2009-09-01

Merdeka di Bulan Ramadhan : 52 Tahun Sudah...

Lagi kat sini..

Alhamdulillah
sudah masuk fasa ke dua bulan Ramadhan tahun ini. Dah sebelas hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Sepanjang seminggu berpuasa, memang agak slow sikit la nak perjalanan hidup sehari-hari tapi bukan bermakna tak produktif langsung, kerja kat opis still bertambah-tambah di luar jangka.

Istimewanya Ramadhan tahun ini adalah, seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 52! Alhamdulillah, jarang-jarang sekali kita dapat menyambut kemerdekaan sebegini. Tahun ni pon, sambutan kemerdekaan tidak diadakan langsung bagi menghormati bulan Ramadhan. Rasa pelik juga semalam, bila buka TV pagi-pagi, takde pulak perarakan hari merdeka dan sebagainya seperti yang dijalankan saban tahun. Tapi tidak bermakna kita tidak melupakan hari kemerdekaan itu. Kemerdekaan itu WAJIB diingati oleh seluruh Masyarakat Malaysia, tentang perjuangan datuk nenek dan para pejuang satu ketika dahulu setelah negara kita di jajah lebih 446 tahun oleh kuasa luar. Apa yang penting adalah semangat meraikan kemerdekaan itu di bulan Ramadhan ini. Kita still boleh mengibarkan Jalur Gemilang, masih boleh mendengar lagu-lagu patriotik dan masih boleh membaca sejarah. Semua itu adalah sebahagian dari meraikan kemerdekaan. Nak tahu berapa lama negara kita pernah dijajah oleh kuasa luar? Aku mahu berkongsi sedikit fakta:
  1. Penjajahan Portugis selama 130 Tahun (24 Ogos 1511 hingga 16 Januari 1641)
  2. Penjajahan Belanda selama 183 Tahun (16 Januari 1641 hingga 20 Mac 1824)
  3. Penjajahan British selama 117 Tahun (20 Mac 1824 hingga - 1941)
  4. Penjajahan Jepun selama 4 Tahun (1941 hingga 1945)
  5. Penjajahan British semula selama 12 Tahun (1945 hingga 1957)
  6. MERDEKA (31 Ogos 1957)
Ok tak mahu cerita panjang pasal Kemerdekaan. Berbalik semula pada kehidupan sehari-hari aku di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah, cuti panjang hujung minggu lalu, aku berkesempatan pulang ke kampung. Lama pulak rasanya tak menjenguk ayah ibu di kampung, berbuka puasa bersama keluarga, memang best! Tak seperti berbuka puasa di KL, hampeh, makan pon beli untuk sendiri-sendiri..tak meriah langsung! Bila berpeluang balik kampung, barulah rasa kemeriahannya, berbuka puasa bersama keluarga, lauk pauk penuh satu meja! haaahhaah bukan selalu pon, sekali sekala aku dan abang sekeluarga pulang, mak aku pon bersungguh-sungguh la masak macam-macam! Alhamdulillah rezeki.

Sempat juga ke Pasar Ramadhan di kampung, tak seperti di KL, pengunjungnya tak la ramai, rata-rata ramai yang datang ke Pasar Ramadhan untuk membeli kuih muih sahaja. Ramai yang memasak sendiri di rumah, lebih sedap dan jimat!. Tapi ada satu yang menarik perhatian, tengok la ayam golek (gambar di bawah) dijual seekor RM 17 ! Mahal gilerrr! Setahu aku seekor ayam kalau beli kat pasar pon tak sampai la RM 8. Bila dah jadi ayam golek siap naik harga double! Hmmmm memang buat untung betol bulan Ramadhan nih. Kalu dulu, zaman-zaman aku di sekolah menengah dan Universiti, harga sekeping Murtabak adalah RM 1.50 saja, sekarang ni kalau pergi ke pasar Ramadhan, rata-rata dijual RM 2.50 ke RM3.50! Buat untung lagi...

Semalam pulak kenaikan harga minyak diumumkan. Aduh...tekanan.. takpelah ini semua ujian Allah. sabar je la.

Bulan Ramadhan juga aku berkesempatan berbuka puasa bersama kawan-kawan yang baru pulang ke Malaysia, lama tak jumpa. Bila dah jumpa, sampai terlepas terawih..huhuhuh (dushhhhhhh). Thanks to Jamal kerana membenarkan kedai makannya menjadi tempat berbuka puasa yang best. Dan thanks to Nuraisyam atas perbelanjaan makanan-makan itu. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Duduk di perantauan jarang dapat makan-makan sesedap ini kan?

Hmm hari ini, kehidupan diteruskan seperti sediakala..tiada lagi masakan ibu untuk berbuka. Adoi nasik bungkus lagi.. sabar... Semoga hari bahagia akan tiba ~ Amin.

LOGO Satu Malaysia...




Berbuka puasa bersama kengkawan.. At Nabil Tom Yam


2 comments:

  1. hai janggel..lama saya tak singgah sini. cakap pasal kemerdekaan, sekarang ni rata2 dah kurang semangat kemerdekaannya. tak tau la kenapa. entah la.. tapi memang makanan di pasar ramadhan tu mahal2 belaka. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. @saya

    Hai Saya.. lama gak tak berkunjung-kunjung nikan...
    Memang sekarang ni rata-rata semangat merdekanya telah kurang..
    Pasar Ramadahan dah tak ada yang murah dah skang ni...:(

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS