Assalammualaikum!
Bahagian 2...
Salam... aku masih dalam mood cuti la. Tak semangat langsung nak kerja, tapi memandangkan banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan aku gagahkan jugak kaki ni masuk opis walaupun hati masih ada kat Mekah.. (wah!!!). Huhuhu seriusly I miss both of Tanah Haram (Mekah n Madinah).
Selesai hari pertama merehatkan diri sambil beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, sempat juga kami pergi bersiar-siar di sekitar kawasan Masjid Nabawi yang terdapat banyak kedai-kedai jualan pelbagai jenis barangan. Wah kagum betol, segala bangsa Arab ada kat sini, dan yang paling aku kagum, they all can speak Malay!!!! Mak aku cakap, sebab di sana sudah ramai orang Indo dan Bangla yang bekerja, so Bahasa Melayu is quite familiar dengan diorang. Alhamdulillah..senang kami nak shopping!!! hehehe.
Hari ke dua, kami dibawa menziarah di kawasan Masjid Nabawi oleh Ustaz Khairi, Ustaz yang mengetuai rombongan umrah kami. Firstly, kami berjalan beramai-ramai menuju ke Perkuburan Baqi' (sebutannya Bakek). Di situlah tempat persemadian kebanyakan penduduk Madinah dan sebahagian besar ahli keluarga Rasullullah dan juga para sahabat dikebumikan. Jemaah wanita tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan perkuburan, jadi hamnya jemaah lelaki sahaja yang masuk. Di situ juga bersemadinya jasad Usman Bin Affan, Khalifah dan sahabat Rasullullah. Ada sejarah disebalik persemadiannya di situ.
Selepas selesai menziarah perkuburan Baqi', kami dibawa pula menziarah makam Rasullullah. Alhamdulillah, dapat juga aku menyampaikan salam kepada Baginda Rasul dan salam teman-teman juga kusampaikan kepada baginda. Terasa insaf diri ini bile berada di hadapan makam dan berselawat ke atas Baginda. Selesai menziarah makam, gue berpeluang bersolat hajat di dalam Raudhah (Rumah Siti Aishah di mana Makam Baginda Rasul dikebumikan. Walaupun keadaan sesak, alhamdulillah, aku berjaya menyelitkan diri untuk bersujud memohon keberkatan dari-Nya. Waktu tengah berselawat dan menyampaikan salam tetibe ada sorang pakcik Arab datang dan memimpin kami (aku dah terpisah dari rombongan) berselawat dan berdoa depan makam nabi...lepas habis tu dia mintak duit. Haish pelik rasanya. Aku tak sempat nak bagi duit 1 riyal kat dia sebab dia dah hilang. Subhanallah...
Hari kedua tidak banyak tempat yang dilawati, jadi berulang alik dari hotel ke masjid memenuhi waktu-waktu solat. Tapi sambil-sambil tu, sempat jugak singgah ke kedai -kedai di kaki-kaki lima untuk bershopping! heheheh. Rezeki saudara-mara di Malaysia.
Hari ketiga pulak, perjalan agak jauh, kami dibawa menziarah Masjid Quba' (sebutannya Kubak), masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah dalam penghijrahannya ke Kota Madinah. Masjid putih ini tersergam indah dengan dua menara tinggi yang melambangkan keagungannya. Subhanallah...
Selesai menziarah Masjid Quba', kami dibawa pula melawat kebun kurma (ladang kurma). Hahahah ni la masa yang paling baik untuk membeli kurma. Tika ini, di negara arab sedang mengalami musim panas, dan musim panas adalah masa yang paling baik untuk buah kurma. Memang banyak pokok-pokok kurma yang hidup subur di Madinah. Dan, kurma Madinah adalah kurma yang terbaik di dunia! Apa lagi, shopping!!!!
Selesai ke kebun kurma, kami dibawa pula menlawat tapak perkampungan Yahuddi di pinggir bandar Madinah. Dah takda orang tinggal kat situ. Yang ada hanyalah tapak-tapak istana dan bekas telaga Yahuddi yang dah tak terjaga. Memang dasar kerajaan Arab Saudi untuk tidak membangunkan kawasan tersebut. Sejarahnya, di situlah tempat orang-orang Yahuddi merancang untuk membunuh Baginda Rasul dengan menjatuhkan batu besar. Namun Jibril lebih pantas menyebarkan berita itu ke telinga Baginda, lalu baginda mengusir semua puak Yahuddi keluar dari Kota Madinah.
Kemudian, kami dibawa ke Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat). Tak jauh pun dari perkampungan Yahuddi tadi. Sejarahnya, di situlah ketika nabi sedang mengerjakan solat, Allah SWT menurunkan perintah menukar kiblat daripada Baitul Muqaddis ke Kaabah di Mekah.
Penutup kepada ziarah kami pada hari itu, kami dibawa ke Pasar Kurma yang terletak di tengah-tengah bandar Madinah. Memang banyak betol kurma kat sana, macam-macam jenis dan macam - macam harga!. Shopping lagi...
Hmm penat jugak la berjalan sambil mengenang kembalik sejarah Baginda Rasul yang ada di antaranya belum pernah gue dengar. Alhamdulillah, bertambah juga ilmu pengetahuan. Esoknya ada cerita lagi menarik!! ...to be continued....
|
Perkarangan Masjid Nabawi. |
|
Perkarangan Masjid Nabawi di waktu pagi.Jam lebih kurang pukul 7.00 pagi selepas solat subuh kami kebiasaannya akan balik ke hotel dan merayau-rayau di kedai -kedai di sekitar masjid. |
|
|
Sepanjang kaki lima Masjid Nabawi. |
|
|
|
|
Tanah Perkuburan Baqi' merupakan yang tertua di Madinah. |
|
Masjid Qiblatain. |
|
Di hadapan Masjid Qiblatain |
|
Peniaga di kaki lima sekitar Masjid Qiblatain. |
|
Lagi peniaga kaki lima |
|
Yang ni aku tak sure masjid apa, sebab aku nampak dari dalam bas je. |
|
Pokok Kurma |
|
Pasar kurma di Madinah. |
|
Kawasan perkuburan di hadapan Jabal Uhud. |
|
Lagi peniaga kaki lima |
|
Bukit Terbakar |
|
Di atas timbunan batu terbakar |
|
Bukit Magnet. |
|
Pemandangan di Bukit Magnet. |
|
Perkampungan Yahuddi di pinggir bandar Madinah. |
|
Lagi pasar kurma. |
|
Deretan kedai di sekitar bandar Madinah |
Antara Kedai yang terdapat sepanjang jalan ke Masjid Nabawi
Seronoknya dpt peluang ke tanah suci
ReplyDeletealhamdulillah
::Aleeya:: Yup..alhamdulillah dapat peluang pergi sana. Terasa macam nak pegi lagi...
ReplyDeletegambar kat sini macam ustaz sudah~
ReplyDeletegerun tgk kubur itu~
Hahahahaha memang ustazkah??? Ha tu tandanya banyak dosa hahahahahah tengok la kuboq tu lelama.
ReplyDeletethanks bg link ni...
ReplyDeleteaku tak smpai lagi kat bkt magnet tu, perkampungan yahudi, pasar kurma yg ke-2 & bukit terbakar tu pun aku tak pi..isk...sedeh tul..aku kena dtg lagi ni...aku biasa jgk dgr psl bukit magnet tu tp pasal bukit hitam terbakar tu baru ni aku tau..iskk...untung hang dah sampai. tapi awat p buat tanda "pis" kat situ...lorat la hang ni..hahaha
tp ms hang p bukit uhud tu nmpk mcm lengang la plak..time aku p aritu ramai tul org
Fatt :
ReplyDeleteWelcome.
Oh ko tak pnah pg lagi yer. Insyaallah ada rezeki ko nanti.
Aku tak buat pis la fatt aku buat thumbs up heheeheh. Sebenarnya tak boleh ke?