Assalamualaikum!!! Apa khabar semua?
Alhamdulillah dah selamat masuk minggu pertama tahun baru 2011. Macam-macam benda berlaku sepanjang tahun 2010 kan??? Mana yang baik bolehlah dikenang-kenang, mana yang tak berapa baik tu jadikanlah pedoman dalam hidup.
Sepanjang minggu lepas (ni kisah tahun 2010 lagi), aku banyak menghabiskan masa di pejabat, buat kerja-kerja last minit sebelum berakhirnya tahun 2010. Memang sangat penat siooooot. Dalam sebulan tu aku dapat tiga report nak kena proses disamping menguruskan keje-keje tempelan yang dipertanggungjawabkan. Adoi memang sangat kelam kabut dan kucar-kacir hidupku minggu lepas...membawak ke minggu ni dan bulan-bulan yang seterusnya.
YA ALLAH, Permudahkan segala urusan hambamu ini....Amin~
Ok, untuk meredakan tensi..aku tulis belog aku jap. heheh. Ni kisah minggu lepas, sewaktu aku di Pulau Pinang. Oh lupa nak bagitau, minggu lepas aku pergi Pulau Pinang sempena perkahwinan sepupu aku yang ketiga untuk bulan Disember.
Alhamdulillah, sangat seronok bila kembali ke Pulau Mutiara. Banyak kenangan manis ada di sana. Tapi seperti biasa la, kenangan tinggal kenangan. Kali ni aku pergi bukan sebagai jurutembak, tapi sebagai ketua penjaga gudies...a.k.a. bunga telor! Wakawaka. Makcik aku kata, aku kena jaga bunga-bunga telor dan semua 'berkat' (kata orang Jawa) yang akan diberi kepada orang ramai sebab takut tak cukup. Takut-takut juga ada yang mengambek lebih, maklumla barang baekkkk, Nilai mari! hahaha. Ok best jugak jadi penjaga ni, sebab muka ter-enterprem di pintu masuk. Semua orang nampak hehe. Bab membagi pulak bukan tugas aku, aku jadi mandor jer, kazen-kazen aku yang jeliter-jeliter saja ditugaskan untuk jadi pemberi bunga telor.
Satu perkara yang paling pelik aku dapat tahu, majlis kenduri kendara kat Penang ni berlanjutan samapi pukul 6 petang!!! Mak aii lama nyer nak kena tunggu orang datang. Pelik pulak sebab di negeri-negeri lain, dan setahu aku la sepanjang aku hidup setengah abad ni selalunya kenduri kawin orang buat paling lewat pon sampai pukul 4 petang. Lepas tu saper-saper datang bagi makan kuih jer. Tapi kat Penang ni, sampai ke pukul 6 la lauk-pauk dan nasik dihidang. Mabeles!!!
Ok, sekarang aku citer kisah Nuyer pulak.
Tahun ni tak semeriah sambutan New Year tahun lepas. Kalau tahun lepas rombongan Singapore dan Jepun turun ke KL, memaksa aku menjadi hos terjun, tapi kali ni aku bersama rombongan Teluk Intan dan Pulau Pinang saja di KL. Oh lupa, rombongan Jepun ada turun jugak walaupon sekejap. Malam New Year kami pergi makan-makan di Pantai Dalam, dan sempat la tengok bunga api di Uptown, Danau Kota. Tapi tetap meriah sebab kita bersama orang-orang yang kita suka dan kita percaya! Thanks guys, sebab menyemarakkan hari-hari bosan aku.
Ok la, minggu pertama bulan Januari 2011 ni aku nak cuba fokus pada kerja. Banyak sangat yang perlu diselesaikan. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Fulus pon makin kurang, aku hampir muflis!!! adoi.....sabar, itu ujian Allah.
PEACE!
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!

Ni lah yang dikatakan DALAM HATI ADA TAMAN!! Mat rempit tacap bunga telor beb!!! |
Tenang- Nelayan belom balik rumah lagi. |
Tu dia pengantin dah mai...riuh rendah! |
Sempat lagi depa ni pi beli Udang nak bawak balik. |
Selamat tahun baru Janggel.
ReplyDelete[2011 - sambutan tahun baru yang paling tragis,tah hape-hape dan paling hampehhhhhhhhhhh]
masMZ
ReplyDeleteYa, selamat tahun baru jugak!