2009-12-05

Teater Natrah di Istana Budaya

Menonton teater Natrah arahan EiRMA FATIMA malam tadi di Istana Budaya (IB) sedikit menyentuh hati aku. Mana tidaknya, dengan lakonan berkesan barisan pelakon menjadikan persembahan teater ini amat berjaya. Bagi aku, apa yang ingin disampaikan oleh penulis skrip dan pengarahnya telah dapat diterima oleh setiap penonton malam tadi.

Persembahan teater Natrah berlangsung kini di IB bermula 30 November 2009 hingga 9 Disember 2009. Pengalaman menonton Natrah adalah sesuatu yang indah. Sejak terbaca di akhbar tempatan bebrapa bulan yang lalu mengenai pemergian seorang wanita Belanda bernama Natrah, aku tertarik untuk mengetahui kisahnya yang menjadi salah satu fakta di dalam lipatan sejarah Malaysia-Singapura. Isu keagamaan, Kekeluargaan, Cinta, dan Ketamadunan disusun dengan begitu rapi oleh Eirma. Tahniah sekali lagi!

Paling berkesan adalah lakonan Sofea Jane, ratu filem Melayu satu ketika dahulu yang membuka persembahan dengan lakonan yang penuh penghayatan. Begitu juga lakonan Umi Aida yang sangat berjaya bagi aku. Tahniah Umi, watak Mak Minah memang serasi dengan diri anda! Dan tidak lupa, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Pesta Filem Asia Fasifik, Maya Karin yang membawa watak Natrah, memang menjadi. Ini membuktikan yang usia bukanlah penghalang buat Maya untuk melakonkan watak seorang gadis Belanda yang berusia 13 tahun! Maya melakonkannya dengan sangat baik, persis seorang remaja!

Di sini aku ingin berkongsi fakta sejarah mengenai Natrah (untuk sesiapa yang tak tahu). Segala fakta dipetik melalui penulisan Fatini Yaakob seorang wartawan bebasdi Dewan Masyarakat.

Sejarah Natrah:

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louise kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia pulang ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Maria. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senama padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa natrah ke Singapura atas peancangan dan muslihat jahat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill (pusat kebajikan Masyarakat di Singapura). Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa Mansor Adabi iaitu Encik M.A. Majid di 139, Seraggoon Road, Singapura. Ketika itu usia Natrah adalah 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi ketika itu ialah 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan berusia 13 tahun dibenarkan berkahwin tetapi mengikut Undang-Undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah berhak ditentukan kehidupannya oleh bapa kandungnya.

Konflik agama dan isu penjagaannya yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.

Bila aku amati kisah Natrah ini, serta merta terbayang betapa lemahnya kita ketika itu. Ibu bapa Natrah menang kes perbicaraan dan Natrah telah dibawa pulang ke Belanda. Agama Islamnya tercalar dan beliau
telah meninggal dunia pada usia 72 tahun pada 9 Julai 2009.

Sedih juga bila baca kisah si Natrah ni, namun mungkin ada khikmah yang berlaku di sebalik peristiwa ini.

Apa-apa pun, persembahan teater Natrah ini memamng bagus. Antara pelakon lain yang turut menjayakan pementasan ini adalah Remy Ishak (Cikgu Mansor Adabi), Samantha Schubert (Adeline), Hamzah Mohd Tahir, Mazin Ameen Siraj dan ramai lagi.

psst: Tahinah buat Eirma Fatima atas kemenanganya menggondol anugerah di Anugrah Skrin TV3 malam tadi.

psst 2: Entry kali ni agak formal plak kan? poyo~

PEACE!

Barisan Pelakon Teater Natrah

Tunggak utama Teater Natrah

Bersama Pengarang Buku Natrah


Sofea Jane
Maya Karin

Umie Aida

Remy Ishak


2009-12-04

Bila Larut Malam~

Di malam yang sunyi ini aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang sangat banyak. Dah lama aku meninggalkan alam membuat assignment yang macam budak U ni..huhuh. Due date dah dekat, sepatutnya aku kena hantar 2 assignments on this coming monday but just now kat opis aku dapat arahan daripada BIG BOS supaya menghadiri Seminar kawalan Cerun di Pulau Pinang starting this coming Sunday.

OMG, aku terpaksa siapkan assignment aku tu before Saturday la jawabnya!!!. Lengkap!!! And have to pass it to my colleague on this Saturday as well. Hmmm apalah naseb,.baru ingat nak bersenang-lenang buat assignment hari Sabtu dan Ahad nih. Cisss takpe, ini merupakan satu cabaran! Aku kena sahut cabaran ini.

SEMANGAT! (tetiber teringat kat Sinetron INTAN yang popular kat ASTRO Prima satu ketika dulu...Intan dan anaknya Bintang selalu sangat sebut perkataan tuh hhehee).

YUP SEMANGAT!!!

SEMANGAT!!! Semoga apa yang aku lakukan ini berbaloi! Amin~





2009-11-30

MY BIG FAMILY~!

Dalam sibok-sibok aku membuat assignment untuk dihantar pada hari Jumaat nih, aku rasa macam tak lengkap kalau tak update entry pasal Raya Qurban kat kampung ayah aku hari tuh. Mana nak mula yer?

Ok lets start with the Hari raya itself..

For me, the Hari Raya Qurban this year was the worst hari raya I ever had. Why??? Bcoz, I'm not going back to my nenek's house, not meeting my granny, of course. Huh, nak tau aku buat apa sepanjang hari? Just sleeping, sleeping and sleeping while my mom and dad went to neighbour's house for kenduri tahlil...(This is the reason why aku tak balik rumah nenek!! ada ke buat kenduri time-time raya...ceh!) And, my brother pon tak beraya kat umah mak bapak aku tahun ni, dia beraya rumah mak mertua dia. Hmm memang sah bosan giler Raya Haji tahun nih..huhuh tapi apa boleh buat, aku mengikut saja kedua orang tuaku, dimana mereka ada, maka aku pun ada lah.

Done about Hari Raya Qurban
. Next is the story about our BIG Family day at my Granny's house! This big day happened on the second Hari Raya Qurban (28 Nov). Kalau semalam aku menjalani hari-hari yang sangat membosankan tetapi hari ini aku menjalani hari yang penuh suka-suki!! Balik jugak ke kampung. Meeting granny, cousins and other relatives.

Sebenarnya hari ni telah dirancang untuk diadakan Family Gathering. Memula tu aku ingat just our 'family' (meaning adik-beradik bapak aku saja lah) tapi sebenarnya uncle aku dah jemput seluruh keluarga, termasuk adik-beradik sebelah nenek dan arwah atuk aku skali. Makkkkk datuk, this is BIG! Almost 200++ people will gathered around. Aduh patutlah beria-ria si makciks and pakciks aku memasak makanan bagai, siap buat tempat berucap khas kat one corner. (credit to Arif sebab buat speech corner dengan bantuan aku muahahahaha!)

Acara bermula sejurus waktu maghrib, kami bersolat jemaah beramai-ramai (time ni tak ramai yang datang lagi). Lepas solat Maghrib, kami bertahlil dan terus sambung solat Isya'. Lepas tu, berdoyon-doyonlah manusia yang aku tak kenal datang. Huh memang meriah dan aku teruja gak sebab ramai 'mangsa' untuk ditembak. hahaha.

Tengoklah hasil tembakan aku malam tuh. Gelap sikit sebab rumah kampung, pencahayaan kureng... But it was a very memorable day!. Seriusly there are some of them that i haven't met before. Dan time-time cengginih la kalau nak kenal pon. Macam-macam perangai dan bentuk! hahah Bentuk???

But no matter what, they are my BIG FAMILY!!! Congrats to my Pakciks dan Makciks yang bertungkus-lumus menjayakan this big ocassion! Tahun depan jangan la kami pulak yang kena buat lagi, turn family lain la pulak yer! Penat doh!

Ok let's enjoy the moment.!!!


PEACE!!!

Time ni dah Maghrib...sempat lagi menembak..hehhe

Aku ngan the Sengalz...macam biasa la bila dah berada depan kemera!!!

Separuh bawah khemah, separuh ada dalm rumah tu.

Makan time~!

Inilah Embah Siti!~


2009-11-27

BISTRO BONDA ~

I'm veri the bengang dengan sebuah restoran yang kengkonon namanya gah di Putrajaya nih!. Kalau setakat restoran kecik, pekerja pon pakai pekerja INDON dan BANGLA (ada kot sorang dua tukang bawak air) tak payah la nak berlagak dan perasan maju. Mentang-mentang kedai ko satu jer yang orang senang nampak kat area situ, ko nak demand lebey-lebey plak yer????

Apa yang aku emo sangat ni? aku rasa kalau sesiapa pon yang terkena dengan situasi yang aku dan opismate aku kena hari tu, pasti korang pon akan bengang! Begini kisahnya:

Menu:
  • Aku- Laksa penang (yang tak sedap langsung, tawar dan cair...tapi ada hati jugak nak jual kat customer), air minuman hanyalah Teh Ais.
  • Member 1 - Makan nasik puteh, lauk sotong sekor, dengan sayur seciput ...minuman yang dipesan hanya air suam.
  • Member 2 - Makan nasik puteh, lauk sayur dan seekor ikan kembung..oh ya lupa pulak bersama sehelai rambut 'pontianak' yang jelas kelihatan dengan mata kasar. Minuman yang dipesan adalah Air kosong.
Nak dijadikan cerita, member aku yang berlaukkan ikan dan rambut 'pontianak' tuh pon panggil la owner kedai (yang mula-mula berlagak macam owner lepas tu bile ditanya balik terus tak mengaku!!! Macam sial perempuan perarasan bagus tuh yang jadi cashier kat kedai tuh).
Member aku tu cakap elok-elok kat Pompuan tu kata ada rambut dalam nasik. Lepas tu korang nak tau apa dia balas???
"Eh kak pekerje kami semua pakai tudung, takder yang free hair. Tu rambut terbang dari mana ntah, bukan salah kami tuh!"
DENGAN LANTANGNYA DIA BERSUARA sampai hampir satu kedai boleh dengar!!! Tak ke hangin member aku tuh??? Aku yang dengar nih pon hangen! Ok kami pon malas la nak bergaduh kat situ, sementelaah tu, air yang kami pesan pon tak sampai-sampai padahal bukan susah sangat nak buat AIR KOSONG!!! Meh aku ajar:
Air dimasak..kalau tak nak masak pon just tuang je air paip @ air mineral dalam gelas pastu bubuh ais!!!!.
Sampai lah kami habis makan, (member aku yang berlaukkan rambut pontianak tu tak makan pon. Last-last kami blah ke kaunter. Member aku sound balik kat pompuan tadi. Tanya kat dia samada dia owner ke tak kat situ? Dengan tergagap-gagap dia menjawab tak. Pastu member aku tu pon sound balik, lain kali kalau taknak kasi tukar lauk pon at least mintak maaf la, bukan susah pon! Dengan kuat sampai semua orang kat kaunter dan 2 m radius dari kaunter tu boleh dengar. Hahaha puas hati. Pompuan tu pon macam gelabah dan blur saja.
KOMPOM kami akan PANGKAH kedai tu!
Cuba fikir, kalau korang tetiba jumpa LALAT atau LIPAS dalam lauk korang, pastu korang panggil tuan kedai adakah dia akan cakap:
Eh kak kami tak bela lipas atau lalat tuh.. ntah dari mana ntah????
Boleh diterima ke alasan macam tuh???? sah sah la kedai ko tu yang kotor!!! Bangang!!!!
Untuk rujukan korang ni lokasi kedai tu:
NAMA KEDAI : BISTRO BONDA
LOKASI : PRESINT 14 PUTRAJAYA. (Kat area-area Persiaran Diplomatik dan Mydin Putrajaya)
Kalau korang lalu depan kedai tu, jangan lupa tengok kat cashier dia, ha ponpuan tu la yang feeling2 owner dia yang bangang tuh!!! SILA BOIKOT OK or else you will regret it!!! Lauk dia tak sedap pon!!!!Baik pegi makan kat tempat lain, banyak lagi restoran kat area tuh, cari je..bukan kedai dia satu jer.
OK PEACE!! (tetiber rasa nak nyanyi lagu Bengang - AKIM)

Salam Qurban!~

Salam Alaik!~ (haha saja polish balik Bahasa Arab aku yang dah lama dipendamkan)

Harini tanggal 27 November 2009, maka umat Islam seluruh dunia telah menyambut Hari Raya Aidil Adha!. Secara langsung akan mengingati juga peristiwa 'pengorbanan' Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail yang begitu taat keada perintah ALLAH.

Tahun ni juga merupakan satu pengorbanan dalam hidup aku. Untuk kali pertamanya dalam sejarah hidup aku, menyambut Hari Raya di rumah sendiri, di Perak. Tahun ni kami sekeluarga tidak pulang ke kampung berhari raya bersama nenek dan sanak saudara. Just my family. Sebenarnya bosan Giler!!! Mood raya tak ada langsung! Rentetan daripada itu, aku hanya membuta sehari suntuk di dalam bilik dan melayan internet. Pendek kata, Hari Raya Aidil Adha tahun ni lebih worst dari masa Ayah dan Mak aku pergi Haji dulu...(at least time tu aku celebrate raya dengan sedara mara).

Ok tak mau citer banyak... For those who selebrating Hari Raya Aidil Adha for this year, I'm wishing yo guys " SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA" dan semoga bergembira di samping keluarga tersayang. Buat sesiapa yang tak dapat cuti tuh, yang terpaksa bekerja: Anggap itu satu pengorbanan yang besar untuk meningkatkan kemajuan diri. Semoga pengorbanan yang kita lakukan akan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T.~ AMIN~

Ok ...nak tengok "Nur Kasih"..malam nih episod akhir. Alhamdulillah at least nih tak payah gusar-gusar lagi nak atur program di malam-malam Jumaat. Heheh.

PEACE!

2009-11-23

Ku Sangkakan Panas Hingga ke Petang~

Hah takde kena mengena dengan tajuk langsung entry kali nih!!! (sajer jer sebab tak tau nak bubuh tajuk apa).

Kemusnahan Alam Sekitar. Sana-sini memang ramai yang dah mula sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Huh topik yang agak berat untuk aku tulis kali ni? Telan saja lah sebab itu merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Bila aku fikir kembali, tugas aku sekarang ni adalah sebahagian daripada apa yang aku sebutkan di atas, sebahagian daripada tugas khalifah di muka bumi. Dalam erti kata lain, bila aku buat kerja kat opis tu, aku akan dapat pahala! Alhamdulillah..(Semua kerja baik yang kita buat sebenarnya dapat pahala).

Ok tak nak merepek panjang, baru-baru ni aku berkesempatan 'menziarah' ke satu tapak projek mega, yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan yang rancak. Ini adalah sebahagian daripada tugas aku, nak tak nak aku kena juga pergi walaupun tempat yang dituju itu terletak jauh nun di pelusuk belantara, dan pelbagai rintangan terpaksa aku dan team harungi seperti hujan, tanah berlumpur, kejadian kenderaan hampir terbalik dan sebagainya. Sabar je lah.

Apa yang menarik untuk aku kongsikan di sini adalah perancangan. Sebenarnya apa-apa kerja yang kita nak buat perlu ada perancangan. Jangan main redah sesuka hati, silap haribulan ada yang terlepas pandang dan mungkin akan mendatangkan masalah dikemudian hari. Berbalik kepada tempat yang aku lawati, sebetulnya sedih aku melihat bila hutan yang kaya dengan khazanah semulajadi, diselongkar dengan sesuka hati. Hmm aku tak tau la apa perasaan orang yang buat kerja-kerja nih, diorang tak rasa bersalah ker??? Kalau aku la kan, seumur hidup aku akan rasa bersalah kalau aku buat benda-benda macam tuh.

Bila ditanya, mereka menjawab atas alasan pembangunan, kalau semua nak dijaga maka takkan ada lah pembangunan. Aduh itu adalah pemikiran orang yang KOLOT! Pembangunan itu boleh dilakukan tanpa kemusnahan! Asalkan ia dilakukan dengan perancangan yang teliti, bukan main redah saje!. Bukankah sebelum sesebuah pembangunan itu dijalankan telah ada garispanduan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi?? habes tu kenapa tak ikot? itulah namanya jahil ilmu.

Entahlah, daripada hasil siasatan tempoh hari, kesimpulan yang dapat aku buat adalah, projek tersebut GAGAL dalam menjalankan earthwork dan tindakan pon sedang dijalankan. Harap-harap kemusnahan tersebut dapat diminimakan seminimum mungkin. Aduh, sedih tengok "mereka-mereka" yang dimusnahkan itu...

PEACE!


Awal tahun haritu, sungai ni sangat cantik..tapi sekarang dah jadi ghoper ini...huhuhu

Manlah pergi gajah-gajah, rimau-rimau, cakcibor semua yer...


2009-11-16

Nak Cari Ilmu...Nak Cari Ilmu...

Dah dekat-dekat hujung tahun ni makin menjadi-jadi pulak kursus yang aku kena attend. Semiggu lagi aku kena berkursus, tapi kali ni dekat je...KAJANG. Takperla pikir-pikir balik ni lah peluang untuk menambahkan ilmu di dada. Bukan senang nak cari ilmu free sekarang nih. Kalau dah ada peluang, why not kita belasah saja. Oh bercakap pasal ilmu free, ni aku nak cerita pengalaman baru yang bukan senang nak dapat.

Minggu lepas aku berpeluang mengikuti satu kelas FREE yang dah lama aku cari merata KL-Putrajaya-Selangor. Akhirnya berbekalkan usaha tanpa mengenal penat lelah (tak boleh blah ayat kan???) akhirnya aku pon berjaya menjumpai sekumpulan penagih ilmu yang mengaturkan satu sesi pembelajaran secara percuma. Alhamdulillah, berkat ilmu yang dicurahkan, bukan sahaja dapat pahala, malah kenalan baru pon dapat jugak kan?

Nama individu yang begitu bermurah hati mencurahkan ilmu tu adalah Encik Hadi. Aku panggil bro Hadi la. Thanks sebab sudi mencurahkan ilmu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda kepada aku yang sangat daif tentang "PRINSIP ASAS Dan ELEMEN SENI". Banyak benda baru yang aku belajar dan nota-nota yang bro bagi tu memang sangat berguna!. Next session aku akan join lagi! Tak sabar dah ni.

InsyaAllah, sebelum melangkah lebih maju untuk masa depan yang cemerlang,aku akan cuba memantapkan ilmu dengan pelbagai media yang ada tak kira la kat mana sekali pon, akan aku redah! Partner JV aku pon dah tak senang duduk dah tu, sebab aku dah makin agresif! Hahahaha hendak seribu daya! Jom kita sama-sama berusaha ok!

PEACE!


Bro Hadi yang tengah tu (baju hitam)...gambar ihsan dari anazbugis.

POPULAR POSTS