2012-03-20

Incredible India Part 1: Kembara di Bumi Kari

Assalamualaikum!!!!

Alhamdulillah, semalam aku dan kawan-kawan telah selamat sampai ke Tanah Air yang tercinta dengan menaiki penerbangan Air Asia X yang penuh dengan bau sireh dan muntah manusia. 

Perbezaan masa di antara Malaysia dan India adalah 2 jam lewat.

"Kembara Di Bumi Kari" bermula setelah sekian lama perancangan kami buat. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala usaha yang kami buat untuk menjejak bumi India.Sepertimana yang dinyatakan di beberapa entry sebelum ini, macam-macam perkara perlu diselesaikan sebelum berlepas, seperti urusan visa, cuti, itinerary dan sebagainya. Tak lupa juga persediaan dari segi mental dan fizikal, semuanya mesti diambilkira. 

Ok biar aku mulakan perjalanan pertama kami ke India. Kami bertolak dari Lapangan Terbang LCCT, Kuala Lumpur pada jam 630 petang, waktu tu hujan sangat lebat! Risau juga kalau-kalau flight delay. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Urusan di LCCT berjalan lancar walau sempat lagi beli luggage kekeke.
Perjalanan dari KL ke New Delhi mengambil masa selama 5 jam setengah.
Sempat la main tembak-tembak dalam flight....
Dan mengisi arrival form....
Serta makan nasi briyani....huh not my taste....(kekeke aku memang tak makan nasi briyani ye)

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke New Delhi, India mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi pada jam 930 malam waktu tempatan. Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi ni sebenarnya sangat besar, lebih kurang KLIA jugak. Tapi kawasan arrival dia tak berapa banyak kerusi disediakan.

Yes sampai juga akhirnya di New Delhi!!!

Cantik airport ni.....
Tandas pon ada gambar lelaki dan perempuan cantek!
 
Plan asal nak lepak saja di airport memandangkan hari pon dah malam, tapi setelah mendapat recommendation daripada seorang student warga Poland tentang sebuah hostel yang bagus dan murah, akhirnya kami pon bersetuju untuk bermalam di hostel tersebut.

Nota:  Hostel Smyle Inn terletak berhampiran dengan Arakashan Road, New Delhi dan berdekatan juga dengan New Delhi Railway Station (jalan kaki lebih kurang 5 ke 10 minit sahaja). Lokasi yang tepat mengenai Smyle Inn adalah seperti alamat berikut:-
Smyle Inn
916, Cali Chandi Wali, Main Bazaar, Pahargani
New Delhi - 110055, India
Tel: +91-11-23584076 / +91-11-23589107
Faks: +91-11-228542651 
E-Mail:   smyleinn@hotmail.com


Prepaid teksi yang kami naiki.....gomen punya katanya.

Kami mengambil prepaid teksi dengan charge Rp 400 untuk ke Smyle Inn. (Perbelanjaan luar jangka yang pertama). Maka bermulalah pemerhatian aku yang pertama tentang kotaraya New Delhi. Apa yang boleh aku simpulkan adalah (pemerhatian awal), sesak, berdebu tahap tertinggi (kalau korek hidung senang2 dapat bijih besar), kotor (sampah sarap memang merata sehingga tak tercapai akal pemikiran) dan pemandu (samada kereta, lori, bas, teksi dan tuk-tuk) semuanya tak bersistem dan tunggang langgang. Apa yang boleh di dengar hanyalah bunyi hon kenderaan di mana-mana. Mungkin bunyi hon kenderaan adalah cara mereka menggamit sesama sendiri? Wallahualam....

Nota: Memandu seperti "jalan raya ana yang punya" adalah sistem di India. Jangan hairan sekiranya kenderaan yang dipandu tiba-tiba boleh melencong bertentangan arah ataupun menyelit-nyelit di celah-celah ruang di antara kenderaan lain. Pendek kata,  Acha Saptriasa punya pesanan dalam radion tu pon tak boleh pakai...: Jangan cilok mencilok!!!!
Terkejut beruk jugak bile pemandu teksi membawa kami ke kawasan sunyi, banyak anjing dan terperuk. Dalam hati, masing-masing dah mengucap panjang.... Betulkah ini tempatnya? Memang betol-betol anak jutawan memilih jalan susah ni! 

Mana-mana berhenti je pasti ada peminta sedekah datang menggamit...hati-hati ya.

Pemandu teksi kami pon tak tahu di mana sebenarnya lokasi Hostel Smyle Inn ni. Jenuh juga dia bertanya pada orang-orang di tepi jalan dan alhamdulillah.... akhirnya jumpa jugak. Smyle Inn ni terletak di dalam satu lorong sempit di tepi jalan besar. Nak lalu lorong tu bukan main hancing dan kotor... Pasrah je la. Ini merupakan cabaran kami yang pertama. 

Lega apabila melihat keadaan hostel yang bersih dan kemas. Tak sangka pulak dalam lorong sempit dan kotor ada tempat yang bersih dan kemas! Selesai urusan check in, kami pon merehatkan diri.

Nota: Harga sewa semalam bagi sebuah bilik adalah RP 290 (lebih kurang RM 21 seorang) . Memang murah giler tapi selesa. Lokasinya juga berhampiran stesen keretapi Delhi (jalan kaki dalam masa 5-10 minit) dan sarapan pagi disediakan. Menurut kata pelajar Polland yang kami jumpa di airport semalam, sepanjang 6 bulan dia duduk di Smyle Inn dan dia berpuas hati. Hmmmm bagi kami, lokasinya tak menarik minat dan terperuk.
Keadaan di lobi Smyle Inn Hostel



Hari ke-2: Perjalanan Yang Panjang

Kami bangun pagi tu dengan semangat nak menjelajah bumi Delhi. selepas selesai mandi dan bersiap, kami cuba menghubungi Ajanta Hotel, di mana kami telah membuat tempahan dari Malaysia, tapi tak berjaya dihubungi. Selepas bersarapan pagi (simple breakfast, mango juice, toast and butter + banana) kami pun menapak ke jalan besar berhampiran stesen keretapi dan mencari lokasi Ajanta Hotel. Menurut orang-orang yang kami tanya, lokasi hotel tidak jauh dari stesen keretapi. Berikut merupakan alamat lengkap mengenai Hotel Ajanta:

 Hotel Ajanta
36, Arakashan Road, Ram Nagar,
New Delhi-110055,
Opposite New Delhi Railway Station ,India
Tel:   +91-11-29562097 / 41764563
Mob: +91-11-9810668881
Faks:  +91-11-46011606
E-Mail : info@hotelajanta.com

Hampeh, jauh jugak sebenarnya. Jenuh juga bertanya orang sana-sini...banyaknya nak menipu je. Itu budaya orang India Delhi kot. Sepanjang jalan sampah sarap tu dah jadi macam hiasan taman bunga, ada anjing merata-rata dan ludahan manusia bersepah-sepah di sana- sini. Itu semua perkara biasa di India.

Sarapan pagi yang ditawarkan oleh Smyle Inn Hostel

Kami tidak menaiki tuk-tuk memandangkan lokasi Hotel Ajanta tersebut dekat katanya. Jadi setelah berjalan lebih kurang 20 minit (termasuk sesat dan sebagainya) akhirnya kami tiba di Hotel Ajanta. Wow, memang hotel ni nampak mewah! Pintu masuk je dah nampak gah. Tapi sewa bagi double bed room hanya RM 60 sahaja! 

Menapak dari Smyle Inn ke Ajanta Hotel....tengok tu, taik lembu bersepah!
Antara gerai makanan di tepi jalan...kedai ayam tandoori.
Keadaan di hadapan Stesen Keretapi New Delhi
Beca macamni pon banyak terdapat di sini...antara pengangkutan utama.

Kami berurusan dengan petugas di kaunter mengenai booking kami. Memandangkan terdapat sedikit masalah (hadoiiii masalah lagi), bilik yang kami tempat tempoh hari tidak sesuai untuk kami (sebab hotel tu sedang dalam penambahbaikan) jadi kami ditawarkan dengan bilik yang lebih besar tetapi di hotel lain berhadapan dengan Ajanta Hotel. Hotel tersebut adalah Hotel Sweet Home di mana memiliki pengurusan yang sama dengan Ajanta Hotel. Harga juga tidak berubah, jadi kami pon mengambil keputusan untuk menginap di hotel tersebut.

Tu dia dah nampak Hotel Ajanta.
Pintu utama Hotel Ajanta... Hotel Sweet Home adalah di hadapannya.
Bilik kami untuk 2 malam di New Delhi.

Ok aku rasa cukup dulu pengenalan kepada babak pertama, kisah kami tida di Delhi dan penginapan yang kami ambil. Selepas ini kami menjelajah Delhi pula, tunggu....

WASSALAM.

22 comments:

  1. Okeh... explanation yang cukup punce korang ceri beri.. hehehe ^_^

    Hotel gempak jer.. muranh giler lak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iza:-

      Untu first 4 days perut kami still ok. Masuk hari kelima terus buat hal kekeke.

      Hotel2 kat sana memang giler2 murah! Pendek kata tak payah la nak merempat2 tepi jalan, kat stesen ketapi or kat stesen bas bagai.

      Delete
  2. waaahh ramainye org kt immigresen tu.time kitorg dulu lengang jek kekekek.. ok teruskan menaip drama2 kari ko nih..ni mukadimah tak cukup drama lgi nih kekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. BlueEwoke:-

      Memang ramai giler orang!!! Entah dari mana² ntah. Flught yang kami naik pon penuh!

      Sabo ek. Ni baru mukadimah...belom betol2 citer lagi kekekeek... Kasi sejuk2 dulu.

      Delete
  3. hehehe maybe hari ke5 cacing2 dalam peyut dah mogok x tahan absorb bahan2 kat sane...

    My friend pun gi sane last year. about 4 day jer kot. balik Malaysia sume MC 3 ari. adeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iza:-

      Mungkin naga2 dalam perut tu terkejut kot kan.. Mmg ramai yg mc bile sampai Malaysia.

      Delete
  4. wow..
    lorong2 itu ???
    pasrah ok?
    dulu akak pernah le 'gatal tangan' bukak tingkap opis kekonon nak hambek udara segar...
    hambek ko..udara segar dari ladang..
    bau lembu dan bonus aroma 'baja'nyer..
    peehh..'nyaman' weh!!

    lagi..lagi..
    simple entry to start off...

    ReplyDelete
  5. bende2 cam ni mmg i tak experience dulu sbb i nye trip bercorak "anak orang miskin terjebak dalam kehidupan mewah segitiga emas Delhi" Hahhahahha....... menci dak?

    but nak baca n nak gambo lagiiiiiiiiiiiiii.....

    ReplyDelete
  6. rasa nak komen, tapi panjang sngt tak sempat nak baca.....

    ambe nak g jupe mistaJ dan nak pi mencari sesuap nasik kat gombak pulak.... *nasik ~ rejeki

    ReplyDelete
  7. ha dah start! yeahaaaaaaa!

    adoyai, naik teksi di malam hari? mmm...mmg menakutkan dan terlebih budget sudah...

    bab cilok mencilok tu mmg kelakar, nak2 masa duk tepi (tuk2 tak berpintu).

    hal kotor motor sepah sana sini sarap marap tu mmg real kan? itulah YINDIA...slama ke ni cite hindustan dok menipu, cite slumdog tu yg betul hahaha!

    ajanta tu bilik kitorang cun gile! ooo korang dpt cawangan nyer plak ek...

    nak lagi! nak lagi!

    ReplyDelete
  8. Kak Anash:

    Ye lorong2 itulah yang kami lalui, berbau hancing sehingga mmenuhi ruang rongga hidung kami hehehee...

    Entry permulaan, kene bag yg simple2 je kan..kekeke

    ReplyDelete
  9. Lily:-

    ye, dunia kita memang berbeza...cewah!!!!

    kekeke.

    ReplyDelete
  10. Masmz:

    Bertabahlah mengadap Mr J tu....

    ReplyDelete
  11. Biqque:-

    Haah, terpakse le naik teksi kat epot tu... Bab cilok mencilok tu memang scary kan! banyak kali jugakla aku mengucap kekeke.

    Yup Ajanta memang cantek! Tapi cawangan dia tu pon cantik jugak, cuma kami dapat bilik paling besar katanya... bilik lain kecik.

    ReplyDelete
  12. sambung.. sambung. excited lak baca kisah pengembaraan ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuke:-

      InsyaAllah. Dalam usaha menyudahkannya ni, tunggu!

      Delete
  13. tambang teksi (gomen or swasta) dr area paharganj ke airport or vice versa mmg Rp.400. Kira reasonable la kot. Ajanta hotel - good plc to stay since dkt dgn ND train stn tp lif dia super kecik haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3plepl8:-

      Yup mmg rp 400 tu harga yg tetap tapi ia mmg tiada dalam bajet kami. So sebb tu namanya perbelanjaan luar jangka. Ajanta mmg selesa dan murah. Best.

      Delete
  14. mmg serem la kan naik cab memlm lalu tmpt cengitu tp kalu selesa rm21 mmg berbaloi2!!

    kalu anak buah aku smbil jalan sure terus muntah dia tuh mmg overst sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ely:-

      Seram okay, naseb bek takde apa² berlaku masatu. Syukur.

      Kalo posh sangat takdenya nak duduk tempat² cenggitu kan! Naseb bek kami tak posh! Kekkeke *tetibe.

      Delete
  15. kalau nak perasan kulit cerah boleh lah pi India kut ...

    ReplyDelete
  16. Bro Yusri;

    Hahahha ye la kot . Tapi kat india pon ramai juga yg berkulit cerah! Hahahah

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS