Assalamualaikum!!!
[ Sambung dari SINI ]
Hari ketiga merupakan hari terakhir kami berkembara penuh di bumi Western Australia. Tak sempat la nak cover semua sebab aku cuti pun sekejap je. Selepas gigih memandu berjam-jam semalam dan singgah menyaksikan sunset di Lake Clifton, kami melalui pekan Margaret River dan akhirnya sampai ke Augusta pada jam 9.30 malam.
Kami terus menuju ke
Clovelly Holiday Unit, Augusta. Senang je nak cari motel ni sebab ia terletak betul-betul di tepi jalan di pekan
Augusta. Seperti semalam, memang
owner motel dah tido, tapi setelah menekan loceng di pintu, maka muncullah seorang pakcik tua di muka pintu, umur dalam lingkungan 60an kot. Dengan wajah risau siap tanya kami sesat kemana. Aku pon menjelaskan apa yang berlaku. Pakcik tu kata dia taknak lama-lama uruskan kami malam tu sebab cuaca sejuk dan kesiankan kami yang baru sampai. Selesai ambil kunci dan buat bayaran, dia térus bawak kami ke dua buah rumah yang disewa. Setiap rumah ada 3 katil, sebuah bilik air, ruang tamu dan dapur. Memang selesa habis! Kami sempat masak-masak malam tu (masak megi dan makanan-makanan segera lain yang dibeli di kedai sebelum tu).
|
Keadaan dalam rumah...(cewah rumah tuuuu) |
|
Keadaan luar rumah...masa ni pukul 6.30 pagi. |
|
Ada 5 Unit rumah disediakan. |
|
Jalan masuk ke kawasan rumah. |
|
Bersarapan dulu.... |
Clovelly Holiday Unit, Augusta.
Via email: Helen & Richard McKenzie ( clovellyunits@westnet.com.au)
Contact melalui emel lebih senang dan duit sewa boleh dibayar upon arrival.
|
Keadaan sekeliling Clovelly Holiday Unit |
|
Banyak pokok bunga menarik ditanam |
Dah setel mandi dan makan, aku pon terus lena, takde dah nak tengok-tengok TV bagai. Penat walaupun tak
drive hehehe. Esok kami nak gerak awal ke
Cape Leeuwin Lighthouse. Satu lagi tempat idaman yang wajib dipergi.
Kami bergerak bersiap-siap awal pagi tu, pukul 6.30 pagi dah ready nak gerak ke C
ape Leeuwin Lighthouse walhal tempat tu bukak pukul 9.00 pagi! hahaha. Punya la semangat, jadi kami tak melepaskan peluang menembak-nembak di sekitar motel dulu. Pakcik penjaga motel tu pon dah keluar bawak anjing dia jalan-jalan pagi tu, sempat dia
wish good morning kat kami.
|
Singgah tepi jalan kejap, posing. Masa ni tiba-tiba hujan makin lebat!!! |
Dah puas ambik gambar sekitar motel maka kami pon bertolak ke
Cape Leeuwin. Perjalanan ke
Cape Leeuwin dari motel mengambil masa 15 minit sahaja...tapi malangnya pagi tu hujan!!!! Adoi pasrah, hujan agak lebat sewaktu perjalanan,
alhamdulillah masa kami sampai ke
Cape Leeuwin hujan dah berhenti tapi keadaan mendung. Betul kata
Haji Yon, hari Ahad hujan. Bertabah je la tengok keadaan yang
gloomy, tak seperti hari-hari sebelumnya yang terang, cerah dan langit biru!
|
Depan pintu masuk. |
|
Waktu khidmat jurupandu dipaparkan. |
|
Pemandangan di luar kawasan lighthouse |
Sampai sana, masih ada satu jam sebelum pukul 9.00 pagi, jadi kami pun berlegar-legar ambik gambar di luar kawasan. Ada jugak beberapa orang pengunjung yang baru sampai dan turun ke kawasan bawah pantai untuk camping!
Best giler, siap bawak khemah bagai.
|
Dalam bangunan kat belakang tu tempat beli tiket, musium dan cafe. |
Tepat pukul 9.00 pagi kami pon masuk, sebab pintu dah bukak. Masuk ke dalam rumah tiket, di mana terdapat small museum kat dalam tu menerangkan sejarah rumah api ni. Ada jugak kedai jual
souvenir dan ada cafe untuk sarapan pagi. Tiket masuk ke kawasan
Cape Leeuwin Lighthouse ni ada dua kategori iaitu:-
Guided Lighthouse Daily :
AUD 17 for Adult
AUD 7 for Children (4-16 tahun)
Admission To Grounds:
AUD 5 for Adult
AUD 3 for Children (4-16 tahun)
Kami hanya amik tiket AUD 5 tu je sebab rasanya tak mampu nak bayau sampai AUD17 nak manjat atas
lighthouse tu huhuhu. Miskin.
|
Keadaan dalam bangunan utama |
|
Mini Muzium |
|
Rumah-rumah pekerja...antara yang terawal dibina. |
|
Posing ala-ala dalam citer Twilight. (Feling macam Vampire hahaha) |
So kami ada 2 jam untuk teroka kawasan tu, takda la luas mana . Dua jam sebab banyak lagi tempat kami nak pergi lepas ni. Memamng menarik jugak la kawasan rumah api ni dan yang penting kita boleh lihat pertembungan di antara
Indian Ocean dan
Southern Ocean! menarik tau!.
NOTA: The first known ship to have visited the area is the Leeuwin ("Lioness"), a Dutch vessel that charted some of the nearby coastline in 1622. The log of the Leeuwin has been lost, so very little is known of the voyage. However, the land discovered by the Leeuwin was recorded on a 1627 map by Hessel Gerritsz: Caert van't Landt van d'Eendracht ("Chart of the Land of Eendracht"), which appears to show the coast between present-day Hamelin Bay and Point D’Entrecasteaux. Cape Leeuwin itself cannot be recognised. Other European vessels passed by for the next two centuries, including the Dutch 't Gulden Zeepaert, commanded by François Thijssen, in 1627 and the French Gros Venture, under Louis Aleno de St Aloüarn, in 1772. The first known sighting of the cape was by Bruni d'Entrecasteaux
in 1791. d'Entrecasteaux thought the cape was an island, and named it
"Isle St Allouarn" ("St Allouarn Island"), in honour of Captain de St
Aloüarn. Ten years later, Matthew Flinders began his survey of the South coast of New Holland from Cape Leeuwin in 1801 and named it. Flinders landed in the bay to the east of Cape Leeuwin, today’s Flinders Bay. Flinders was aware that the area had been known to the Dutch as "Leeuwin's Land".- google
Alhamdulillah tak lama kami kat situ akhirnya matahari muncul semula! Syukur. Oklah, jom layan gambar je lah. Nanti aku sambung lagi
last day di WA ni.
|
Beli cookies AUD 3.50. Jadilah buat breakfast lagi..lapar tau! |
WASSALAM.
canteknye wei...
ReplyDeleteade yg beli tiket ke sana lagik nie...
tgh tahan nafsu itu!
gambar bulat2 banyak! betul2 meng-iya-kan yg bumi ini bolat :D
ReplyDeletesiut je amik gambar sendri guna dslr pun cun! mencik!
LAAAAAAAA DAH NAK ABIH KE??? KEJAPNYER!
Maszuber:
ReplyDeleteJengjengjeng...bertabahlahwei!
Biqque:
ReplyDeleteYa dunia ini bulat.
Saya suka bulat.
Aku pg 3 hari solid je weh...sebab tu kejap je.
nak balik dah ke??? tak best kan kalo hari hujan terus spoil mood! huhuhu...
ReplyDeletekete yg korang guna yg besr mpv depan kabin tu ke? mcm best je!
Danny:
DeleteLepas cape leeuwin kami gerak balik perth tapi banyak gak tempat singgah sambil2 tu.
Ye tu la keter yang kami naik! Best kan sebab besar! Selesa yakmats, nak tido dalam kete pon boleh
kan?
ReplyDeletejom ripit perth..
(macam la ko dah pernah sampai..haha)
bolatnyer gambar itu
adakah itu special effect menampak kan anda kekunun kurus????
Kak Anash:
DeleteBulat? Helooooo terimalah kenyataan kekurusan ku. Takde kunun kunun ok! Jom kak ripid!!!!! Hahahahhaa
salam sejahtera...marilah kita sama2 buat hashtag #ElySuhaili
ReplyDeleteDanny:
DeleteApa kes spam sana sini???? Hahahah
cantiknye light house dan gambar2 itue...aku jeles kerana tidak lagi berkesempatan menjejakkan kaki ke perth! (ceh ayat jiwang plak)
ReplyDeleteJom ripit?? ko jd driver Chawanna..aci?? hehehe
BlueEwoke:
DeleteJom ripid! Aku bleh drive tapi ko cover expenses aku hahhahahaha .
pendek betol percutian nih. betol2 cam vampire bleh laju2 ke mana2.. hahahha
ReplyDeleteEly:
DeleteHaah ni pegi riki je dulu wakakaka. I like vampire.
ramai pulak gadis2 comel.. aku nk gambar diaorg ni lebih sket kat post blog ye.. kim salam jugak..
ReplyDeleteCawan;
DeleteƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ mau ka? Semua tu single minggle lagi tau hahhaha . Tunggu!
Perth mmg menarek dan seronok... saya dah 2 kali sampai, 2012 & 2014.. nak pegi lagi... Dari Perth City, Albany, Margaret River, Walpole, Augusta, Busselton, Fremantle hingga ke Pinnacles saya explore dlm masa 5 hari, drive sendiri... rasa cam tk nak balik...
ReplyDelete