2020-01-30

Umrah SIJ 2019 - Part 5: Terusan Suez dan Uyun Musa, Sinai

Assalammualaikum!

Hari keempat di bumi Egypt kami akan bergerak jauh lagi dari bandar Cairo, kali ni kami akan ke Sinai, sebuah daerah di benua Asia. Mokalakata dari Afrika ke Asia la kita! Kami akan menuju ke Sinai bagi mengunjungi Uyun Musa atau pun lebih dikenali sebagai mata air Nabi Musa. Sape pernah baca kisah nabi musa dan kaum Bani Israel yang menuju ke kampung halaman mereka, meredah laut merah dikejar firaun, kami akan pi tengok 12 telaga air tu la yang mewakili 12 suku kaum Bani Israel.

Perjalanan dari Cairo ke Sinai mengambil masa lebih kurang 3-4 jam dan yang paling penting kami akan melalui terusan Suez untuk menyeberang ke Sinai! Haih macam tak percaya pulak. Kami sampai di check point sebelum masuk ke dalam kawasan terusan Suez dan singgah untuk makan tengahari dan solat. Memang ada satu check point di situ seakan-akan RnR tapi basic facilities je la. 

Pemandangan sepanjang perjalanan...tandus.
RnR sebelum memasuki Terusan Suez
Menyelerakan bukannn?
Fuh ayam tu teringat-ingat.

Makan tengahari kami agak menyelerakan ye dengan ayam bakar dan nasik, silap takde sambal belacan je hahahaha. Di hentian tu jugak ada macam mini muzium yang meletakkan beberapa fakta mengenai Terusan Suez. 

Boleh la baca sejarah Terusan Suez.
Sejarah Sinai
Menarik.
Ruang makan dan sejarah

Selesai makan, kami akan bergerak memasuki terusan Suez. Nak masuk dalam terusan tu sangat ketat dengan kawalan keselamatan. Askar di sana sini mengawal kawasan dan banyak cctv di mana- mana. Agak cuak jugak la sebab nak masuk kawasan bergolak kan, tambahan pulak pernah berlaku perang kat situ. 

Kena lalu pemeriksaan askar

Dapat ambik gambar sipi-sipi je.
Lokasi
Mula-mula aku ingat nak melintasi terusan Suez kena lalui jambatan panjang, rupanya kena lalu terowong di bawah terusan tu. Memang tak nampak la terusannya hahaha. Tapi memang macam rasa lalu dalam terowong Menora kat Perak tu. 

Selesai keluar dari terowong, perjalanan diteruskan lebih kurang sejam sebelum kami betul-betul sampai di kawasan hentian di mana terdapatnya mata air Nabi Musa. Menurut ustaz, dulu ada la beberapa kampung dikeliling kawasan tu, tapi sekarang dah tak ada, cuma beberapa buah rumah saja yang tinggal dan keluarga yang duduk di situ pun hanya berganyung kepada sektor pelancongan untuk kehidupan. 

Di Uyun Musa kami dapat lihat la beberapa buah telaga yang masih ada tapi malangnya air di dalam telaga dah tersangan kotor dan tidak boleh diminum. Ada juga telaga yang dah kering tiada air. Sekadar mengenang sejarah sahaja.


Laluan ke Uyun Musa

Salah sebuah telaga yang dah tak ada air.
Bergambar dengan salah satu telaga yang ada.
Pose.
Group photo.
Shopping jugak.

Selesai menziarahi Uyun Musa, kami bergerak pulang ke Cairo. Malam ni merupakan malam terakhir kami di Cairo sebelum nak berangkat ke Madinah keesokan harinya. So malam tu, ustaz bawa kami jalan-jalan sekitar hotel sambil tengok-tengok street market di situ. Seronok jugak la dapat makan shawarma.

Gerai jus.
Nampak lazat.
Sedapnya kurma muda tu. Manis.
Pakcik roti
Roti lagi.
Kelopak mawar kering
Ayam dan itik.
Lupa nama manisan ni...sedap.
Shawarma. 





Ok nanti aku sambung lagi kisah hari terakhir di Cairo.
Psttt: Banyak pulak video dalam entry ni 🤣

WASSALAM


4 comments:

  1. Lepas ini Akak nak cadangkan Janggel cari peluang explore lebih jauh ke bumi Sinai. Banyak sejarah Nabi Musa ada di sana, especially dekat bandar yang bernama St Catherine. Tempat-tempat itu ada disebut di dalam Al Quran. Memang perasaan kita lain macam bila dapat melihat sendiri tempat-tempat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa menarik kan Sinai, InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki akan ke sana lagi untuk explore lebih lanjut. Thanks kak. 👍🏻

      Delete
  2. Yg lupa nama nya tuh ialah KUNAFAH ... hehehehe memang sedap!

    Tak minum jus Delima ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ye nama dia Kunafah! Thanks ingatkan hahahaha. Minum jus delima!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS