Assalammualaikum!!!
Sepanjang aku hidup kat Malaysia ni, aku tak pernah masuk ke dalam tempat ni. Dari dulu sampai sekarang cuma mampu lalu lalang je depan pintu masuk nya dan sekali sekala nampakla orang ramai sibuk bergambar dengan askar berkuda di kiri dan kanan pintu pagar utama. Tapi itu dulu, ketika Istana Negara Lama masih berfungsi sebagai Istana Negara. Sekarang tidak lagi, selepas Istana Negara yang baru siap dibina dan dibuka sepenuhnya di Jalan Duta. Alhamdulillah, sejak daripada itu, Istana Negara lama kini dibuka untuk kunjungan orang ramai. Dan yang paling penting, inilah julung-julung kalinya aku dapat menjejakkan kaki ke dalam bangunan yang sungguh bersejarah ini.
Awal-awal pagi aku dah terpacak depan pagar Istana tu, tunggu si Danny yang katanya nak sampai awal. Masa tu dah ada sorang makcik dan pakcik yang sungguh bersemangat tunggu pintu Istana dibuka. Kagum jugak la dengan semangat pakcik dan makcik tu, gigih diorang bergambar di sekitar perkarangan hadapan pintu masuk Istana tu. Dalam hati aku menjangkakan yang pakcik dan makcik tu datang dari jauh kot.
Kaunter Pendaftaran Pengunjung. |
Laluan masuk ke Istana Negara Lama |
Bangunan Istana Negara Lama |
Kalau diikutkan, pameran Raja Kita di Istana Negara lama ni berlangsung sehingga 15 Jun 2012, maksudnya memang tak berpeluangla aku nak pergi. Tapi bila cek semula dalam laman web Jabatan Muzium Malaysia, didapati tempoh pameran dilanjutkan sehingga 31 Disember 2012!!!! Yes, merasa jugak aku masuk istana ni.
Nota : Bangunan ini pada asalnya sebuah rumah agam yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957. Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000 untuk menjadikannya sebagai istana yang sesuai untuk kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.Istana ini digunakan secara rasmi sehingga 15 November 2011 apabila seisi istana berpindah ke Kompleks Istana Negara Jalan Duta. - Sumber google
Secara keseluruhannya, pameran di dalam bangunan Istana Negara lama ini merangkumi sejarah ketuanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan salah silah Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdul Halim yang baru ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-14 baru-baru ini. Memang menarik jugak la bila baca dan lihat sendiri alat-alat kebesaran di Raja yang kita tak akan dapat lihat di mana-mana sebelum ini.
Kisah hidup Sultan Abdul Halim dan keluarga baginda pun dipaparkan di dalam pameran ini. Memang menarik sebab aku paling suka bila dapat tahu yang baginda juga amat meminati bidang fotografi!!!! Wow aku suka!
Ok kepada sesiapa yang berminat nak mengunjungi Pameran Raja Kita di Istana Negara lama ni, bolehlah datang ke sini. Bawaklah anak-anak anda sebab memang bagus untuk kita tahu pasal sistem Raja Berpelembagaan kita.
Kemera-kemera antik milik Tuanku |
Pelanduk Putih |
Cop Mohor DiRaja |
Alam muzik Nobat. |
Suka tengok pakaian Anakanda Tuanku ni, macam Serikandi Melayu gituhhh. ;P |
Antara pengunjung yang hadir. |
Pamera dibuka setiap hari pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma. Bayaran sebanyak RM 3.00 dikenakan untuk membawa masuk kemera.
Ok nanti aku sambung pasal pameran lain yang turut berlangsung di Istana Negara Lama.
Paling suka gambar ni! Lawa! |
WASSALAM.
gambar last paling cun! aku suka gilerr!!!
ReplyDeleteDanny:
DeleteKannn! Nampak klasik sangat gambar tu.
Hmmm menarik.. gambar sapa yg last tu??
ReplyDeleteBlueEwoke:
DeleteTu gambar Sultan Abdul Halim kat dalam mini zoo dia di Istana Anak Bukit. Cool giler!
aritu ingat nak masuk dah...tapi ktorang pi birdpark plak.
ReplyDeletefefeeling raja tak? hahaha!
Biique:
DeleteTakpe biqque masih ada masa untuk fefiling Raja kekekke.
wow...
ReplyDeletesaya pun nak join la group jenjalan nih, bole?
Kak Anash:
DeleteNak kena celup muka kat singki philea ke?
nampaknya menarik gak ni..harus kubawa anak2 kalau dah tadok tempat nak gii :)
ReplyDeletetade bayaran ek?
Smiley:
DeleteMasuk adalah percuma. Silalah datang! Haha dah macam penjaga istana pulak aku ni.
hahahaahah...
ReplyDeleteganas tuh!!! hehheeheheh
Thanks for the info..so sekarang aku dah teringin nak pegi...
ReplyDeletenasib baik dekat je :-)
..balik cuti nanti nak singgah sana.....good info...tq!
ReplyDeleteKak Anash:
ReplyDeleteHa jangan memain! AWAS! Hahaha
dzuchan:
ReplyDeleteYa memang menarik kepada sesiapa yang suka sejarah. datang la bawak budak2 pon ok.
hehehe.
Rush Murad:
ReplyDeletesekadar berkongsi apa yg ada. heheh . welcome.