2010-03-27

Lagi Pasal Pesta Belon Udara Panas - Day 3 [Finale]

Hari ketiga, sekali lagi aku ke tapak pesta (aduh tak muak-muak ke tengok belon tuh???). Pagi ni aku pergi sebab tak sabar nak tunggu belon-belon udara panas tu berkumpol sekali lagi sambil buat formasi-formasi yang cantek. Alhamdulillah dapat jugak tengok. Pagi tu ramai jugak pengunjung yang datang, ingatkan tak de lah ramai sangat. Mungkin sebab hari sabtu, cuti pulak dan ramai yang dari luar Putrajaya dah berkampung kat Putrajaya sejak malam lagi.

Pagi tu jugak arah terbang belon-belon adalah menghala ke arah tasik. Maksud aku menyeberang tasik Putrajaya! Sekali belon-belon dikembongkan semua naik serentak dan kita dapat lihat belon-belon udara panas bertaburan di ruang angkasa Putrajaya!

Selesai semua belon dah naik, aku pun blah arr, balik rumah sebab tak mandi pagi lagi hahaha. Sebenarnya hari ketiga juga aku dah berjanji dengan encik Deennasour dan Cik Kaki Jalan nak menembak waktu petang sampailah ke malam sebab malam tu ada Glow in the dark punya acara! Fuh tak sabar pulak.

So sebelah petang sekali lagi aku gigih menerjah Putrajaya dengan rakan-rakan. Mak datokkk ramai giler orang petang tu sampai jalan pon dah jem! Naseb baik la aku tau banyak jalan shortcut so tak ada masalah nak ke tapak pesta. Ada kawan yang lain tu siap tersangkut jem atas jambatan.

Dalam keadaan yang sangat sesak, pesta belon udara panas hari ketiga menjanjikan sesuatu yang sangat meriah. Rugi wo sape tak datang! Bukan main banyak jugak la gambar yang kami tembak tapi disebabkan kemera aku tetibe buat hal (siot time-time macam ni dia boleh plak pengsan!) terus aku kehilangan beberapa gambar yang telah ditembak pada hari ketiga! Sedih!!!! Aku berkabung takmau tangkap gambar seminggu lepas tuh...

Apa-apa pon tengok la apa yang kami dapat pada hari ketiga.

PEACE!


















Tarikan lain yang ada...


Fuh gigih betol budak dua orang tuh mengerjakan bola air tu!!!








Ada belon yang jatuh dalam tasik...


Enterframe kejap ...




Glow in The dark...katenyer la...




Pertunjukan bunga api sebagai penutup malam ke 3




2010-03-23

Pesta Belon Udara Panas 2010 - DAY 2

Hari ke-2 Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya tak aku lepaskan begitu saja. Pagi-pagi lagi sebelum waktu pejabat aku bergegas ke tapak pameran memandangkan pertunjukan belon udara panas bermula pada jam 7.30 pagi. Fuh memang tak sabar aku mengatur strategi sejak dari awal. Berbaloi sungguh kehadiran pagi itu sebab kesemua belon sudah dikembungkan!!!

Aku memang nak tengok sangat la belon Darth Vader yang digembar-gemburkan oleh bebudak opis aku tuh. Alhamdulillah berjaya juga menembak si hitam itu. Terpegun aku melihat susunan belon-belon udara panas yang telah dikembungkan.Pagi tu menembak tak boleh lama-lama, selesai menembak beberapa keping gambar, aku pon berlari masuk semula ke opis. hahaha naseb opis aku sepelaung je dari tapak pesta!

Tak cukup sebelah pagi, aku ke sana lagi di sebelah petangnya. Kali ni dah janji dengan kawan sepejabat. OK la tu, ada jugak member tolong tembakkan gambar aku dengan belon-belon itu semua! Sekali lagi aku masuk ke kawasan photog. Erk rupanya kawasan photog tu hanya untuk orang-orang berkemera besar yer, dan kawan aku tu pulak pakai kemere kecik je! Hahaha sian la sebab Mak Gad RELA tu halau kawan aku. Tak putus-asa akhirnya melalui celah-celah pagar, kemera aku dipass kan dan penyamaran yang dibuat, akhirnya kawan tu berjaya jugak la meloloskan diri. Hahahah!

Petang tu cuaca pon tak berapa baik juga, tapi alhamdulillah semua belon boleh dikembungkan dan satu persatu menghiasi ruang udara Putrajaya! Suka!!! Untuk aku, ini merupakan kali pertama aku melihat sendiri belon udara panas di terbangkan di depan mata! Best gile!*Jakun!!!*Jakun!!!

Pengalaman hari kedua memang best sebab dapat tembak banyak gambar!. Sebenarnya hari ketiga pon aku datang lagi, kali ni siap berkampung sampai malam lagi tuh!!! Hahaha nanti la aku cerita..sebab ada kisah sedih disebaliknya...

Apa-apa pon, jom tengok gambar dulu.!!

PEACE!


Fuh, dari jauh dah nampak dah!


Ha dah nampak dah!!!








































2010-03-22

Second Hot Air Ballon Fiesta 2010 - DAY 1

Ramai yang perasan, minggu lepas berlangsungnya Second Hot Air Ballon Fiesta 2010 di Putrajaya! Ya Putrajaya tempat aku tu, hahaha. Bila dah ada di tempat sendiri, memang rugi la kalau tak pergi, siap berlari-lari anak menembak belon sebelum masuk opis!!! Itu merupakan salah satu kenangan manis yang sukar untuk dilupakan.

Bermula 18 mac 2010 dan berakhir 21 Mac 2010, Hot Air Ballon Fiesta 2010 berlangsung dengan sedikit KURENG tahun ini memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kebanyakannya mendung dan hujan. Walaubagaimanapun ianya tetap meriah dengan penyertaan lebih 20 peserta dari pelbagai negara termasuklah Malaysia.

Ok, tak mau cerita pasal latar belakang pesta, aku nak fokus pada pengalaman hari pertama. Awal pagi lagi colleuge aku dah bagitauaku yang dia nampak Darth Vader terapung-apung di ruang angkasa Putrajaya! Wah betulkah, sebab masa aku sampai pejabat pagi tu masih tak ada lagi Darth Vader tu. Akhirnya sebelah petang aku mengambil keputusan untuk menjengah vanue. Agak malang petang itu cuaca agak mendung, jadi pertunjukan belon udara panas dibatalkan atas nasihat AirBOS katanya. Pasrah sajalah, ramai juga pengunjung yang hampa.Sebab tujuan utama orang ke pesta itu adalah untuk melihat belon udara panas yang pelbagai rupa itu.

Walaubagaimanapun, untuk tidak mengecewakan pengunjung, satu pertunjukan daripada peserta Jepun telah dijalankan. Dancing Sun nama belon dari Jepun tu dinaikkan. Wah, aku yang berada di dalam kawasan khas photografer pon apa lagi, mengambil kesempatan menembak pelbagai aksi walaupun hanya satu belon sahaja dinaikkan. Kira ok la tu daripada takda langsung kan.

Persebahan berlangsung sehingga jam 7 malam. Selepas itu kelihatan langi semakin gelap dan hujan bakal turun. Aku pon tak menunggu lama, esok masih ada. So setakat itu sahaja Pesta Belon Udara Panas di hari pertama. Walaupun tak dapat melihat semua belon beraksi tapi cukuplah sekadar pengenalan di hari pertama.

Pertunjukan belon udara panas berlangsung setiap hari pada jam 7.45 pagi - 8.15 pagi dan 5.45 petang 6.15 petang.

Oitt: Kenapalah aku tak teringin langsung nak tengok pesta ni tahun lepas yer????

PEACE!

Tengok la awan petang tu sangat gelap...

Belon sedia dikembungkan...

Pilot Jepun tengah berusaha nak mengembungkan belon dia.



Ada jugak anak belon yang cuba dikembungkan...




Ada jugak pasangan pengantin yang mengambik kesempatan bergambar bersama belon yang dah kembang.


2010-03-18

Gua Itu Indah!

Masih lagi cerita di Ipoh. Tak sempat sangat sebenarnya nak ronda-ronda Bandaraya Bunga Kertas nih, kesian pulak kat Incik Deennasour yang tak pernah ke Ipoh. Untuk tidak menghampakan kawan, aku dan Apit membawa deennasour ke salah sebuah gua di antara banyak-banyak gua kat Ipoh ni. Oh ya, bagi sesiapa yang tak tahu, Bandaraya Ipoh ni dikelilingi dengan bukit-bukit batu kapur yang sangat indah, dan banyak juga terdapat gua-gua yang kebanyakannya dijadikan tokong dan kuil...erk????

Berbalik kepada lawatan ke gua tadi, kami telah ke Gua Kek Look Tong, berhampiran kawasan Gunung Rapat, Ipoh. Sebenarnya aku pon tak pernah gak pegi situ, tapi si Apit tu dah kire expert jugak la sebab tempat tu dekat dengan kawasan rumah dia.

Fuh, masuk je kawasan gua..memang kagum. Cantik sungguh batu kapur yang ada membentuk stalactite dan stalagmite (erk betol ke eja camtuh?) Pagi tu pon dah ramai orang datang sebab di dalam gua terebut ada sebuah taman yang sangat luas! So kat situ orang boleh jogging!.

Kami tak boleh berlama-lama di situ sebab kerja menembak dah semakin hampir. Lepas puas menjelajah gua, kami pon bergegas pulang sebelum ke rumah pengantin untuk bertugas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dan yang paling best, satu lagi dimensi baru dalam pembelajaran aku telah lalui. Practice make perfect right? Harap-harap takda yang merungut pulak lepas nih...

PEACE!
















Apit dan Deennasour sedang merenung masa depan mereka agaknya....


POPULAR POSTS