Assalammualaikum!!!
Bersambung lagi kisah kembara di tanah Egypt. Hari ketiga kami akan bergerak menziarahi Kota Alexandria yang terletak di utara tanah Egypt. Lokasi Kota Alexandria adalah di tepi lautan Mediterranean yang menghadap Eropah. Kiranya aku dah sipi-sipi je lagi nak jejak Eropah la kan. Hahaha.
|
Posing dulu kat rooftop hotel ;p |
|
Tengok Pyramid. |
Macam biasa kami bersarapan di hotel dulu sebelum bertolak menaiki bas ke Kota Alexandria. Perjalanan dari Cairo ke Alexandria mengambil masa selama 2 jam 30 minit yang merupakan kota kedua terbesar di Egypt selepas Cairo. So agak eksaited la jugak sebab nak pi sentuh air laut Mediterranean hahahaha.
|
Kesibukan bandaraya Cairo. |
Sampai di Alexandria kita dah boleh lihat keadaan muka bumi dan cuaca kat sana agak lain dari di Cairo, udara pun agak sejuk dan banyak terdapat kawasan-kawasan pelancongan di sepanjang pantai. Kami di bawa menyelusuri pantai sebelum menuju ke Montaza Palace, yang terletak di dalam taman Al-Montaza. Mengikut sejarahnya, Montaza palace ni merupakan tempat kediaman para kenamaan yang hadir ke Alexandria. Sekarang terdapat muzium di situ tapi kami tak masuk pun dalam muzium sebab masa tu tengah sibuk persediaan acara sukan apa tah, aku pun lupa.
|
lalu tol, entah berapa duit kena bayo tah. |
|
Tram di tengah bandar Alexandria. |
Kami singgah sekejap di Al-Montaza Park sambil menikmati pemandangan laut Mediterranean. Cantik dan memukau.
|
Istana hinggap Montaza |
|
Gambar dulu tepi laut. |
|
Tepi jalan pun jadilah. |
|
Pesisir pantai. |
|
Saja |
WASSALAM
Ren ... Kenapa tak sabar tekad/ukiran tuh !!! Hehehehe
ReplyDeleteOrg pergi Alex jemur jemur kat tepi pantai !!!
Mahey bebeno la tu yg x jadi nak beli.
DeleteHahaha kalu berjemur kat Alex x jadi ke umrah pulak nanti 😂
nAK IKOT PEGI EGYPT LAGI
ReplyDeleteSila lah
Delete