2020-01-02

UMRAH SIJ 2019 - Part 1 : Hati berbolak Balik

Assalammualaikum!!!


Sebenarnya aku tergerak hati nak menulis kat blog ni sebab azam tahun baru aku adalah untuk kumpul sebanyak mana kenangan yang berlalu supaya tak hilang ditelan waktu. Hah gituh la kan hahahaha. Sebut pasal azam lagi ye, maklumlah awal tahun selalunya memang orang akan ingat pasal azam... lepas tu kesian azam dilupakan sampai ke hujung tahun. ;p

Aku nak cerita sikit pengalaman aku mengerjakan umrah pada tahun 2019. Sebenarnya niat nak buat umrah untuk kali kedua tu dah ada lama, malah sejak aku meninggalkan tanah haram Mekah pada tahun 2008 dulu, aku dah pasang niat nak kembali ke sana. Cuma selepas tu, sebab sibuk melayan kehendak duniawi maka niat hanya tinggal niat.

Sampailah ke tahun 2019, bila kawan baik aku (Saf) bukak balik cerita untuk buat umrah dan dia ajak aku sama. Perkara ni berlaku pada awal tahun 2019, sekitar Januari dan Februari, tapi ianya cuma sekadar 'ajak-ajak ayam', dan kami pun berhuhu haha selepas itu, takde pun terfikir nak seriuskan perkara tersebut. Tambahan pulak dengan faktor kewangan yang tak berapa stabil (maklumla macam-macam benda nak kena bayar sampai jadi tahap miskin bandar). Sehinggalah sampai bulan Jun 2019, selepas Hari Raya Puasa, usul untuk ke Umrah muncul lagi. Kali ni Saf serius mengajak aku dan sorang lagi sahabat (Yun) untuk menunaikan Umrah. Dialah yang pergi registerkan nama aku dan Yun di Pejabat Andalusia Cawangan Teluk Intan, dan dia jugak yang tolong bayarkan semuanya dulu pakai duit dia. Erk bila dah melangkah ke step seterusnya maka kami-kami ni pun kenalah bulatkan hati untuk realisasikan jugak niat kami ni.

Alhamdulillah, dalam pada hati berbolak-balik dan was-was nak ke 'sana' tu, aku tetapkan niat, kali ni dengan yakin aku mesti pergi juga ke sana. Teringat kata-kata seorang ustaz yang aku pernah dengar ceramahnya di salah satu stesen TV (tak ingat ustaz apa) yang katanya, bila Allah dah panggil kita untuk ke tanah suci, maka pergilah, jangan sangsi, sebab bukan semua orang ada kesempatan dijemput ke sana. Ada yang mampu tetapi tak sampai-sampai lagi ke sana. Sebab apa? Sebab Allah belum jemput dia lagi. Ada yang tak mampu nak ke sana, tapi dapat juga pergi sebab apa? Allah dah menjemput dia, jadi segala urusannya dipermudahkan. So aku yakin kali ni memang aku benar-benar dijemput ke sana, alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. 

Start dari lepas raya tu la aku mula kumpul duit secara hardcore ;p. Cukup 3 bulan akhirnya aku selesai bayar semua yang patut. Ye la takkan la aku nak berhutang pulak kan hahaha. Lainla kalau kawan aku tu cakap dia nak belanja ;p. So untuk buat umrah ni, antara persiapan-persiapan yang perlu adalah pergi cucuk vaksin, buat Visa dan hadir kursus sekurang-kurangnya sekali. Bagi aku, kursus ni penting untuk refresh balik apa yang perlu dan tak perlu dibuat sepanjang menunaikan umrah nanti.

Sempat acah-acah tourist di Menara Condong Teluk Intan lepas habis kursus umrah. Firstime sebenarnya masuk dalam ni hahaha.
Merasa la pegang currency Egypt :p
Sempat jugak la ngopi-ngopi sebelum ke airport bersama bro-bro hanat.
Dinner dulu pulak dengan team Umrah
Ok, settle bab persiapan, yang lain tu pepandai la sendiri. Untuk makluman juga, kami ambil pakej Umrah dan Ziarah melalui Andalusia Travel and Tour dengan harga RM 7400 seorang. Pakej termasuk ziarah ke Egypt selama 4 hari 3 malam, sebelum ke Madinah dan Mekah. Sebab apa kami pilih Egypt? Sebab aku nak teringin sangat nak tengok Pyramid depan mata, nak sentuh batu-batu pyramid tu hahahahaha, yang lain tu kira extra la, tak pergi pun takpe.

Pakej Umrah dan Zirah Cairo yang kami ambil.
Total perjalanan umrah dan ziarah aku adalah selama 15 hari. Agak lama jugak la malah ini perjalanan paling lama aku ke luar negara. Tak pernah aku cuti 15 hari pi obersi lagi sebelum ni hahahaha so kira eksaited dia lain machiam.

So tahu lah kan kenapa aku tak pergi dengan family? Sebab semuanya tak dirancang dan secara tiba-tiba saja. Malahan bajet pun cukup-cukup je untuk aku sorang. InsyaAllah next trip aku nak bawak mak dan ayah aku pulak, doa-doakan aku dapat rezeki lebih ya.

Dipendekkan cerita, kami berkumpul di KLIA pada 29 September 2019. Jam 5 pagi dah ada kat KLIA sebab flight kami bakal berlepas jam 10 pagi. Kami akan menaiki Oman Air dan transit di Muscat, sebelum ke Cairo, Egypt. Perjalan yang agak panjang, lebih kurang 7-8 jam. Di KLIA barulah kami berpeluang berjumpa dengan jemaah-jemaah yang lain (sebelum ni bersembang dalam group whatsapp je). Jumlah jemaah Umrah kami adalah 16 orang, tak ramai sangat. Alhamdulillah. Dan kami juga diperkenalkan dengan mutawwif yang akan jaga kami sepanjang tempoh 15 hari nanti, Ustaz Iezwan Ielias, umurnya 28 tahun. Alhamdulillah sempoi ustaz ni, senang nak berurusan dengan orang-orang sempoi macam ni.


Perjalanan bermula...debar la jugak.
Sesi taklimat dan bacaan doa.
OK we are ready!
Tunggu flight ...
Oman Air, ok la.
Jadi, selepas taklimat dan doa, perjalanan kami pun bermula. 6 jam dalam perjalanan dan 2 jam transit di Muscat, Oman. Tak sempat pun nak jalan-jalan kat Oman tu sebab waktu singkat. Tapi kiranya merasa jugak la aku jejak negara Oman hahaha. Dari Muscat, naik pula flight ke Cairo dalam 4 jam penerbangan. Haaa bukan main lama duduk dalam flight sampai aku tak tau nak buat apa dah selain berzikir (hahah ok yg ni tipu). 

Alhamdulillah selamat tiba di Cairo
Setelah mengharungi penerbangan yang panjang, akhirnya jejak juga kaku ku di Cairo, Egypt! Cleopatra, Im Coming! Lols. Sampai di Cairo, kami disambut oleh seorang pemandu pelancong yang kami panggil Mr. Omar. Kami diberi taklimat ringkas sebelum kami dibawa menaiki bas untuk makan malam dan check in hotel. Jam masa tu dah pukul 8 malam. Keadaan bandar Cairo bagi aku lebih kurang macam kat New Delhi, sesak dengan kereta terutamanya van van volkswagen yang klasik tu, diorang guna buat bas. Banyak jugak bangunan-bangunan tak siap sekitar bandar Cairo, menurut Mr. Oman, diorang taknak siapkan bangunan tu sebab taknak bayar cukai. Jadi diorang duduk dalam bangunan tak siap tu. Macam-macam hal.

Naik bas, sebab kami cuma 16 Orang, so seat blakang aku dan geng sebat sorang sebaris.
Suasana malam pun meriah!
Kami di bawa ke sebuah restoran iaitu Restoran Sun, untuk dinner. Allhamdulillah dapat jugak mengisi perut yang memang tengah lapar masa tu. Semuanya dah diatur oleh pihak agent, kita tak payah nak pikir nak pegi makan kat mana. Usai makan, kami semua dibawak ke Hotel Pyramid Plaza yang terletak agak jauh dari pusat bandar cairo, sebab apa jauh, sebab kami duduk di hotel yang dekat dengan kompleks piramid. So esok senang kami nak ke kompleks tersebut tak payah buang masa dalam perjalanan.

Penginapan kami untuk 4 hari.
Boleh intai pyramid dari hotel!
Ok aku rasa cukup la aku cerita sampai sini dulu. Panjang sangat dah aku menaip ni, macam buang tebiat pulak tetiba entry panjang-panjang ni kan ;p. Nanti aku sambung part selanjutnya (itupun kalau tergerak hati nak sambung....lols). InsyaAllah, mana yang baik memang teringin aku nak share, yang jahat tu diam-diam sudah.

WASSALAM.

10 comments:

  1. Replies
    1. aminnnnn. Semoga ibadah kita semua diterima.

      Delete
  2. first baca
    dan komen
    dan nak lagi
    lagi lagiiiii

    ReplyDelete
  3. Rindunya bila tengok orang pergi Umrah ni...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezki boleh kembali ke sana

      Delete
  4. semoga dipermudahkan perjalanan umrah tuuh
    .

    ReplyDelete
  5. SS pernah jugak lah terbaca... Kalu dah cukup duit even x sedia yang lain... Kalu dah gerak ati... pegi jek... itu tandanya kita dijemput sbg tetamu bukan pelancong... mampu berhuhuhu dulu jek saat ni... Insyallah one fine day yang cerah... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena pasang niat dan InsyaAllah dipermudahkan. Chayok!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS