Janggeltrekker's Life

2025-02-05

THAILAND: Perkampungan Karen Long Neck (Chiang Mai)

Pagi itu, aku bangun dengan semangat yang luar biasa. Sebenarnya kami tak ada apa-apa plan yang spesifik bila di Chiang Mai ni, main redah dan google sahaja apa yang kami rasa berminat untuk pergi. So hari ini setelah berbincang antara aku, Eerie dan Umar, akhirnya kami memutuskan untuk ke Perkampungan Karen. Ye lucu bunyinya, tapi di situlah tempatnya keunikan suatu masyarakat tradisional yang masih wujud sehingga ke hari ini: Karen, Long Neck Village.

Lepas sarapan ringkas di hotel, kami bersiap untuk misi hari ini. Teksi yang kami sewa semalam tiba tepat pada masanya. Pemandunya, Pak Somchai, seorang lelaki pertengahan umur dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Ramah gila orangnya. Dia siap bercerita tentang Chiang Mai sepanjang perjalanan, macam GPS hidup versi tempatan.

“Kita akan lalu kawasan bukit sikit. Jalan berliku, tapi pemandangan cantik,” kata Pak Somchai sambil membelok ke jalan kecil yang dikelilingi kehijauan.

Sepanjang perjalanan, mata aku tak lepas dari menikmati panorama. Pokok-pokok hijau segar, sawah padi yang terbentang luas, dan gunung-ganang yang gagah berdiri. Udara pun bersih, rasa macam paru-paru aku dapat upgrade percuma.

Sampai je di perkampungan Karen Long Neck, suasana berubah. Rumah-rumah kayu sederhana berdiri megah di atas tanah merah. Kanak-kanak berlari riang, menyapa kami dengan senyuman tulus. Aku dapat rasa aura keaslian yang tak dibuat-buat.

Nak masuk ke Perkampungan Karen Long Neck? Okey, jom aku share sikit info harga:  

Tiket Masuk Biasa: Dalam lingkungan 500 - 700 Baht (lebih kurang RM65 - RM90). Harga ni dah termasuk sumbangan untuk komuniti setempat dan peluang nak borak-borak santai dengan orang suku Karen.  

Kalau Join Tour: Harga boleh naik sikit, dalam 1,000 - 1,500 Baht (RM130 - RM200), bergantung pada pakej. Biasanya dah termasuk transport dan makan tengah hari. Kadang-kadang, pakej ni siap bawa jalan-jalan ke tempat lain macam air terjun atau kampung suku lain. So, standby bajet dalam 500-700 Baht untuk tiket, plus sikit ekstra kalau nak shopping cenderamata atau join tour. 

Wanita Karen yang aku jumpa memang luar biasa. Leher mereka dihiasi gegelung emas yang berlapis-lapis, membuatkan leher kelihatan panjang dan anggun. Tapi jangan salah sangka, gegelung tu bukan untuk fesyen semata. Ia simbol tradisi dan identiti mereka.

Kebanyakan daripada mereka agak pemalu dan diam, kami hanya melihat mereka melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti menyulam manit, menjahit pakaian dan membuat barangan cenderamata untuk dijual kepada pengunjung. Tapi yang hairangnya, mana pergi kaum lelaki kat sini? Hahaha mungkin diorang keluar bekerja gamaknya.

Hari makin petang, tapi hati berat nak tinggalkan tempat ni. Perjalanan balik dalam teksi jadi lebih senyap, masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri. Aku termenung, merenung pelajaran tentang identiti, tradisi, dan erti sebenar keunikan.

WASSALAM.






Karen Long Neck Village, Chiang Mai - Februari 2024


2025-02-03

SWITZERLAND: Sepetang Di Promenade de la Treille, Geneva

Petang itu, aku duduk je kat bangku kayu panjang ni, sambil tangan pegang kopi panas yang baru beli dari kedai dekat-dekat sini. Tak ada rush, tak ada apa-apa nak kejar. Cuma duduk dan menikmati suasana petang yang semakin menghampiri senja. Tempat ni, Promenade de la Treille, memang best untuk chill kalau kau datang ke Geneva. Kalau kau datang dari Old Town, kau boleh terus jalan kaki je, nak ke sini. Lokasinya tak jauh dari Cité (area yang penuh dengan bangunan bersejarah) dan Saint Pierre Cathedral. Senang je nak cari.

Kat sini ada satu benda yang famous, iaitu bangku kayu terpanjang di dunia. Kalau kau nak tahu, bangku ni sepanjang lebih kurang 120 meter, dan bila duduk kat situ, rasa macam dunia berhenti sekejap. Kau boleh nampak pemandangan bandar Geneva yang cantik, dengan pokok-pokok chestnut yang berbuah, dan kalau matahari tengah terbenam, view dia memang magical.

Hari tu cuaca elok sangat, tak terlalu panas, tak terlalu sejuk. Angin ringan je, sejuk sikit, tapi still nyaman. Aku duduk je sambil tengok orang lalu-lalang, ada yang tengah jalan kaki, ada yang berbasikal. Geneva memang terkenal dengan suasana chill macam ni. Tak rush, tak gaduh. Orang pun santai je, ada yang berhenti untuk selfie, ada yang sambil jalan cakap-cakap dengan kawan. Aku suka tengok cara orang sini rileks, semuanya slow pace, tak tergesa-gesa.

Yang paling syok, kau boleh tengok pemandangan Lac Léman (tasik Geneva) dari sini. Kalau tak nampak sangat pun dari bangku, memang tak jauh, dan kalau kau jalan sikit lagi, boleh nampak tasik tu dari tepi. Kalau musim panas, tasik tu cantik gila, air dia tenang, kadang-kadang nampak orang nak mandi-manda atau naik bot.

Senja pun datang perlahan-lahan, langit berubah jadi merah jambu, lepas tu biru gelap. Aku duduk diam-diam je, menikmati kedamaian ni. Senja kat sini lain sikit, sebab langit dia macam bercampur-campur warna. Bila aku pandang, aku rasa macam semua benda jadi lebih jelas, takde tekanan, takde masalah. Hanya menikmati saat-saat tu. Memang kena sangat kalau kau nak tenangkan fikiran.

Promenade de la Treille ni tak ramai orang sangat, so kau boleh enjoy dengan lebih tenang. Lagi satu, kalau kau ada masa lebih, boleh jalan-jalan lagi ke sekitar kawasan Old Town Geneva. Ada banyak bangunan lama, kafe, dan kedai-kedai unik. Sebab tu aku rasa, tempat ni memang perfect kalau nak lari sekejap dari kesibukan hidup.

Lepas tu, aku pun bangun, berjalan perlahan keluar dari tempat tu. Cuma kali ni, kepala aku rasa lebih ringan. Tak perlu tergesa-gesa. Geneva memang tempat yang buat aku rasa tenang, dan Promenade de la Treille tu adalah salah satu spot favourite aku untuk lepak. Kalau kau nak datang sini, datang je, tak susah nak cari. Rasa macam masuk dunia lain sekejap, dengan udara segar dan pemandangan cantik.

Esoknya, aku berangkat pulang ke Malaysia.







Lac Leman - Jun 2022

2025-01-23

Kempen Visit Malaysia 2026: Maskot Beruang Matahari Yang Wow!

Bila dengar pasal kempen Visit Malaysia 2026 ni, terus rasa excited! Lagi best bila tahu maskot rasmi dia adalah beruang matahari yang beri nama Wira dan Manja, haiwan comel dan unik yang memang sinonim dengan Malaysia. Rasa macam keputusan ni sangat tepat sebab ia bukan saja menonjolkan keindahan biodiversiti negara, tapi juga ingatkan kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar.  

Beruang matahari ni rare tau, tak semua negara ada. Jadi, dia memang pilihan yang sempurna untuk tunjukkan betapa specialnya Malaysia. Dengan muka dia yang comel dan senyum manis tu, confirm menarik perhatian pelancong, dari dalam dan luar negara.  

Tapi, tak boleh hanya bergantung pada maskot comel je. Harapnya kempen ni akan betul-betul tingkatkan kesedaran tentang kepentingan jaga hidupan liar dan pelancongan lestari. Kalau nak tarik pelancong, biar mereka nampak Malaysia ni bukan saja cantik, tapi juga prihatin dengan alam sekitar.  

Overall, rasa bangga tengok usaha ni. Harap Visit Malaysia 2026 ni berjaya dan semua orang dapat menikmati keunikan Malaysia yang sebenar. Let's go Malayan Sun Bear! 

WASSALAM





BRUNEI: Jejak Singkat di Bandar Seri Begawan

Welcome to Brunei,” ucap John sambil tersenyum puas. Pesawat kami baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, dan kami disambut oleh udara nyaman dan langit cerah yang seolah-olah memberi tanda baik untuk perjalanan kami. Perjalanan dua hari satu malam di Bandar Seri Begawan ini dirancang dengan ringkas tetapi padat dan kami sudah tidak sabar untuk menjelajah keunikan Brunei.  

Setibanya di bandar, perkara pertama yang kami lakukan ialah mengambil kereta sewa yang telah kami tempah. John mengambil tempat di kerusi pemandu, sementara aku menjadi navigator yang bertugas memastikan aplikasi GPS kami tidak tersasar. Dengan peta digital sebagai penunjuk jalan, destinasi pertama kami ialah Kampung Ayer, perkampungan atas air yang merupakan antara simbol utama Brunei.  

Ketika kami melangkah ke jeti dan menaiki bot kecil yang membawa kami melintasi sungai, aku terpesona dengan panorama Kampung Ayer. Rumah-rumah kayu berwarna-warni berdiri di atas tiang-tiang yang teguh, bersambung dengan jambatan kecil yang berselirat seperti labirin. “It’s like a floating village,” John berkata sambil merakam video. Kami sempat berbual dengan penduduk tempatan yang mesra dan melihat sendiri kehidupan harian mereka, termasuk sebuah sekolah rendah di atas air.  

Setelah puas di Kampung Ayer, kami menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien dan Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, dua masjid yang megah dan mengagumkan. “You won’t find architecture like this anywhere else,” John menggeleng-geleng kagum melihat keindahan masjid yang dihiasi kubah emas dan seni bina Islam moden. Di dalam masjid, suasananya sangat tenang, dan kami mengambil masa seketika untuk menikmati keindahan seninya sambil menghormati adat dan tradisi tempatan.  

Menjelang petang, kami tidak mahu ketinggalan mencuba hidangan ikonik Brunei. Kami singgah di sebuah warung kecil yang terkenal dengan roti kaya. Roti itu disajikan dengan kaya buatan sendiri yang sangat lembut dan manis, disertai secawan teh tarik yang berkrim. “This is heaven in a bite,” kata John dengan senyuman lebar. Tidak cukup dengan itu, kami juga menikmati semangkuk laksa Brunei yang pekat dan penuh rasa rempah. “Spicy, but so good,” tambah John sambil menyuap sudu terakhir. 

Petang itu kami singgah pula di Isc Lau Di Fang Restaurant, sebuah restoran terkenal dengan hidangan tempatan. John mencuba butter milk prawn, manakala aku memilih ambuyat, hidangan unik yang hanya boleh ditemui di Brunei. “This is so different, but I like it,” kata John sambil mencelup ambuyat ke dalam kuahnya.

Selepas itu, kami ke pasar malam, sebuah pengalaman yang benar-benar memukau. “Bestnya, semua berbumbung,” aku berkata, kagum melihat pasar yang tersusun rapi dan tidak perlu risau tentang hujan. Gerai-gerai makanan menawarkan pelbagai hidangan menarik, sate, kuih-muih tempatan, dan minuman segar. Kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasi katok, makanan ikonik Brunei yang ringkas tetapi sangat lazat. 

Malam itu, kami kembali ke hotel yang sederhana tetapi selesa di tengah bandar untuk berehat. Esoknya, sebelum kembali ke lapangan terbang, kami sempat memandu santai mengelilingi Bandar Seri Begawan, menikmati suasana tenang dan bersih kota kecil ini.  

Ketika pesawat kami mula berlepas meninggalkan Brunei, aku dan John sama-sama bersetuju bahawa walaupun singkat, percutian ini meninggalkan kenangan indah. “Next time, let’s explore more of Brunei,” aku berkata, dan John mengangguk setuju. Bandar Seri Begawan mungkin kecil, tetapi keindahan dan keunikannya cukup untuk membuat hati kami terpikat.  

WASSALAM.





Bandar Seri Begawan - Mac 2017



POPULAR POSTS