2010-05-12

Cam-Whore : Edisi Rayau 2!

Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei tahun 2010! Hari tu pada entry yang lepas aku ada janji untuk menceritakan sambungan kisah aku di Singapura. Maaf sebab lambat update sebab banyak betol benda belaku, agak sibuk aku kesana -kemari menjelajah tempat-tempat menarik. Nanti aku akan ceritakan dalam entry akan datang. Ok kali ni aku akan ceritakan beberapa lagi tempat menarik yang aku sempat pergi sepanjang aku di Kota Singa itu.

Setiap petang bila habis saja kelas, aku dan kawan-kawan baru tak melepaskan peluang merayau-rayau di Kota Singa. Antara tempat yang banyak kali kami pergi adalah Arab Street dan Bugis Street. Di Arab Street terdapat banyak kedai makanan Muslim, beberapa malam juga aku dan F dan juga seorang PRIA dari Indonesia (chewah pria la sangat!!!) ke Arab Street untuk makan malam. Tak susah untuk ke sana, kami menaiki bas dengan tambang hanya SD1 (RM 2.30).Di Bugis Street pula terdapat banyak gerai jualan cenderamata. Kalau di Malaysia ia umpama Petaling Street atau Jonker Walk di Melaka!Banyak juga barang yang aku beli di Bugis Street sebab harganya berpatutan dan sesuailah untuk orang-orang tak berduit macam aku nih. :P.

Selain ke Arab Street dan Bugis Street, aku dan kawan-kawan juga sempat ke SUNTEC City, dekat je dengan hotel tempat aku menginap. Kalau naik MRT cuma bayar SD1 juga dari Clarke Quay Station dan turun di City Hall Station. Di tengah-tengah Suntec City ni terdapatnya sebuah telaga yang cukup popular dipanggil Well of Wealth. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, sesiapa yang membuat tiga kali pusingan sambil berhajat, maka hajatnya akan ditunaikan. Hmmm entah le betol ke idak. Aku cuma nak bergambar saja. Suntec City merupakan sebuah shopping complex yang terdiri daripada lima buah bangunan mengelilingi Well of wealth tersebut.

Aku juga smpat mengunjungi Merlion Park berhampiran Marina Barrage. Orang kata, kalau pergi ke Singapore, tak lengkap kalau tidak bergambar dengan MERLION! Dua orang minah Thailand yang ikut aku kesana pulak cakap, kalau kita bergambar seumpama meminum air yang keluar dari mulut Merlion tu, maka kita akan bernasib baik!!! Hahaha lagi satu mitos...Kepercayaan manusia memang pelbagai.

Pemandangan disepanjang Sungai Singapura pon tidak kurang hebatnya. Sepanjang melalui tebing sungai kami disajikan dengan pelbagai aktiviti para muda mudi Singapura dan pelancong asing. Haha paham paham saja sudah. Tapi untuk camwhore macam aku ni memang tak sah la kalau tak bergedik di tepi sungai..Bukan selalu dapat buat macam tu, so buatlah selagi terdaya!

Aku rasa aku dah ceritakan banyak perkara menarik yang aku lalui di Singapura sepanjang 14 hari di sana. Memang susah nak dapat pengalaman sebegini, dan alhamdulillah aku dan kawan-kawan baru masih berhubung sehingga kini. Hmm siapa sangka aku akan dapat kawan dari serata negara Asean!!!. Kursus yang aku hadiri memang berbaloi dan balik ke Malaysia aku kena buat report! Arggghh ni yang tak larat huhuh. Tapi demi mencari sesuap nasik, terpaksa jua kugagahkan diri ini melaluinya. Huhu.

Oh ya, dua minggu selepas ke Singapore, aku kembali menjelajah ke satu tempat yang memang happening! Dimanakah??? Tunggu next entry ya!
PEACE!!!



Bugis Street

Well of Wealth at Suntec City

Well of Wealth at Suntec City
Well of Wealth di SUNTEC City - Ada pertunjukan laser pulak tuh kat tengah-tengah air!


Singapore River Cruise



Merlion Park

Di atas Jambatan apa ntah...


River View - Singapore River 1

River View - Singapore River 2
River View - Singapore River 3
River View - Singapore River 4
River View - Singapore River 5

Aku di dalam gelap...:)



MRT Station


Pemandangan Singapore River di waktu malam


Ni kat Bottle Tree Park

Singapore National Science Centre

Finally!

2010-04-27

Hot Spot! Edisi Rayau

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku akan kongsikan beberapa tempat menarik yang aku lawati di Singapore. Walaupon tak banyak tempat yang aku pergi, tapi dalam masa 14 hari, cukup untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan di Kota Singa itu. Untuk pengetahuan, kelas aku bermula jam 9 pagi setiap hari sampailah ke pukul 5 petang. Bukan sepanjang masa aku di kelas, kadangkala ada hari hari kami di bawa melawat ke kilang-kilang dan kawasan-kawasan yang related dengan tugas aku. Yang paling menarik sewaktu kami dibawa ke Semakau Landfill. Apa landfill?? Yup satu-satunya landfill yang ada di Singapura. Yang uniknya, Singapura, sebuah negara yang langsung tidak mempunyai sumber alam, dan hanya bergantung kepada aktiviti ekonomi, namun ia menghasilkan sampah yang banyak setiap hari. Sebahagian besarnya dilupuskan melalui pembakaran di Insinerator dan cuma sebahagian kecil sahaja yang dilupuskan di tapak pelupusan di Pulau Semakau. Kalau aku sebut tapak pelupusan sampah, mesti korang terbayang tempat yang busuk, banyak sampah sarap dan kotor kan??? Tapi tidak di Semakau Landfill!!! Ia merupakan satu-satunya off-shore landfill di dunia dasumpah, ianya sangat cantik dan bersih! Kalau koang tak percaya cuba tengok gambar-gambar nanti. Semakau Landfill bukan sahaja merupakan tempat pelupusan sampah tapi juga dijadikan pusat rekreasi dan pembelajaran kepada masyarakat umum! Kagum aku!. Ok cukup pasal Semakau Landfill (nak pergi Pulau Semakau kena naik bot dari Tuas South)

Ok, hari Sabtu dan Ahad merupkan hari bebas, tak ada kelas dan kami boleh merayau-rayau sesuka-suki hati. Kebanyakan daripada peserta bersepakat ke Sentosa Island dan Universal Studio. Aku dan F tak join ke Universal Studio sebab tiket mahal...SD72! Mungkin next time kot kami pergi. Lagipon Singapore ni bukanya jauh sangat. Tapi untuk yang lain aku beriya-iya menyarankan supaya pergi. Hahah sebab aku tau diorang susah nak datang ke Singapore lagi.

So, Sabtu dan ahad, aku dibawa oleh Adie (kawan aku yang tinggal di Singapore) pusing-pusing satu Singapore! Akhirnya dapat jugak aku merasa masakan Melayu. Adie bawa aku dan F ke Geylang Serai, kawasan Melayu di Singapore. Dan kami singgah makan di Restoran Hajah Maimunah. Agak popular sebenarnya restoran ni sebab aku tengok time aku datang tu beratur orang nak ambil makanan. Harga makanan pon boleh tahan la, tapi still lebih mahal dari Malaysia !! Ahaks...

Lepas makan Adie membawa aku dan F ke Marina Barrage. Satu lagi tempat tarikan pelancong yang baru dibuka di Singapore. Untuk pengetahuan semua, sumber bekalan air minuman di Singapore ada 4, iaitu dari water catchment nya sendiri, dari Johore (Malaysia), NEWater (air kumbahan yang dia recycle jadi air minum tu...wek wek!!!) dan air suling dari air laut. Dengar-dengar cerita sumber dari Malaysia dah nak habis kontrak, maka sebab itulah dibinanya Marina Barrage sebagai menampung keperluan air di Singapore. Dahsyat sungguh pembinaan Marina Barrage ni, kalau di Malaysia, air sungai mengalir dari hulu ke hilur dan sampai ke muara sebelum ke laut kan? Di Singapore, Muara sungai itu disekat, dijadikan empangan sebelum sampai ke laut. Itu kali pertama aku tengok empangan macam tu. Kagum lagi!

Bukan sahaja jadi empangan, Marina Barrage juga dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk Kota Singa!..Keesokan harinya, Adie membawa aku dan F ke Henderson Bridge. jambatan ni sangat unik, sebab bentuknya beralun-alun. Satu lagi yang menarik di Singapore ni, kebanyakan tama-taman awamnya dihubungkan di antara satu sama lain. Maka kita boleh berjogging dan berbasikal di sepanjang taman awam seluruh Singapore! Dan salah satu jambatan yang menghubungkan taman-taman awam ini adalah Henderson Bridge. Sebenarnya ia lebih kepada jejantas @ jejambat setinggi 70 meter dari aras tanah. Tinggi woo!. Lepas puas melepak atas jejantas tu, kami ke Singapore Flyer pulak. Kalu kat Malaysia kita ada Eye On Malaysia kan di Melaka, di Singapore diorang ada Singapore Flyer. Singapore Flyer ni pulak merupakan yang terbesar di dunia! Aku tak naik pon menatang alah tu, mahal dowh...SD30 sekepala!.

Oh ya, hari Sabtu tu juga, Ministry of Foreign Affair Singapore telah mensponsor kami ke Night Safari, yang merupakan Night Safari yang pertama di dunia!! (lagi yang pertama kan...) Memang best la bila kami berrombongan Cik Kiah beramai ramai. Bukan senang nak dapat peluang macam tu, tiket ke Night Safari pulak adalah SD20 seorang. Tak kisah la sebab ada orang sponsor!.

Hmmm banyak lagi yang aku nak cerita nih! Excited tak habis! Ok next entry aku sambung lagi. Mungkin pengalaman ke hotspot-hotspot makcik-makcik pulak! Tunggu yer!

PEACE!




Kenderaan ke Pulau Semakau


Pemandangan dari Semakau Landfill


Laluan jungletrekking di Pulau Semakau
Pemandangan dari Pulau Semakau




Posing jugak!!!






Pasar Geylang Serai


Restoran Hajah Maimunah




Night Safari @ Jurong





@Night Safari


Henderson Bridge





@Singapore Flyer






With Adie @Marina Barrage




Sebelah kiri air tawar - Sebelah kanan laut (air masin)

@Marina Barrage




@Marina Barrage

@Marina Barrage

POPULAR POSTS