagi tips untuk sesiapa yang nak bercuti di Bali ya. Aku tahu, Bali merupakan satu tempat yang sangat terkenal di mata dunia dan semestinya ramai yang mendambakan untuk ke sana, alhamdulillah aku dah berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah Bali tahun 2011 ni.
Sebagai rekod, aku sebelum ini memang tidak pernah menjejakkan kaki ke Indonesia. Trip ke Bali bersama Geng Ungu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke tanah Jawa, ya tanah nenek moyang aku dulu la (sebab datuk aku berasal dari kepulauan Jawa- way back to 100++ years ago). Ok jom aku share beberapa pengalaman yang boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang nak terbang ke Bali.
Pengalaman 1: Tambang / Harga Percutian.
Aku ni jenis tak berduit, susah sangat kalau nak lekat duit bertimbun-timbun dalam bank. Kalau nak pergi mana-mana pun kenalah cari yang bajet-bajet (malang kan sape yang kawan dengan aku?) Tapi sebenarnya percutian bajet juga seronok! Sape kata tak seronok? Buktinya aku dan kawan-kawan yang aku suka semua enjoy dan mampu menghasilkan memori terindah dalam hidup kami.
Kalau nak pergi ke Bali, try servey kat laman web Air Asia (sebab tu je yang ada tambang murah kot). Masa aku beli tiket hari tu, ada promotion dengan harga penerbangan RM 44 sehala. Jadi bila ditambah-tambah dengan tax, bagasi dan sebagainya, jumlah tambang penerbangan pergi dan balik hanyalah RM 165.00 sahaja. Tu dah kira pakej lengkap dah. Sebetulnya ada yang lagi murah, anda kena rajin buat research kat website Air Asia tu. Kalau tak silap, every Friday akan ada promotion, so tunggu la, kalau rajin lagi sila berkampung depan komputer.
Tambang penerbangan = RM 165.00
Pengalaman 2: Kawan-Kawan Yang Kita Suka
Ini adalah elemen yang paling penting kalau nak pergi bercuti. Sewajibnya kita memilih untuk bersama orang-orang yang kita suka dan sayang.Tak kisah la suami ke, isteri ke, kekasih ke, kawan-kawan ke, saudara mara ke, keluarga ke ...janji orang-orang itu kita suka dan percaya. Meraka boleh bersama kita ketika susah dan senang...ehem susah senang bersama! Bukan apa, bila kita berada di tempat orang, banyak kemungkinan kita kena fikirkan, dan orang-orang ini lah yang akan membantu kita nanti! So fikir-fikirkanlah.
Aku bersyukur sebab percutian aku ke Bali adalah bersama kawan-kawan yang aku suka! Geng Ungu the Best!
Pengalaman 3: Sebelum Hari Kejadian
Part ni juga antara elemen penting sebelum pergi bercuti, terutamanya kalau nak bercuti ke luar negara. Cek dulu samada passport anda valid lagi ke tak! Terutamanya mesti valid melebihi enam bulan dari tarikh tamat! Kebiasaannya kita tidak boleh keluar negara sekiranya tempoh mati passport kita adalah dalam masa enam bulan. Jadi sila renew passport anda. Ala buat passport pon dah tak mahal dah, untuk 2 tahun hanya RM 100 jer. Siap pon cepat, dalam tempoh dua jam.
Bila dah cek passport, ada satu lagi elemen penting kena cek. Bagi peminjam PTPTN, MARA atau yang sewaktu dengannya. Sila cek dengan Imigresen samada nama anda di senarai hitamkan oleh pihak imigresen atau tak (Untuk kes tidak bayar balik pinjaman). Kalau diblacklist alamatnya anda memang tidak boleh ke luar negara lah yer! Sila ambil maklum. Senang je nak semak, kita boleh buka website PTPTN dan klik pada semakan senarai nama yang di senaraihitam oleh imigresen. Mudah!
Barang-barang yang aku bawa ke Bali juga tak banyak. Hanya beberapa helai T-shirt dan seluar saja. Sebabnya nak kurangkan beban bagasi dan juga niat nak ber'backpakers' jadi tak payah la bawak banyak sangat barang... bawak yang penting-penting saja. Yang penting passport jangan tinggal! Tak payah bawak banyak baju pon tak apa sebab boleh beli di Bali. Sebetulnya harga sehelai T-Shirt di Bali boleh dibeli dengan harga RM 4!!! Nah murah kan??? so tak payah bawak banyak baju lah!
Bagi tukaran wang asing, sila semak dengan beberapa pusat tukaran matawang asing (money changer). Kadar yang ditawarkan sememangnya berbeda-beda. Jadi pilihlah yang terbaik. Untuk ke Bali, aku tukar dalam RM 600++ = IDR 2 juta. Rates adalah IDR 1 juta = RM336 (pada masa itu).
Psttt: jangan terpedaya dengan duit yang aku bawak tu..nampak macam banyak sangat tapi percayalah, aku siap bawak balik ke Malaysia semula sebahagian duit tu! hahahah
Pengalaman 4: Di Hari Kejadian
Flight yang akan kami naiki akan berlepas dari LCCT pada jam 11.20 pagi. Jadi aku terpaksa bersiap awal untuk ke LLCT. Maklumlah takde sape nak mengantar aku ke sana, jadi terpaksa drive sendiri. So aku mengambil, keputusan untuk menaiki kereta dan parking di Putrajaya Sentral. Dari rumah aku ke Putrajaya Sentral mengambil masa 15 minit perjalanan. Parking berbumbung dengan kadar RM 2 sekali masuk dan maksimum RM 5 sehari + extra charge sebanyak RM 2 untuk semalaman. Tapi alangkah bernasib baik aku masa tu sebab sistem pembayaran tempat kereta berbumbung masih belum dilaksanakan. So its free!!!!!
Dari Putrajaya Sentral, aku naik ERL pulak menuju ke KLIA. Harga tambang ERL ke KLIA adalah RM 6.20. Masa perjalanan adalah 15 minit-20 minit. Bila dah sampai ke KLIA, aku kena manaiki bas pulak di Stesen Bas KLIA untuk ke LCCT. Bas memang banyak tersedia, setiap 10 minit ada saja bas ke LCCT dari KLIA. Tambang bas pulak hanya RM 2.50 dan mengambil masa 10-15 minit perjalanan.
Belanja: RM 8.70.
Tiba di LCCT, barulah aku berjumpa dengan Geng Ungu yang lain. Kami datang berasingan, ada yang naik bas direct dari KL Sentral dan ada yang dihantar oleh keluarga menaiki kereta. Aku tak taulah kos diorang berapa, tak tanya. Hehehe.
Masa Chek-in, sila pastikan bagasi anda tidak melebihi muatan!!! Ini sangat penting ya sebab kalau terlebih 1 kg akan dikenakan bayaran RM 15!!!! Mahal nak mampos. Tiada masalah bagi kami sebab kami bawa barang tak banyak pon. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan hambanya ini. Time Check-in juga kena pandai memujuk rayu dengan petugas di kaunter Air Asia tu, untung-untung dapat kelebihan di sana-sini! Ingat, tak salah mencuba! Sila pastikan anda berada sekurang-kurangnya 1 jam awal sebelum waktu berlepas.
Tips Mencari Hotel:
Ha perkara ni memamng merupakan salah satu komponen penting dalam percutian. Tempat penginapan / accommodation. Walaupon masa aku ke Bali, semua disediakan oleh Pak Supir dari Hotel sampailah ke itinerary perjalanan, tapi bagi sesiapa yang nak cuba DIY sendiri di Bali bolehlah rujuk mana-mana website yang dah memang banyak sekarang. Selalunya kalau nak cari Hotel dengan rates yang murah dan mudah bolehlah ke website AGODA atau MYHOTEL. Boleh google je nama website tu, kompom jumpa punya. Bagi aku dua website ni memang banyak membantu kalau nak cari tempat tinggal yang ok dengan harga yang berpatutan. Kalau tak percaya pergilah check!
Aduh panjang lebar pulak nak bercerita....sambung next entry boleh??? ada ke yang nak baca ni??? Takpe aku baca sendiri masa 20 tahun akan datang pon takpe....hehehe.
PEACE!
Kaki Jalan sempat posing di Putrajaya Sentral di hari kejadian. |
Keadaan bas yang kami naiki dari KLIA ke LCCT |
Nasi Goreng Cacamarba masakan Ibu Kenon Mikhail (sedap bangat!!!) untuk alas perut di LCCT. |
Selain nasi goreng, naget dan sosej serta jemput-jemput pon ada!!!! |
Destinasi yang bakal dijejaki! BALI, Indonesia. |
haaaa... ado pun gambar gue pagi tu!!!
ReplyDeletesebenarnya nak bagi tip jugak,tapi tunggu sambungan entri ni dulu...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMasMz:
ReplyDeleteWah ada tips jugak kerssssss.. Sila sila bagi yer.. leh sesama mengkayakan Bali hahahhaa
best nya...teringin nak g
ReplyDeleteAzizah:
ReplyDeleteInsyaAllah nanti sampai le tu.
ReplyDeleteTq sharing.
jemput ke blog sy ye
http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
ReplyDeleteTelefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
Sewa Kereta Murah Kat Bali
Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.
hai.saya nk pergi ke bali ngan kawan saya.tapi still byk lagi tak tau.kami nk backpacking je sbb bajet murah.so bleh tak ws atau emaail saya.no saya 0132638276 .email mahathirrabazieah@gmail.com
ReplyDeleteSalam.
DeleteSaya pun x berapa mahir dengan Bali. Pergi pun dah lama tahun 2010. Mungkin boleh rujuk sama cik Okid : jeliterrr@yahoo.com. Dia mahir sikit. Thanks.