Giveaway Ramadan: Sampul Duit Raya DoodlebyREN!
Assalamualaikum & salam Ramadan buat semua!
Setelah tiba-tiba rajin menulis semula pada tahun 2025 ni selepas hampir 10 tahun menyepi, memula tu rasa janggal sikit, tapi seronok sebab dapat kembali berkongsi cerita dan pengalaman. Tambah pula masuk bulan Ramadan ni penuh dengan ketenangan, harap-harap dapat kekalkan momentum untuk bulan ketiga ni.
Jadi, sempena Ramadan ni, aku nak buat GIVEAWAY suka-suka! Hadiahnya? Sampul Duit Raya eksklusif dari DoodlebyREN! limited edition tau! Tapi kalau taknak, takpe.
Macam mana nak dapat?
Mudah je! Korang cuma perlu tulis satu entry blog bertajuk What do you think about this blog? Boleh tulis pendapat, cadangan, atau apa-apa je yang terlintas tentang blog ni. Lepas tu, tinggalkan link entry tu kat komen.
Kalau ramai yang join, kita buat cabutan bertuah. Kalau tak ramai, semua dapat!
Tarikh tutup? Seminggu sebelum raya!
Tak kisah ada sambutan ke tak, yang penting kita enjoy & hidupkan suasana Ramadan dengan benda-benda kecil yang buat kita happy. Kalau ada yang berminat, jom meriahkan! Kalau takde? Takpe, kita tetap menulis!
Selamat berpuasa & semoga Ramadan kali ni membawa keberkatan buat kita semua. Aamiin!
WASSALAM.
![]() |
Sampul duit raya by DoodlebyREN. Limited Edition. |
Comments
Post a Comment
Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!