2020-01-12

Umrah SIJ 2019 - Part 3: Perusahaan Minyak Wangi dan Textile, Cairo

Assalammualaikum!


Sambungan hari pertama di. Cairo, usai melawat kompleks pyramid Giza, kami kemudiannya di bawa ke perusahaan minyak wangi di salah sebuah kawasan di Cairo. Dalam kedai tu kami diberi persembahan mengenai beberapa jenis minyak wangi yang terdapat di situ. Kagum aku bila penjual minyak wangi kat situ boleh berbahasa Indonesia. So senang la nak paham dan menawar harga. Cumanya aku takde la nak beli minyak wangi pun, just enjoy the experience sambil menikmati secawan teh percuma hahahaha.

Takde napsu nak beli minyak wangi :p so bergambar je la depan kedai.
Ok menarik jugak la dapat sedikit info pasal minyak wangi.

Selesai di kedai minyak wangi, kami ke kedai kertas papyrus pulak. Di sini, pekerja kedai pun fasih berbahasa Indonesia. maybe dioramg belajar dengan student-student Indonesi yang ramai di Universiti Al Azhar. Di sini kami belajar mengenai sejarah pokok papyrus dan kaitannya dengan tamadun Mesir kuno. Agak menarik, dari segi bentuk batang pokok sampailah ke daunnya semua ada simbol-simbol tersendiri. Aku ada beli sehelai lukisam dari daun papyrus yang agak berkenan di mata. Tapi awas, ada jugak yang tipu guna batang pisang untuk buat lukisan dan cliam diorang guna daun papyrus. So kena cek betul-betul sebelum beli. Harga pun berbeza-beza ikut saiz lukisan.

Lancar minah ni cakap Indonesia.

Seterusnya kami di bawa untuk lunch di Soirée Restaurant. Konsep makan kat sini adalah buffet dan masa kami sampai tu memnag tengah ramai manusia kat restoran tu. Makanan kira ok la banyak yang boleh ditelan. Alhamdulillah.

Pemandangan Sungai Nil. 
Lazat bukan? Alhamdulillah..

Selesai makan tengahari, kami dibawa mengunjungi Masjid dan Makam Imam Shafi’e. Sepanjang jalan menuju ke Masjid Imam Shafi’e ni terdapat kawasan perkuburan yang unik. SetiP kubur atau makam dibina di dalam sebuah rumah atau bilik batu seakan-akan sebuah rumah. Dipagar dan dikunci. Menurut Mr Omar, mereka membuat makam begitu kerana ada dikalangan ahli keluarga yang tinggal jauh, jadi bila mereka datang menziarahi makan saudara mereka, mereka akan bermalam di situ. Ada jugak golongan-golongan homeless yang curi-curi tidor di dalam makam, sebab itu kebanyakan makan dikunci.

Makam-makam di sepanjang laluan.
Keadaan di hadapan masjid.
Mr Omar memberi penerangan mengenai sejarah makam.
kubah berbentuk sampan.
Masa kami sampai di makam Imam Shafi’e tu, sedang ada renovation berlaku jadi kami tak dapat masuk. Intai dari luar je lah. Apa yang menatik binaan bumbung makan terdapat satu kolam berbentuk sampan untuk menadah air hujan, digunakan untuk minuman kepada burung-burung. 

Intai-intai dari tepi pagar je.
Selesai mengunjungi makam Imam Shafi’e, kami menuju ke Masjid Amr Ibn Al Aas, yang merupakan masjid tertua di Benua Afrika. Binaan masjid ni masih kukuh dan cantik. Cuma bahagian carpet dalam masjid agak usang dan berdebu. Kami menunaikan solat jamak Zohor- Asar di situ. Selesai menziarah masjid kami semua balik semula ke hotel. Banyak tempat kami pergi hari ni, agak penat jugak la. 

Pintu masuk masjid.
Keadaan tengah masjid.
Ruang solat masjid.
Ruang solat utama.
Ruang solat hadapan.
Ruang solat lagi.
bahagian luar masjid.
Ok aku sambung kisah selanjutnya di next entry ya. 

WASSALAM.

8 comments:

  1. Amboi kemain rajin update nampak nya...bagus bagus...doakan aku sampai gak nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahah azam tahun baru ;p.
      InsyaAllah mudah mudahan ko pun jejak ke sana. Amin

      Delete
  2. Dtg tinggalkan jejak..rasa dh lama x singgah sini..kwn kita dah peegi buat umrah rupanya..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha alhamdulillah, rezeki lebih sikit dapat la pegi Umrah ;p

      Delete
  3. Samalah JM pun..nak beli minyak wangi? Mmg x la..baik cari kat yogja jek 😜

    ReplyDelete
  4. Wow masih lagi rajin berblogging! Gaya seorang idola. Hiks!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS