VIETNAM: Dari Hanoi Ke Halong Bay, Kami Menaiki Cruise!
Pagi-pagi buta lagi kami dah bersiap. Kami bertolak dari stesen keretapi di Hanoi ke Halong Bay menaiki coaster, lebih kurang 3.5 - 4 jam perjalanan. Sepanjang jalan, kami layan pemandangan kampung-kampung Vietnam, sawah padi luas terbentang, dan kadang-kadang nampak juga petani tengah bekerja.
Sampai saja di Pelabuhan Tuan Chau, kami terus check-in untuk naik Victory Star Cruise. Harga pakej lebih kurang USD 150 - USD 250 seorang, bergantung pada bilik dan musim. Yang bestnya, pakej ni termasuk makanan halal untuk Muslim, jadi tak perlu risau nak cari makanan halal sendiri.
Uncle Joe dan Auntie Liza berkongsi bilik, sementara kami yang lain ditempatkan dalam bilik masing-masing.
Meneroka Hang Sung Sot & Pulau Ti Top
Lepas check-in dan lunch di kapal, kami terus dibawa ke Hang Sung Sot (Surprise Cave), salah satu gua paling popular di Halong Bay. Gua ni besar gila, penuh dengan stalaktit dan stalagmit yang unik, siap ada formasi batu berbentuk macam naga dan penyu. Jalan dalam gua ni agak berbukit, tapi worth it sebab pemandangan dari atas sangat cantik!
Lepas tu, kami singgah di Pulau Ti Top, sebuah pulau kecil yang terkenal dengan pantainya yang bersih dan air laut yang jernih. Ramai pelancong berenang dan mandi-manda di sini. Kalau nak view yang lagi best, boleh panjat tangga ke puncak pulau, memang berbaloi sebab panorama Halong Bay dari atas memang luar biasa!
Balik ke kapal, sempat juga lepak tepi dek sambil tengok sunset yang memang cantik gila! Langit oren kemerah-merahan, dengan bayang-bayang pulau batu kapur refleksi atas air. Memang feeling!
Malam tu, kami dinner di cruise. Makanan halal disediakan, ada seafood, sayur-sayuran, dan pilihan vegetarian. Lepas makan, ada aktiviti mencandat sotong. Semua semangat nak cuba, tapi satu pun tak dapat! Rupa-rupanya bukan musim sotong, patutlah susah nak tangkap.
Kami lepak di upper deck, angin sepoi-sepoi bahasa, langit penuh bintang. Rasa tenang je.
Hari Kedua: Sarapan & Taichi di Upper Deck
Esok pagi, sebelum sarapan, ada sesi Taichi beramai-ramai di dek atas kapal. Seronok juga, pertama kali cuba. Rasa macam dalam filem kung fu!
Lepas sarapan, kami bersiap-siap untuk balik ke jetty Halong Bay sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Hanoi.
Menarik di Halong Bay:
- Terdapat 1,969 pulau batu kapur
- UNESCO World Heritage Site
- Tempat shooting filem Kong: Skull Island
- Banyak gua cantik seperti Thien Cung Cave & Dau Go Cave
- Aktiviti menarik: kayaking, berenang, snorkeling, night squid fishing
Halong Bay memang wajib masuk bucket list kalau datang Vietnam.
WASSALAM.
![]() |
Halong Bay, Vietnam - September 2025 |
Mesti sekarang dah semakin cantik hanoi dan Ha Long Bay. Tempat ni pertama kali pi obersea tahun 2004 atas urusan kerja. Masa tu kamera cokia je jadi tak banyak memori yang ada. Teringat lalu perkampungan dengan orang menjual daging bergantungan. Ingat kan apa rupanya daging kaki pendek yang kurus keding bergantungan. Terus rasa nak muntah bila tertenguk.
ReplyDeleteHanoi dah makin maju. Hahahaha daging kaki pendek tu mmg makanan harian deme.
Deletewaahhhh cantiknyaa view dlm gua! kalau bkn musim sotong mmg tak dapek lah sekor pun hehe
ReplyDeleteTu la pasal... tunggu sampai berjanggut pun tak muncul sotongnya.
Delete