Assalammualaikum!
Kembali bersiaran untuk bahagian 2 kembara di Cairo. Selepas berehat di atas katil empuk di
Hotel Pyramid Plaza setelah mengharungi perjalanan yang panjang berjam-jam semalam, harini rasa segar dan bersemangat nak explore beberapa bahagian di Cairo terutamanya melawat Kompleks Pyramid Giza yang terletak tidak jauh daripada hotel. Perasaan mestilah eksaited! So pagi tu kami breakfast dulu di hotel, cumanya makanan agak tak mampu ditelan hahaha sebab makanan kat Cairo ni pelik sikit bagi aku la, dengan jeruk masinnya, kacang lenyek... erkkkk mujur la ada jugak beberapa yang boleh masuk di mulut hahahha. Aku bab-bab makanan Arab ni memang slow sikit :p
|
Pemandangan waktu pagi di bilik hotel. |
|
Breakfast makan nasik dengan ubi dan telur rebus. Nasib baik ada sambal :p |
Ok usai
breakfast, kami oun berkumpul di lobi hotel. Ingat ye kami ni rombongan 16 orang, so kena banyak bersabar lah macam-macam perangai ada hahaha. So bila ustad dah buat headcounts dan bas kami pun dah sampai, maka kami dipanggil oleh Mr Omar untuk naik bas. Perjalanan pagi itu agak smooth sebab masih pagi lagi dan tak de la jem sangat, tapi masih banyak kereta. Dari jauh pyramid dah melambai-lambai kami yang di dalam bas ni. Semakin dekat dengan kompleks, semakin besar piramid di depan mata. SubhanaAllah macamana lah binaan besar macam ni dibina dulu-dulu. Kagum.
|
Nilah rupanya pintu masuk ke Hotel Pyramid Plaza. |
|
Keadaan jalan raya yang agak sibuk sebab pagi orang nak pergi kerja. Yang baju putih tu Polis. Dah macam PBSM pulak hahaha. |
|
Van-van Volkswagen yang dijadikan bas kat sini. |
|
Pyramid dah melambai-lambai dah |
Kami tiba di pintu masuk Kompleks dan Mr Omar dah beli siap-siap tiket masuk untuk kami. Untuk masuk ke kompleks pyramid Giza ni kena bayar harga tiket EGP160 (pepandaila korang convert) dan harga ini tidak termasuk harga kalau nak masuk ke dalam bangunan Pyramid ye. Harga masuk dalam pyramid adalah berbeza-beza kena tambah harga lain ye. Jadi kami buat keputusan tak masuk dalam piramd...huhu sedih gak sebab peluang datang sekali tapi apakan daya, miskin. Hahahahaha.
|
Tiket yang berharga EGP 160 |
|
Signboard pasal Giza Plateu |
|
Mr Omar memberikan sedikit taklimat. |
|
Group photo duluan yuk! |
So dah masuk dalam kompleks, Mr Omar pun bagi la taklimat ringkas mengenai sejarah pyramid ni. Sesambil mata dah tak keruan memandang pyramid depan mata. Sebelum kami dibenarkan untuk explore kawasan sekitar, kita ambil group photo dulu!
|
Gambar dari jauh dulu. |
Kami start mendekati bangunan pyramid. Ya ampunnnnn eksaited weh dapat pegang batu pyramid tu hahahaha memang perak habis. Tetibe nak dijadikan cerita ada sorang mamat arab ni datang kat aku, katanya nak tolong ambikkan gambar. Ok, ambikla gambar aku, dia suruh posing macam-macam gaya ! Aku pun ikut je la arahan. Dari jauh ustad perati je aku sambil bagi isyarat jangan ikut orang tu. Aku agak dah mamat tu mesti
scammer punya, tapi aku still layankan je dia. Last-last dia mintak duit kat aku. Aku pun hangin kat situ depan orang ramai aku marah dia. "No..no no. I tak suruh u ambik gambar I , u yang sebok2 nak ambik..buat apa i nak bagi duit kat u!" Hahaha ni aku translate la. Aku terus blah buat tak tahu kat dia. Dia pun macam redho je.
|
Tshirt DoodlebyRen - Kalau nak beli boleh PM tepi :p |
|
Dan lagi dengan latar belakang yang semak. |
Awesome la gambar kissing dengan Sphinx tu. Tak terfikir pun Akak nak pose macam tu masa melawat kat sini dulu. Hahaha!!
ReplyDeleteHahahhahahah ntah tak tau macamana terpikir nak buat camtu 😂
DeleteKata malas nk update..tu ha..jam pun dah byk entri 😛 rajinkan diri sbb JM nak skodeng ni 😀
ReplyDeleteHahahahha sebenarnya ikut mood je JM 😂
DeleteAdoilah dah lama teringin nak tengok piramid depan mata. Kena gigih menabung untuk misi Piramid lah lepas ni nampak gaya.
ReplyDeleteHaah sila gigih hahaha. Next trip la pulak kan? Kan?
Delete