2013-04-02

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 8) : Surabaya

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan daripada Episode 7: Masjid Muhamad Cheng Ho ]

Ok, semalam bile dah sampai je ke Surabaya, kami terus check-in kat sebuah hostel yang bagi aku cukup cozy dan sedap mata memandang. Nama hostel ni adalah Krowi Inn yang terletak di Jl. Ciliwung 66, Surabaya Centre, Surabaya, Indonesia. Sebenarnya aku dah booking siap-siap hostel ni masa di Malaysia lagi, sebab memang dah tahu, penginapan di Surabaya untuk hari pertama dan hari terakhir kena urus sendiri, ia tak termasuk dalam pakej pak Wawan.

Harga penginapan untuk satu malam adalah IDR112 500 untuk satu kepala (kira murah jugak la, tak sampai pon RM 70. Dah setel urusan check-in dan mandi manda, kami pon keluar semula untuk cari makan malam. Masa ni urusan kami dengan Pak Hafidz dah habis, duit pon dah di bayar. Maka terpaksalah kami terkontang-kanting sendirian di Surabaya.

OMG tinggi giler tau nak manjat katil ni, macam duduk atas almari je rasanya.
Ruang tamu yang simple
Reception counter, dan owner hostel ni adalah seorang berbangsa Cina Indonesia.. :) - Pinjam gambar John
Laluan ke bilik air dari dalam bilik.
Kami berjalan kaki menuju ke sebuah shopping mall yang agak besar dan meriah yang terletak tak jauh dari Krowi Inn tu. Nama shopping mall tu adalah Surabaya Town Square. Memang agak ramai jugak la muda-mudi yang melepak kat situ. Puas dah pusing-pusing cari kedai makan yang sesuai dengan tekak, akhirnya kami pasrah dan redha je makan kat sebuah restoran yang ada jual makanan alacart macam nasik goreng, mee goreng dan sebagainya. Layan je la makan malam kat situ. Perjalanan kaki dari hostel ke mall tu mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit kot, ikut kadar kelembapan korang berjalan la.

Keesokan harinya, kami hanya ada setengah hari je kalau nak meronda-ronda di Surabaya. Jadi berdasarkan kajian yang kononnya di buat oleh MasMZ (kan dia gigih travel kat Indonesia seminggu sebelum kami ke sini), kami akan menuju ke Plaza Jembatan Merah. Aku pon tak tau ada apa kat situ, follow je, sebab memang aku takde buat apa-apa research berkaitan. Maka gigih la berjalan kaki dari hostel menuju ke jalan besar, tak jauh pon jalan besar tu, dalam 200-300 meter je.

Ni rupa hostel Krowi Inn waktu siang, dia sebenarnya adalah sebuah rumah banglow.
Di pertengahan jalan, kami singgah sekejap kat sebuah pejabat pos mini yang memang kebetulan ada di lorong yang sama dengan hostel tempat kami menginap. Alhamdulillah, boleh la pos postcard pada kengkawan ye dak! Apa lagi, operasi menampal setem pon bermula la. Tak silap aku, sekeping poscard kena lekat setem bernilai IDR 16,000 kot? entahle aku pon dah lupe la. Tak sempat nak belek balik poscard kat rumah tu. Hehehe.

Terjumpa pejabat pos mini! Yeay
Tansree Datin Coco sedang membeli setem.
Tadaaaaaa jom menampal setem!
berjalan kaki menuju ke jalan besar.
Tengah menunggu angkut kat tepi jalan.
Kami menaiki angkutan (van mini) untuk ke Jembatan Merah. Tambang angkutan rata-rata adalah IDR 3000 untuk sekali naik. Aku tak sure tambang tu flat rate atau berbeda mengikut destinasi. Tapi seronok jugak naik angkut ni, sebab bercampur dengan masyarakat setempat sambil-sambil diorang tengok kite semacam je hehehe.


Masa tu jugak la hujan turun, lebat juga la, habis banjir beberapa kawasan kat bandar tu, tapi alhamdulillah takde la banjir teruk sangat. Still boleh lalu lagi. Beberapa minit menaiki angkut, akhirnya sampailah kami ke Jembatan Merah, sebenarnya jambatan merah ni adalah nama tempat kot, ada Plaza Jembatan Merah dan ada jambatan berwarna merah yang menghubungkan bandar dan China Town. Tapi kami tak sempat nak singgah kat China Town tu sebab mengejar masa, cuaca pulak sangatla panas waima selepas hujan.

Tetibe pulak banjir.
Tu diaaaaa...
berjalan lagi menuju ke Jembatan Merah
Jambatan Merah, China Town yang kat hujung tu nampak bumbung kaler hijau tu.
Atas Jambatan Merah

Kemudian masuk pulak dalam plaza mall tu, tengok apa yang ada, ye macam-macam pakaian dan keperluan tatarias diri ada dijual kat situ...dan harganya boleh tahan murah. Sempat le beli beberapa barang sebelum balik. Untuk pengetahuan, terletak berdekatan dengan Plaza Jembatan Merah tu terletak House of Sempoerna, tempat buat dan jual rokok kretek yang digulung pakai tangan. Tapi, sekali lagi kami takde rezeki nak ke situ, sebab tersesat, lalu terus balik ke hostel untuk ambik barang dan naik teksi menuju ke lapangan terbang.

Plaza Jembatan Merah
Antara yang ada kat dalam plaza tu.
Lunch dulu kat tepi hostel je kedai ni.
Macam biasa....
Sepatutnya, kapal terbang kami akan balik ke KL pada jam 3 lebih, tapi delayed 2 jam sampai le dekat pukul 6 petang baru kami bertolak. Merasa la makan nasik bungkus free, tajaan AirAsia hehhe. Kat airport jugak kami beli FM dan Keychain sebab tak sempat nak beli kat tempat lain. Airport tax adalah IDR 150,000 seorang.

Naik teksi ke Airport IDR 90,000.
Dah sampai airport!
Gigih benor eh... gejet sekeliling!!!!
Dapat makan free sebab flight delayed!
Maka tamatlah sudah kisah menjelajah ke Jawa Timur, walaupon tak secara menyeluruh dan dalam tempoh yang singkat, tapi pengalaman yang aku rasai tu sangat berharga! Mana nak dapat panjat 2 buah gunung berapi dalam masa 3 hari weh? Ada? Hahahaha. Ok la, semoga terhibur dengan coretan tak seberapa aku ni, dan mana yang boleh dijadikan rujukan tu, ambiklah, yang merepek meraban tu janganlah diikut ye.

Bertemu di kisah akan datang okay!

WASSALAM.

20 comments:

  1. hahaha weh gmbr dari kamera compact ko dh amek ke blom? nape aku rasa mcm aku takde copy gmbr yg kita dlm teksi ke airport tu.

    katil tu giler tinggi mmg betol ko ckp mcm tido atas almari! HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. John;

      Masa dalam teksi tu aku amik gambo pakai henpon le.

      Delete
  2. bestnye! next time nk jugak poskad tu pelissssss hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceklala:

      Mau poskad kalu, address kasi mari ;)

      Delete
  3. bukan kering kontang ke situ janggel, camne pulak boleh banjir...ahaha, aku pun harap flight delayed jugaklah time balik, dapat makan free :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga;

      Hahaha entahle, benda dah nak jadi....
      Ha apa lagi sila doa flight ko delay 2 jam

      Delete
  4. haritu kami pun dpt makanan free sbb flight delay dari epot adisujipto..

    masa kat surabaya aku lalu kat sebijik jambatan kaler merah, aku ingat tulah jambatan merah, sekali bukan rupenye (tu pun tau lepas baca entry ni haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan;

      Oo dapat jugak ye hahhaha
      Haaa banyak jambatan merah ye kekeke

      Delete
  5. bersepah muka akak weh!!!!
    maluuu
    maluuuuuu...
    (tapi mau???)
    hahahah

    iya la
    pesal gambar terakhir 4 org tu akak pun tak de copy???

    heheh..
    dah abis pun? ish..akak kena cepat jugak abiskan enrty...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash;

      Eleh malu kunun!!!! Nyampah.
      Ye sila habiskan cepat! Kekekkee

      Delete
  6. airport tax indon tu mmg dh naik harga ke? januari aritu g medan 75k je, tp kt jakarta last month kena 150k pulak..isk3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurizyan:

      Epot tax di indonesia adalah berbeda2 mengikut epot.

      Delete
  7. nanti nak poskad gak hahahah... nanti aku balas dari afrika :D

    ReplyDelete
  8. Time Traveler Boy:

    Nak Poskad dari South Africa ples!!! Ya Allah aku mmg dah lama ngidam nak minum petang atas table mountain tu.

    Bak mai alamat nanti aku kirimkan posekad kat ko.

    ReplyDelete
  9. Jarimanis:

    Hahha la , lawa kekeke :)

    ReplyDelete
  10. Alamak...!!!! sorry sesangat... aku baru jer kuar dari south africa for good last 3 weeks... sekarang tengah travel dekat europe.. kalau nak poskad dari europe boleh la aku send.. huhuhuuu...

    tengah travel jarang ada masa nak berblogging kat blog kengkawan.. :P

    tolong inbox alamat tuan di :
    timetravelafif@gmail.com
    afif_salleh@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  11. Time treveler boy:

    Oh ko dah tinggalkan SA la yer... uuhuhu xpe la blom kesempatan dpt poskad SA.

    Nnti aku pm address aku kat ko. Hehe. Slmt bertravel ke europe!

    ReplyDelete
  12. oh aku still ade poskad SA.. so apa kata aku send poskad SA tapi guna setem london? hahahaa.. kira macam 2 in 1 la hahahaaa.... :D

    ReplyDelete
  13. TTB:

    Oh ada lagi poskad SA! Nak nak hahah (gile tak malu aku ni meminta2).
    Pakai setem London pon london laaaa. Eh london ke? Hahahah

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS