2012-06-27

Perghhh Its Perth! Part 8 : Kaili's Fish 'N' Chips And Going Back To Malaysia

Assalammualaikum!

[ Sambungan dari SINI ]

Ok ini merupakan bahagian terakhir kes pengembaraan secara rahsia ke Perth (huh rahsia la sangat padahal siap canang satu blog semua orang boleh baca!). Kembalilah kami dari Busselton Jetty dengan penuh kesedihan, maklumlah nak meninggalkan tempat yang cantik yang susah nak jumpa lagi lepas ni ye dak? #drama sungguh.


Dari Busselton Jetty, kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki beratus-ratus kilometer lagi  (219 km) menuju ke Fremantle. Niat untuk bershopping masih menebal, malah ada lagi yang tak habis-habis duitnya nak ditaburkan ke bumi Kangaroo ni (bertabahlah kepada sesiapa yang membacanya). Kami tiba di Fremantle dalam jam 4 petang, masa tu pon dah sipi-sipi nak gelap, nak masuk maghrib. Gigih kami park kereta di tepi jalan berseblahan stesen keretapi berdekatan dengan E Shed Market (rujuk Part 2, entry di Perth aku sebelum ini). Bayaran untuk letak kereta di tepi jalan tu adalan AUD 1. Sementara yang lain terus menjengah E Shed Market, aku pulak terus ke pejabat pos untuk poskan semua poskad yang dah ditulis untuk kengkawan kat Malaysia. Heheh entah bilelah pulak aku suka pos-pos poskad nikan, mungkin sejak banyak terima poskad dari rakan #Travelholicawesome yang lain kot. Lokasi pejabat pos pon tak jauh dari stesen keretapi tersebut, kalau jalan kaki cuma mengambil masa 5 minit sahaja.



Lepas dah setel campakkan poskad semua ke dalam tong pos, aku pon terus menuju ke E Shed Market, nak tengok-tengok apa yang boleh dibeli. Sedih je sebab duit masa tu tinggal beberapa belas AUD pulak tu, cukup-cukup tambang nak pergi airport dan makan malam je. Hahaha #drama lagi. Kami menghabiskan masa selama dua jam kat E Shed Market tu, bukan aku yang beria shopping, tapi ada orang lain kekeke. Sementara diorang shopping, aku pon lepak-lepak je tepi laut tengok live band. Ha jangan main-main, ada live band okay petang-petang tu, sambil menikmati sunset lagi.


Dah habis shopping, kami pon berlegar-legar sekitar Fremantle untuk cari dinner. Akhirnya jumpa jugak dengan lokasi Fish 'N' Chips yang dikatakan sangat popular tu. Ye ke popular? Entahle sebab semua yang pegi Fremantle kata jangan lupa cuba makan Fish 'N' Chip kat dua restoran ni iaitu Kaili's dan Cicerelos. Lokasinya terletak tidak jauh dari E Shed Market dan betul-betul di tepi laut. Pepandailah korang pilih nak makan kat kedai yang mana. Kami pon hentam je pegi kat mana yang rasa macam ramai orang (kengkonon ramai orang tu sedap le). Jadi kami memilih Kaili's sebagai destinasi dinner kami. Hadoi seumur hidup tak penah teringin pon nak makan Fish 'N' Chip, tetiba kat sini boleh la pulak nak makan kan....belasah jela sebab dah sampai.


Kami order Fish 'N' Chip sorang satu, siap ada jugak yang order tambahan makanan-makanan lain. Giler la portion dia sangat besar hinggakan satu meal plate tu boleh kongsi dua orang! Eh silap, dia bukan serve dalam pinggan tapi dalam kotak. Cara nak order, kena pergi kaunter dan nyatakan korang nak makan apa. Then bayar la harga makanan tu, kemudian kita akan diberi pager mengikut nombor giliran. dalam masa 10 minit pager tersebut akan berbunyi menandakan makanan dah siap dan kita boleh pergi ambik kat kaunter. Senang kan! 

Gambar Ihsan Hang Dhamin
Gambar Ihsan Hang Dhamin


Masa kami sampai tu pon dah pukul 7 malam, dan orang pon agak ramai yang tengah dinner kat situ. Sejuk-sejuk tu memang sedap je la apa yang dimakan. Banyak jugak aku tengok orang Malaysia (I guess) yang makan kat situ. 


Gambar Ihsan Hang Dhamin


Dah habis makan, kami bergegas ke kereta dan berangkat menuju ke Perth City. Kalau ikutkan, kami kena pulangkan semula kereta paling lewat pon pada jam 7 malam, tapi kami dah pesan awal-awal kat tokey sewa kereta yang kami  mungkin akan pulangkan kereta lewat. Jadi kami perlu singgah di YHA Backpackers Hostel dulu untuk check in dan meletakkan barang-barang yang banyak tu. Kami sempat menghubungi Haji Yon, dan beliau berjanji akan menunggu kami di tempat sewa kereta tempoh hari. Sungguh baik tuan Haji Yon tu. Jasamu dikenang.

Kami tiba di tempat sewa kereta dalam jam 8.30 malam. Masa tu memang tempat sewa kereta tu tutup, jadi kami memulangkan kunci kereta di stesen minyak bersebelahan tempat sewa kereta seperti yang dinyatakan di dalam dokumen perjanjian. Mudah je, bagi kunci kat orang yang jaga stesen minyak tu dan, boleh la balik.  Haji Yon menghantar kami semua pulang ke YHA Backpackers Hostel dan meminta kami berehat. Katanya dia akan menjemput kami semula pada jam 3.30 pagi untuk menghantar kami ke airport. Aduh terharu sungguh dengan jasa yang dicurahkan oleh Haji Yon. 

YHA Backpackers Hostel ni sangat besar dan terletak di dalam Perth City. Masa kami sampai tu, memang agak ramai yang menghuni kat situ, boleh dikatakan macam-macam negara ada lah. Harga untuk satu kepala adalah AUD 36 per person dan biliknya agak selesa. 

Kalau nak book YHA Backpackers Hostel ni boleh book secara online kat sini ---> http://www.yha.com.au/  



Jam 3.30 pagi, Haji Yon dah sampai di hostel. Maka bermulalah drama air mata, nak meninggalkan bumi Perth. Pesan Haji Yon, janganla lupakan dia, kalau nak datang bekerja kat Perth pon boleh katanya. Wah! Bekerja kat Perth??? menarik bunyinya kekeke. 

Penerbangan kami ke Malaysia adalah pada jam 6.50 pagi. Perjalanan mengambil masa 5 jam setengah dan kami tiba di LCCT pada jam 1.30 petang. Jejak je tayar kapalterbang kat airport, tak sempat nak keluar flight lagi bos aku dah telepon. Haish tepaksalah aku masuk opis terus dari airport. Gigih tak?  

Begitulah kisah percutian cacamarba aku ke Perth. InsyaAllah aku tak serik. Mudah-mudahan ada lagi rezeki aku nak menakluk dunia.

WASSALAM.

29 comments:

  1. wahhh
    ada satu gambar tuh macam kawen 4 aje ????
    hahahaha
    (opss,,,heheh)

    sila bagi no phone Hj Yon..akak berminat dgn ayat : keje di Perth ...

    mcm bestt aje...(jgn bagitau danny)

    ReplyDelete
  2. nak keje kat perth gak la! *sibuk*

    mengapa banyak gambar ihsan di entry ini wahai saudara? tidakkah anda menangkap gambar juga?

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  3. sungguh terharu hati bace entry nie..sebab sedih kawan2 nak balik dah tinggal kami terkontang kanting keesokannye !

    ReplyDelete
  4. pecah la sudah rahsia itu. terima kasih atas pemberian poskad. dgr cite ada tmpt rahsia nk pg next week. poskad jgn dilupa. magnet lagik bagus. nak duit kah? jgn bgtau sesapa. rahsia tau

    ReplyDelete
  5. Kak Anash:

    Gambo kawen empat? sungguh tinggi imaginasimu akak. hahahahaa

    nak no pon hajiyon ke? ke nak jadi calon nantu? kekekeke

    ReplyDelete
  6. Biqque:

    Sila la biqque keje kat sana, bleh la aku dtg melawat tetiap bulan!

    Gambo ihsan ada 3 je la hahaha..sebab kemera aku time tu dah kong baterinya.

    ReplyDelete
  7. HD:

    Terharu mengenangkan kisah lalu...kekeke

    Terkontang kantingkah? hahaha

    ReplyDelete
  8. Kakak Santek:

    Pecah rahsia??? Rahsia apakah? kekeke

    Tempat rahsia hanyalah di dalam Malaysia kekeke. Takde maknanya nak poskad2 kekeke.

    Nak bagi duit?? OMAIII i lebiula kakak Santek!

    ReplyDelete
  9. Aku rasa minggu ni aku nk bbq ikan makan kt mana2 jeti ler..boleh feeling cam makan fish n chips kt Perth..(apa kene mengena?)

    Aku p ostolia 2 kali, makan fish n chip kt kedai je..sedihhhhhh

    ReplyDelete
  10. ya Allah sedapnyer naaaaaaaa bbq ikan! slurp! siut la...

    aku pi ostolia makan fish n chip kongsi jer...lagi sedih...

    ReplyDelete
  11. err..tajuk fish and chips..mane gambonye? hehe..

    sunset tepi jetty, makan fish & chips..bestnyeeee...

    ReplyDelete
  12. bestnya... saya suka travel... suami tak suka... sekian... =)

    ReplyDelete
  13. next time p sane lg..ajak ler aku k...nk gak jenjln p obersee...asik duk msia jer ..nk gak berangan ala² berasal dr sane...(nk start menabung duit 50sen ni nk buat tambang kapal)

    Yang benar
    mIE00w

    ReplyDelete
  14. BlueEwoke:-

    Jom pi bbq kat jety jom!!!!Pulau Indah

    ReplyDelete
  15. Biqque:

    Kekeke kongsi pon kenyang kannnnnnnn

    ReplyDelete
  16. Dzuchan:

    Gambonya boleh tengok sipi2 je ye...kemera aku abes beteri di hari kejadian

    ReplyDelete
  17. Puan Bunga Tulip:

    Sila hasut suami pg travel hehehe

    ReplyDelete
  18. Cik Kucing:

    Kalo kenal boleh la ajak hahaha.
    Mak saya pesan " Dont talk to stranger"

    ReplyDelete
  19. Assalam to brothers & sisters.
    Just to share something is good for muslim people
    if u come to perth and wanted to taste fish & chips @ fremantle. Please do come to Kailis. Cicerello they do mix animal oil up for cooking. :)

    ReplyDelete
  20. Oz family store:

    Thank you for your info ;)

    ReplyDelete
  21. No worries. Byk pilihan mknanan halal di sini. Bole check kt this website http://www.halalsquare.com.au/perth/ :)

    ReplyDelete
  22. OZ Family Store:

    OK thanks again. :)

    ReplyDelete
  23. salam.. camne nak contact homestay haji yon yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye Hj Yon sudah tidak boleh dihubungi

      Delete
  24. Boleh bagi no. tel dan emel hj. yon? rodziana85@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
  25. hai encik janggel, this is the best story yang i eve read pasal travelling to perth... 4 days.. but u got 8 entry! bavo! deatail semuanya.. btw apa nam instagram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nadia,

      Dah habis baca semua ke? Hahaha thanks ye sebab sudi baca. Follow lah IG saya 'ITSRENJER'

      Delete
  26. Salam, boleh tak klu sy dapatkn contact number haji yon? Tq in advance

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS